Reina hanya diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Segala kejadian buruk yang berlaku beberapa minit lalu berputar dalam fikirannya. Rasa takut dan trauma mula menyelubungi dirinya.
Dia menunduk, matanya tertutup rapat dan tangannya mencengkam erat pakaiannya. Dia berusaha keras untuk menenangkan diri, tetapi rasa cemas yang menghimpit sukar untuk diatasi.
Rayyan, yang sedang memandu dengan tenang, mencuri pandang sekali lagi ke arah Reina. Melihatkan wajahnya yang pucat dan ketegangan yang jelas, rasa risau Rayyan semakin mendalam. Dia merasakan dorongan kuat untuk memujuk Reina dan memberinya rasa selamat, tetapi dia tahu dia perlu menghormati ruang peribadi Reina.
Rayyan menarik nafas perlahan, menyedari bahawa Reina masih terganggu dengan apa yang berlaku.
"Awak jangan risau." Suara Rayyan lembut, berusaha menenangkan suasana.
"Saya dah buat report polis pasal lelaki tadi. Kereta awak pulak, saya akan suruh kawan saya hantar ke rumah awak pagi esok." Sambung Rayyan lagi.
Rayyan memerhatikan reaksi Reina, melihat dia perlahan-lahan membuka mata.
Reina mengangguk perlahan, cuba mengumpul kembali kekuatannya. Dia masih merasa gementar, tetapi sedikit lega dengan sokongan yang diberikan. Rayyan tidak berkata apa-apa lagi, menghormati masa dan ruang yang diperlukan Reina. Dia terus memandu dengan berhati-hati, berharap perjalanan ini akan memberi sedikit ketenangan kepada Reina.
Setibanya di hadapan rumah Reina, Rayyan memberhentikan keretanya. Mereka keluar dari kereta dan bersama-sama menuju ke pintu rumah. Qalish yang sedang berdiri di hadapan pintu, jelas kelihatan kerisauan di wajahnya kerana adiknya tidak pernah pulang lewat sebegini.
Reina melihat abangnya, dan serta-merta air matanya mengalir kembali. Jujur, dia masih merasa takut dengan apa yang baru berlaku. Lantas, dia mendekati abangnya dan memeluknya erat.
Qalish sedikit tersentak dengan pelukan tiba-tiba adiknya. Kemudian, dia memandang Rayyan dengan penuh tanda tanya, mencari penjelasan tentang apa yang telah berlaku.
"Saya rasa.. awak patut tanya dia sendiri." Kata Rayyan perlahan kepada Qalish.
Qalish mengangguk perlahan.
"Terima kasih sebab tolong hantarkan adik aku. Aku Qalish, abang Reina." Kata Qalish sebelum menghulurkan tangan untuk berjabat tangan Rayyan.
"Rayyan." Jawab Rayyan sepatah dengan senyuman di bibirnya.
Semasa Rayyan berpaling untuk berlalu pergi, tiba-tiba dia terdengar suara wanita dari dalam rumah Reina.
"Kau pergi mana sampai dah lewat malam baru nak balik? Siap ada lelaki yang tolong hantarkan." Nada suara sinis Puan Sharifah, serta-merta menghentikan langkah Rayyan. Dia kembali memandang ke arah wanita yang bersuara itu.
"Err, rasanya makcik dah salah faham ni." Balas Rayyan.
"Kau ni pulak siapa? Boyfriend dia? Ni lah remaja zaman sekarang. Suka hati je bawak anak dara orang keluar lewat malam macam ni." Sindir Puan Sharifah.
Rayyan menghela nafas perlahan, memandang Puan Sharifah dengan senyuman kecil di wajahnya, walaupun dalam hati dia sudah dapat menjangka kata-kata yang akan keluar dari mulut wanita itu.
'Nasiblah kau orang tua'
"Err, makcik betul-betul dah salah faham ni. Saya... kawan Reina. Saya cuma tolong hantarkan dia balik je. Tak ada niat lain." Balas Rayyan dengan tenang.
"Habis tu, kenapa dia menangis?" Soal Puan Sharifah.
"Yang tu saya rasa makcik kena tanya Reina sendiri, apa sebenarnya yang dah jadi." Jawab Rayyan lagi.
YOU ARE READING
FORGIVING THE FLAME
Romance"You shouldn't love someone like me. I'll only hurt you, break you." - Reina Madiyya - "Whatever you've done, whatever you think makes you unlovable, I don't care. I'm here, and I'm staying." - Rayyan Hazell Ruzain -