BAB 13

46 17 0
                                    

Rayyan menekan minyak kereta dengan laju, merasakan getaran marah yang mengalir di dalam dirinya. Dia menggenggam stereng dengan kuat, matanya tajam memandang jalan raya yang membentang di hadapannya. Kekecewaan meluap-luap dalam hati, memikirkan betapa tidak adil situasi yang dia hadapi.

"Ni semua mummy punya hal. Tak pasal-pasal aku dah lambat nak jumpa Reina." Bisiknya geram.

Sebentar tadi, Datin Mariam telah meminta agar dia menghantar Nadeera pulang selepas mereka berdua pergi ke pasaraya untuk membeli barang. Dia tidak boleh menolak permintaan ibunya, tetapi itu bukan alasan untuk menghancurkan harapannya bertemu dengan Reina.

Sebaik sahaja sampai di persimpangan, mata Rayyan tertangkap pada satu susuk tubuh yang dikenali yang sedang berdiri di tepi kereta. Reina. Jantungnya berdegup kencang, dan dia segera memperlahankan keretanya, memastikan dia tidak terlepas momen penting ini.

Reina melihat kereta Rayyan meluncur masuk ke tempat parkir dengan rasa tidak senang di hati.

"Kenapa dia datang jugak?" Bisiknya dengan geram, memandang tajam ke arah kereta yang berhenti. Dia merasakan perasaan campur aduk, sekaligus berdebar dan kecewa.

"Reina!" Suara Rayyan memecah keheningan, memanggil nama Reina dengan penuh kesungguhan. Reina yang sedang berdiri di tepi keretanya, menoleh sebentar namun dengan cepat memalingkan wajahnya kembali.

Dia berusaha untuk tidak menunjukkan betapa terganggunya hatinya, menahan segala rasa yang berputar di dalam kepalanya sejak dia melihat Rayyan dengan Nadeera tadi. Jantungnya berdegup kencang, tetapi dia takkan biarkan Rayyan tahu.

Rayyan melangkah cepat ke arahnya.

"Reina, i'm so sorry. Saya..."

"It's okay." Reina memotong, suaranya tenang namun tegas, seolah-olah cuba menahan emosi yang bergelora di dalam hatinya.

Rayyan terhenti seketika, terkejut dengan reaksi Reina yang terlalu cepat memaafkan, namun dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Matanya juga sempat mengerling pada tayar kereta Reina yang pancit.

"I know i'm late, tapi saya..."

"Tak apa, Rayyan. Awak tak perlu jelaskan. Lain kali, kalau ada benda yang lebih penting dari saya, tak perlu susah-susah nak datang." Nada suaranya terdengar biasa, tetapi jelas tersirat sindiran di situ.

Rayyan terkejut dengan nada sindiran itu. Dia mengerutkan dahi, tidak menyangka akan mendapat reaksi seperti ini.

"Reina, saya tak maksudkan macam tu pun. Saya betul-betul ada hal tadi." Balas Rayyan lagi.

"Hal? Maksud awak... hal dengan perempuan lain? Patutlah dah lewat macam ni baru teringat nak datang sini. Rupanya, ada hal yang lagi penting." Reina sengaja menekankan perkataan 'hal' itu.

"It's okay, saya faham. Dia pun nampak cantik. Kurus, tinggi. No wonder, memang sesuai dengan awak." Sambung Reina lagi. Dia tidak dapat menahan lagi kata-katanya, terlepas begitu saja sebelum dia sempat berfikir.

Rayyan terhenti seketika, wajahnya sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Perlahan-lahan, hujung bibirnya ternaik sedikit, membentuk senyuman yang jelas terpancar, seperti dapat mengagak sesuatu. Dia melangkah lebih dekat, matanya tidak beralih dari wajah Reina.

"You're cute when you're jealous." Katanya sambil menyempurnakan senyuman itu, matanya berkilau dengan kehangatan.

Reina terkesima seketika, rasa marahnya seakan terbang, digantikan dengan rasa malu yang menjalar ke seluruh wajahnya. Dia cuba mengelak pandangan mata Rayyan, berusaha berlagak tenang walaupun jantungnya berdegup kencang.

FORGIVING THE FLAMEWhere stories live. Discover now