BAB 1

140 21 0
                                    

Bunyi jam penggera serta merta menyedarkan Reina daripada lenanya. Tangannya meraba telefon pintar untuk mematikan bunyi tersebut. Dia melihat waktu yang tertera di skrin telefon pintarnya.

6:00 am

Dengan malas, Reina bangun dari tempat tidurnya. Dia berjalan terhuyung-hayang dengan rambut yang kusut. Nasib baiklah dia hanya bersendirian dalam bilik. Mahu lari lintang-pukang kalau ada orang yang melihatnya ketika ini. Itulah akibatnya kalau sibuk menonton filem seram hingga tak sedar sudah lewat malam.

Reina mengikat rambutnya yang panjang paras pinggang sehingga membentuk sanggul, lalu mencapai tuala. Dia membersihkan diri dan bersedia untuk menunaikan solat Subuh.

Usai solat Subuh, Reina turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan sarapan. Dia memutuskan untuk membuat nasi goreng memandangkan abang Qalish sudah memesan semalam bahawa dia rindu nasi goreng buatannya. Maklumlah, setelah lama berada di Thailand atas urusan kerja, pasti rindu masakan tanah air. Terutama masakan adik bongsunya yang cantik ini. 'Siapa lagi yang nak puji kalau bukan diri sendiri, kan?'

Serta-merta, bibir Reina menguntum senyum apabila bau harum masakannya yang sederhana itu menusuk ke rongga hidung. Dalam hati, dia berkata.

"Pandai juga aku masak. Dah boleh jadi isteri. Tapi isteri siapa? Raja gopal?"

Reina meletakkan hidangan di atas meja dan menyusun pinggan serta sudu dengan rapi.

"Nasi goreng lagi? Dalam rumah ni dah tak ada makanan lain ke?" Jelas suara yang menjengkelkan dari belakangnya. Puan Sharifah menghampiri dan mengambil tempat duduk.

"Abang Qalish yang teringin makan nasi goreng ni, maksu. Rindu katanya." Balas Reina dengan tenang walaupun dalam hatinya seperti gunung berapi yang hampir meletus. Dia sudah biasa dengan sikap ibu saudaranya ini.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, abang Qalish!" Laju kaki Reina berlari menghampiri ke arah susuk tubuh yang dikenali sebagai abang kandungnya itu. Tubuhnya Reina peluk erat.

"Reina, abang boleh sesak nafas kalau macam ni." Kata Qalish Reihan sambil membalas pelukan adik bongsu kesayangannya.

"Rindunya Reina kat abang!"

Qalish tergelak kecil. Reina menarik diri dari pelukan dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abangnya.

"Abang pun rindu adik abang yang manja sorang ni." Jawab Qalish sambil mencubit lembut hujung hidung Reina.

"Baru balik? Ingat dah tak jumpa jalan balik sini". Kata Puan Sharifah sambil menyuap nasi goreng ke mulutnya.

'Rosakkan mood betul!'

Qalish memandang ibu saudaranya dengan tajam. Ketika dia ingin menjawab, Reina segera memegang lengan abangnya dan menggelengkan kepala sedikit. Itu sudah cukup untuk Qalish memahami bahawa adiknya tidak mahu dia meneruskan percakapan tersebut. Mahu tercetus perang dunia kedua pula nanti.

"Ibu mana?" Soal Qalish kepada Reina.

"Ada dalam bilik."

Tanpa menghiraukan kata-kata Puan Sharifah tadi, Qalish terus berlalu menuju ke bilik Puan Naina. Reina hanya mengikuti dari belakang. Walaupun Reina dan Puan Naina bertemu setiap hari, dia tetap merindui ibu kandungnya. Maklumlah, anak manja.

"Assalamualaikum ibu, Qalish dah balik. Macam mana keadaan ibu?" Kata Qalish dengan lembut sambil menghampiri Puan Naina yang terbaring lemah di atas katil. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Naina.

Puan Naina menghidap penyakit kronik, iaitu kanser paru-paru tahap tiga. Selama ini, hanya Reina yang menjaga ibunya seorang diri memandangkan arwah ayahnya telah meninggal dunia sejak 8 tahun lalu. Puan Sharifah pula langsung tidak mengambil peduli tentang mereka, malah sangat membenci Reina. Bagi Puan Sharifah, Reina dianggap sebagai punca kematian arwah Encik Daud. Puan Sharifah telah tinggal bersama mereka sejak dahulu kerana dia merupakan seorang yang sebatang kara.

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now