BAB 16

40 15 0
                                    

Malam itu, Rayyan terpaksa hadir ke majlis makan malam amal yang diadakan di sebuah hotel mewah. Walaupun fikirannya masih terganggu dengan keadaan Reina yang bersedih, sebagai pewaris syarikat, dia tidak boleh mengelak tanggungjawab yang besar ini.

Majlis amal ini merupakan acara penting untuk menjaga hubungan baik dengan pelabur dan pihak berkepentingan. Kehadirannya dan Dato Zubair, sangat ditunggu-tunggu oleh tetamu lain.

Setibanya di hotel, Rayyan melangkah masuk dengan pakaian serba hitam yang tersusun rapi. Tali leher yang disesuaikan sempurna dan sut mahal membaluti tubuhnya, mencerminkan statusnya sebagai pewaris tunggal syarikat Eclipes Enterprises.

Di ruang lobi hotel, lampu-lampu kristal yang tergantung bersinar mewah, memantulkan sinar yang indah di sekeliling ruang itu. Para tetamu sudah mula berkumpul di dewan utama, masing-masing berbual mesra sambil menikmati hidangan ringan. Rayyan hanya memberikan senyuman kecil dan anggukan formal kepada tetamu yang menyapa.

Dato Zubair berjalan di sebelahnya, wajahnya tenang dan penuh karisma, memberi senyuman kepada setiap tetamu yang menghampirinya. Sebagai pemilik syarikat, Dato Zubair adalah seorang yang sangat dihormati.

Namun, dalam diam, Dato Zubair memandang sekilas ke arah Rayyan yang berada di sisinya. Kebiasaannya, anaknya itu penuh dengan keyakinan dan karisma yang hampir setanding dengannya. Tetapi malam ini, riak wajah Rayyan jelas menunjukkan sebaliknya. Pandangannya kosong, gerak-gerinya tidak begitu bersemangat seperti biasa, seolah-olah fikiran Rayyan berada di tempat lain.

"Anak daddy okay?" Tanya Dato Zubair perlahan, tidak mahu menarik perhatian orang sekeliling. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Rayyan menghela nafas panjang, cuba untuk mengukir senyuman kecil.

"Okay. Just... penat sikit." Jawab Rayyan, walaupun hatinya tahu itu bukan alasan sebenar.

Dato Zubair hanya mengangguk kecil.

Ketika mereka masuk ke dalam dewan utama, suasana di dalam lebih mewah. Meja-meja dihiasi dengan kain satin putih, dilengkapi dengan bunga-bunga segar dan lilin yang menyala lembut. Tetamu berpakaian formal duduk berbual sambil menikmati hidangan yang disediakan, dan di pentas utama, sebuah band memainkan muzik klasik yang menenangkan.

Rayyan melangkah ke meja utama, duduk di sebelah ayahnya yang terus tersenyum kepada tetamu-tetamu penting.

Tiba-tiba, seorang lelaki berwajah serius namun penuh keyakinan melangkah ke arah mereka. Lelaki itu adalah seorang rakan perniagaan dari luar negara yang mempunyai hubungan rapat dengan syarikat keluarga Rayyan. Di sebelahnya, berdiri seorang wanita muda yang menawan, yang jelas merupakan anak perempuannya.

"Mr. Zubair! Long time no see." Lelaki itu berkata sambil menghulurkan tangan dengan senyuman yang lebar. Rayyan yang turut melihat lelaki itu terus bangun dari tempat duduknya untuk menyambut kedatangan mereka.

"Oh, Mr. Collins! It's been too long. How's everything in Sydney?" Balas Dato Zubair dengan senyumannya yang masih terjaga. Mereka bersalaman erat.

Rayyan turut menyambut salam daripada Mr. Collins, sebelum matanya beralih kepada anak perempuan Mr. Collins yang turut menyapa dengan senyuman kecil.

Mr. Collins tersenyum lebar.

"Everything's going well, as usual. Let me introduce you to my daughter, Olivia. She's recently started managing a part of our business."

Olivia tersenyum, menghulurkan tangan kepada Rayyan.

"Nice to meet you, Mr. Rayyan. I've heard so much about you."

Rayyan membalas senyuman itu dengan sopan.

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now