BAB 12

38 17 0
                                    

Pagi yang cerah menyambut Reina. Matahari memancarkan sinarnya melalui celah-celah tirai biliknya, membuatkan suasana pagi itu terasa segar dan penuh harapan.

Dia mencapai dress merah jambu yang sudah dipilih malam semalam. Setiap gerakan terasa lebih perlahan dari biasa, seolah-olah ada sesuatu yang istimewa menunggu di hadapan.

Reina berdiri di depan cermin, memandang refleksi dirinya dengan penuh tumpuan, namun jantungnya berdegup kencang, seakan tidak tenang.

"Kenapa aku nervous sangat ni?" Bisiknya pada diri sendiri.

Dia membetulkan sedikit selendang yang dipakainya dan tersenyum kecil. Rasa ragu-ragu mula muncul semula.

"Apa yang dia nak bagitahu aku? Kenapa tempat special?" Fikir Reina. Namun setiap kali wajah Rayyan terlintas di fikirannya, senyuman kecil terukir di bibirnya, menghilangkan sedikit kerisauan yang cuba menguasai.

Tanpa berlengah, Reina melangkah keluar dari bilik, capai kunci keretanya yang tergantung di sebelah pintu, dan terus menuju ke ruang tamu. Langkahnya terasa ringan namun jantungnya tetap berdegup laju. Fikirannya masih tertumpu pada pertemuannya dengan Rayyan dan terutamanya, kata-kata 'my A' yang masih terngiang-ngiang dalam benaknya.

Cahaya matahari pagi menyinari wajahnya, memberikan sedikit rasa tenang. Reina memandang sekeliling sebentar, menarik nafas dalam-dalam, dan terus masuk ke dalam keretanya.

Dalam perjalanan, hatinya penuh dengan debaran. Setiap detik berlalu terasa semakin mendebarkan, tetapi dia tahu, apapun yang terjadi hari ini, dia tidak akan melupakan hari ini untuk masa yang lama.

Setibanya di kedai bunga, Reina memakirkan keretanya di tempat biasa. Dia melangkah keluar perlahan-lahan, matanya merenung ke arah pintu kedai yang kini tertutup rapat, mengingatkan dirinya yang dia perlu bersedia untuk pertemuan ini. Jantungnya masih berdegup kencang, namun senyuman kecil di wajahnya tidak dapat disembunyikan.

Reina memutuskan untuk masuk ke dalam kedai bunga sementara menunggu Rayyan. Dia duduk di salah satu sudut yang sering dia gunakan untuk berehat, di mana bunga-bunga segar berbaris rapi di sekelilingnya. Wangi bunga mawar dan lily memenuhi ruang udara, memberikan suasana yang tenang.

Reina menunggu dengan sabar pada mulanya, tapi semakin lama masa berlalu, hatinya mulai diliputi rasa cemas. Jam di dinding menunjukkan waktu yang dijanjikan telah lama berlalu, namun Rayyan masih belum muncul.

Dia memandang ke luar jendela beberapa kali, berharap melihat kereta Rayyan melintasi jalan. Namun, tiada apa-apa. Hatinya yang pada awalnya berdebar kerana rasa teruja kini bertukar menjadi kegusaran. Dia cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang negatif, tetapi setiap detik yang berlalu menambah beban di fikirannya.

Ketika jam terus berdetik, rasa kecewa mula menyelinap masuk. Telefon di tangannya digenggam erat, menanti jika ada mesej atau panggilan dari Rayyan, tapi tiada apa-apa.

Tiba-tiba, pintu kedai bunga itu terbuka, menyebabkan Reina berpaling dengan penuh harapan. Dia fikir akhirnya Rayyan tiba, tapi sebaik sahaja matanya menangkap sosok yang masuk, harapannya runtuh.

"Hana. Bukan kau cuti ke harini?" Suaranya keluar perlahan, sedikit terkejut melihat gadis itu di hadapannya.

"Haah, saja singgah kafe dekat sebelah tu. Yang kau ni, weekend pun kerja ke, cik kak?" Kata Hana sambil mendekati dan duduk di sebelahnya.

Reina memaksa diri tersenyum, walaupun hatinya sedikit hampa.

"Tak, aku.. tunggu someone."

Hana memandang Reina sejenak, memerhatikan ekspresi wajahnya.

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now