Malam itu, Rayyan duduk di balkoni rumahnya. Angin malam yang sejuk menyapu lembut wajahnya, tetapi fikirannya jauh lebih berat daripada apa yang dirasakan oleh tubuhnya. Dia masih terngiang-ngiang perbualan di hospital tadi.
Dia mendongak ke arah langit malam yang dipenuhi bintang. Fikiran tentang Reina tidak pernah lepas. Wajahnya yang penuh dengan kesedihan, air matanya yang tidak pernah berhenti mengalir, semua itu menghantui hati Rayyan. Dia ingin melindungi Reina, ingin menjadi pelindung dari setiap luka dan kesakitan yang gadis itu rasakan.
FLASHBACK
"Kita kawin."
Reina terkejut, air mata di pipinya belum sempat kering.
"What?" Dia merenung wajah Rayyan, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya.
"I'm serious, Reina. Kita tak perlu tunggu lagi. Saya tak sanggup tengok awak terus terseksa macam ni. Saya akan jaga awak, kita mulakan hidup baru... together." Rayyan berkata dengan yakin. Dia tahu, ini bukan penyelesaian yang mudah, tetapi dia rela lakukan apa saja untuk membahagiakan Reina.
Reina masih terkedu, fikirannya bercelaru.
"Rayyan, this is not the solution. Kita tak boleh buat keputusan macam ni sebab emosi." Jawabnya perlahan, cuba memproses apa yang baru saja diusulkan.
"I know. Tapi saya tak boleh biarkan awak terus hadap semua ni sorang-sorang. Saya nak awak tahu yang saya ada untuk awak... sepanjang hidup saya." Kata Rayyan dengan penuh harapan.
Reina menggeleng lemah, matanya masih basah.
"Banyak luka yang saya belum sembuh, Rayyan. Saya tak nak awak terima saya sebab kesian. Saya tak perlukan simpati sesiapa." Kata Reina, suaranya hampir bergetar, menahan segala emosi yang terbuku di hati. Matanya tajam, menayap wajah Rayyan seolah-olah cuba mencari kebenaran di sebalik kata-kata lelaki itu.
"You're so much more than your wounds, Reina. And I'm drawn to you for who you are, not what you've been through." Rayyan menjawab tenang.
Reina terdiam sejenak, merasakan setiap patah perkataan itu menembusi dinding hatinya. Dia tahu Rayyan ikhlas, tetapi perasaannya yang bercampur baur membuatkan dia ragu.
"Saya tak pernah kesian dekat awak. Saya tak simpati. Saya cuma... cintakan awak." Sambungnya lagi, tetapi penuh ketegasan.
Setiap kata-katanya seperti panahan lembut yang mencairkan ketakutan dalam diri Reina. Dia dapat merasakan kejujuran yang terpancar dari mata Rayyan.
Reina menggigit bibir, cuba menahan air mata yang hampir mengalir kembali.
"Tapi saya tak sempurna, Rayyan. Saya ada banyak masalah, saya penuh dengan luka. Saya takut awak takkan bahagia dengan saya." Kata Reina, suaranya penuh dengan keraguan.
Rayyan mendekat sedikit, suaranya lebih lembut.
"Tak ada manusia yang sempurna, Reina. Semua orang ada luka masing-masing. Tapi saya tak pernah mintak awak jadi sempurna. Saya cuma nak awak jadi diri awak. Luka awak, masa silam awak... semua tu tak ubah apa yang saya rasa." Jawab Rayyan dengan nada penuh keyakinan. Dia menatap Reina dengan penuh ketulusan, berharap kata-katanya dapat menyentuh hatinya.
END FLASHBACK
Rayyan memejamkan mata seketika, menghela nafas panjang. Mungkin tawaran itu terlalu tiba-tiba, terlalu drastik. Tetapi dia tak tahu cara lain untuk meyakinkan Reina bahawa dia serius, bahawa dia mahu menjadi seseorang yang Reina boleh bergantung sepanjang hidupnya. Dia mahu memberikan kebahagiaan kepada Reina. Sesuatu yang gadis itu telah lama hilang.
YOU ARE READING
FORGIVING THE FLAME
Romance"You shouldn't love someone like me. I'll only hurt you, break you." - Reina Madiyya - "Whatever you've done, whatever you think makes you unlovable, I don't care. I'm here, and I'm staying." - Rayyan Hazell Ruzain -