BAB 24

32 10 0
                                    

Reina dan Hana sedang berjoging di taman yang dikelilingi kehijauan petang, udara segar menyapa wajah mereka. Udara Malaysia yang hangat terasa berbeza sekali selepas seminggu berada di Alaska yang dingin. Kaki mereka melangkah selari, sambil sesekali berbual ringan.

"Sejak jadi bini orang ni, makin cantik eh kau." Hana berseloroh sambil memandang Reina dari sisi.

"Hello? Aku hari-hari cantik okay. Sebab tu suami aku terpikat." Jawab Reina dengan nada yakin, membuat Hana tergelak kecil.

"Yalah, yalah... perasan! Ni last aku puji kau." Balas Hana, tersenyum sambil menjeling nakal.

Selepas beberapa pusingan, mereka berdua memutuskan untuk berehat di bangku taman. Reina menyeka peluh di dahinya, sementara Hana membuka botol air dan meneguk beberapa kali sebelum memandang Reina dengan mata penuh usikan.

"Macam mana honeymoon kat Alaska?" Hana bertanya, nada suaranya penuh ingin tahu sambil menjeling ke arah Reina dengan senyum menggoda.

Reina tersenyum tipis, matanya memandang ke depan seolah-olah teringat sesuatu.

"Best sangat! Lagi-lagi pergi dengan encik suami."

Hana menjulingkan mata ke atas, berpura-pura bosan. Reina tergelak kecil melihat reaksi Hana.

"Walaupun kat sana sejuk, tapi ada... kehangatan dia." Sambung Reina dengan nada penuh maksud 'kehangatan' itu.

Hana segera menangkap maksud tersirat di sebalik kata-kata Reina.

"Kehangatan eh? Pandai kau sekarang. Story la dengan aku... please..." Katanya sambil mendekatkan wajah, seolah-olah menanti rahsia besar.

Reina mencubit lengan Hana dengan manja.

"Kau ni kalau dah gatal sangat, pergilah kawin sendiri!"

Hana mengaduh kecil.

"Kau ingat senang ke nak cari calon yang setia zaman sekarang ni? Aku dah cukup trauma dengan Adam dulu."

Reina tersentak mendengar nama Adam disebut. Dia memandang Hana dengan simpati.

"Aku ingat kau dah lupa pasal Adam..." Ucapnya perlahan, sambil menyentuh lengan Hana dengan lembut.

Hana menghela nafas panjang, senyum tawar terukir di bibirnya.

"Bukan lupa... lebih kepada cuba tak ingat. Tapi, benda tu tetap ada kat sini." Hana menunjukkan dadanya.

"Jadi lesson untuk aku berhati-hati lepas ni."

Reina mengangguk memahami.

"Don't worry... ada masa yang tepat nanti, kau akan jumpa seseorang yang betul-betul hargai kau. Seseorang yang takkan sia-siakan perasaan kau."

Hana tersenyum kecil.

"Harap-haraplah."

Mereka berdua terdiam seketika, membiarkan suasana tenang menyelubungi. Reina memandang ke arah jalan taman yang semakin sunyi.

"Dahlah. Jangan sebut sangat nama dia. Nanti tak pasal-pasal dia muncul kat sini." Hana berseloroh, tapi jelas dalam nada suaranya yang ada rasa bimbang yang tersembunyi.

Reina ketawa kecil.

"Kalau dia muncul, aku lari dulu tau!"

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now