BAB 6

62 18 0
                                    

Reina sibuk menyusun kuntuman bunga ros di atas meja, memastikan setiap tangkainya dipotong dengan sempurna sebelum dimasukkan ke dalam susunan bunga yang akan dihantar kepada pelanggan. Kedai bunga kecil itu dipenuhi dengan haruman segar pelbagai jenis bunga, menjadikan suasana di dalamnya tenang dan nyaman.

Reina sudah biasa dengan rutin ini. Menyusun bunga, menyiram tanaman, dan sesekali melayani pelanggan yang masuk. Hari itu, suasana agak tenang. Hanya ada beberapa pelanggan yang datang membeli sejambak bunga untuk majlis atau sebagai hadiah.

Kereta-kereta yang lalu lalang di jalan utama tidak banyak menarik perhatiannya, tapi bayangan tentang kejadian malam sebelumnya tiba-tiba muncul di fikirannya.

Tiba-tiba, bunyi loceng pintu kedainya bergema, menandakan ada pelanggan baru masuk.

Hana Humaira.

Reina segera menoleh dan terkejut melihat sahabatnya itu. Hana melangkah masuk dengan air mata yang mengalir di pipinya. Reina memandang pelik, merasa tidak sedap hati.

"Hana? Kau kenapa ni?" Soal Reina cemas, meletakkan bunga yang sedang disusunnya lalu segera menghampiri sahabatnya.

Hana menggeleng sambil cuba menghapus air matanya, tetapi jelas sekali dia tidak dapat menahan kesedihan yang melanda.

Wajahnya kelihatan begitu tertekan, seolah-olah cuba menahan beban yang terlalu berat untuk ditanggung. Nafasnya sesak, dan setiap kali dia cuba berkata sesuatu, suaranya bergetar, mencerminkan betapa dalam luka di hatinya.

"Reina.." Suaranya tersekat-sekat, penuh dengan keperitan.

Reina menuntun Hana duduk di sebuah bangku di sudut kedai, jauh dari pandangan pelanggan lain. Dia mengelap sisa air mata di wajah Hana dengan penuh lembut, menanti dengan sabar sementara sahabatnya cuba mengumpul kekuatan untuk bercerita.

"Cakap dengan aku, apa yang jadi?" Pinta Reina dengan lembut, cuba menenangkan tangisan Hana yang semakin kuat.

Hana menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan sebak di dadanya.

"Adam.. dia ada orang lain." Akhirnya Hana berjaya mengeluarkan kata-kata yang terasa bagai duri di hatinya.

Reina terkejut, namun cuba untuk tidak menunjukkan reaksinya terlalu jelas.

"Adam curang? Kau biar betul. Macam mana kau tahu?" Soal Reina.

"Aku nampak sendiri, Reina. Dia keluar dengan perempuan tu. Aku tanya dia, and dia.. dia tak nafikan pun. Dia dah lama curang. Aku je yang tak tahu." Kata Hana.

Reina memandang Hana dengan penuh simpati, hatinya turut hancur mendengar pengakuan sahabatnya.

"Aku tak sangka dia sanggup buat aku macam ni. Aku selalu percayakan dia, tak pernah terfikir pun yang dia akan betray aku macam ni."

"Patutlah lately ni dia lain sangat. Selalu marah, selalu cari salah aku." Sambung Hana lagi.

Reina menggenggam tangan Hana erat, cuba menenangkan sahabatnya.

"Aku bodoh, Reina. Aku terlalu sayangkan dia sampai aku tak nampak pun yang dia sebenarnya dah bodohkan aku."

Hana mula menangis lagi, dan kali ini Reina hanya mampu memeluknya erat, cuba memberikan kekuatan. Dalam pelukan itu, Reina merasakan betapa beratnya beban yang ditanggung Hana.

"Ni bukan salah kau, Hana. Jangan salahkan diri kau. Adam yang salah, bukan kau. And kau tak perlu terus terseksa macam ni." Kata Reina dengan tegas.

"Aku tahu, tapi... aku sayang dia, Reina. Aku tak tahu macam mana nak lepaskan dia." Hana menunduk, air mata masih mengalir.

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now