Reina memandu dengan tenang menuju ke lapangan terbang, memandangkan abangnya, Qalish, perlu ke luar negara lagi atas urusan kerja. Hati Reina sedikit berat, walaupun dia sudah terbiasa dengan kepergian abangnya yang kerap.
Setibanya di terminal, Qalish keluar dari kereta sambil menghela nafas panjang. Dia memandang Reina, yang masih di tempat duduk pemandu. Senyuman kecil terukir di wajahnya.
"Reina, abang tak lama pun. Don't worry, okay?" Kata Qalish, cuba menenangkan adiknya. Senyuman kecil terukir di wajahnya.
Reina keluar dari kereta dan berdiri di sebelah Qalish.
"Abang selalu cakap macam tu, tapi setiap kali abang pergi, Reina rasa sunyi. Tapi tak apa, Reina faham. Abang pergi kerja." Reina memandang abangnya dengan mata yang sedikit berkaca.
Qalish ketawa kecil.
"Adik abang ni kan kuat. Lagipun, abang tak pergi lama. Sebulan je, paling lama pun mungkin dua bulan." Qalish berkata sebelum merangkul bahu adiknya.
Reina mengangguk, cuba menyembunyikan kegelisahannya.
"Jaga diri, ya, abang. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call Reina."
"Of course. Abang janji akan call selalu." Qalish memandang adiknya dengan penuh kasih sayang.
Selepas beberapa saat, Qalish menarik begnya dari tempat duduk belakang kereta dan melambai kepada Reina sebelum berjalan ke arah pintu masuk lapangan terbang. Reina berdiri di situ, memandang abangnya pergi dengan perasaan campur aduk. Bangga, sedih, dan juga sedikit cemas.
Dia tahu abangnya kerap berjauhan kerana urusan kerja, tetapi setiap kali Qalish pergi, hati Reina terasa sedikit kosong. Dia merasakan dunia ini seolah-olah lebih besar dan lebih sunyi tanpa kehadiran abangnya di sisi.
Sebaik sahaja kelibat Qalish hilang dari pandangan, Reina menghela nafas perlahan dan masuk semula ke dalam kereta.
Dia memutuskan untuk singgah di tepi tasik terlebih dahulu. Tasik itu, dengan airnya yang tenang dan angin sepoi-sepoi yang menyapa wajah, selalu menjadi tempatnya melarikan diri setiap kali perasaannya bercelaru. Dia parkir kereta, kemudian berjalan perlahan ke arah bangku kayu yang menghadap air, tempat kegemarannya sejak kecil.
Duduk di situ, dia membiarkan pandangannya melekat pada riak-riak kecil di permukaan air. Fikirannya mula melayang, mengingatkan perbualan terakhirnya dengan Puan Sharifah beberapa hari yang lalu.
"Kalaulah ayah kau masih hidup, mesti dia malu tengok anak dia hidup macam ni."
Kata-kata itu masih terngiang di telinga, membuatkan hati Reina terasa berat. Puan Sharifah memang selalu menyentuh topik yang sama. Tentang hidupnya yang seakan tak bergerak ke mana-mana, tentang masa depan yang tak pasti. Kata-kata itu selalu membuatkan dia tertekan.
Reina menarik nafas dalam-dalam, merasai hembusan angin sejuk. Kemudian, dia memandang ke arah langit, seolah-olah berkata dengan ayahnya.
"Betul ke ayah akan malu kalau tengok kehidupan Reina sekarang?"
Air mata mula bertakung di kelopak matanya. Dia mengingati wajah ayahnya yang selalu memberi semangat, sering kali berkata bahawa dia boleh mencapai apa saja yang dia impikan.
"Papa selalu cakap, hidup ni pasal mengikuti hati, kan?" Bisiknya, seolah-olah mencari jawapan dalam keheningan alam.
Namun, di sebalik ingatan manis itu, ada rasa ragu yang menghimpit. Dia tahu ayahnya ingin melihatnya bahagia, walaupun ayahnya telah tiada. Tetapi adakah itu bermakna dia perlu mengabaikan kebahagiaan yang sudah dia temui di kedai bunga?
YOU ARE READING
FORGIVING THE FLAME
Romance"You shouldn't love someone like me. I'll only hurt you, break you." - Reina Madiyya - "Whatever you've done, whatever you think makes you unlovable, I don't care. I'm here, and I'm staying." - Rayyan Hazell Ruzain -