"Rayyan Hazell Ruzain bin Dato Zubair."
"Saya." Jawab Rayyan dengan tenang namun jelas ada sedikit getar dalam nadanya. Hatinya berdegup kencang, namun wajahnya tetap tenang. Dia tahu saat ini adalah detik yang paling bermakna dalam hidupnya.
"Aku nikahkan dikau dengan Reina Madiyya binti Daud dengan mas kahwinnya RM7000 dan seutas gelang emas tunai."
Rayyan mengatur nafas sebelum mengucapkan dengan lantang.
"Aku terima nikahnya Reina Madiyya binti Daud dengan mas kahwinnya RM7000 dan seutas gelang emas tunai." Ucap Rayyan dengan jelas dan penuh keyakinan. Hatinya berdebar, tetapi lega mendengar lafaz itu sempurna terucap.
Tok Kadi memandang saksi di sekeliling.
"Sah?"
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah..."
Dengan lafaz itu, satu fasa baru dalam hidup mereka bermula.
Mereka mula membaca doa, memohon keberkatan dalam pernikahan yang baru sahaja terjalin. Reina merasakan air matanya mengalir perlahan di pipi. Ia bukan tangisan sedih, tetapi air mata kesyukuran, kegembiraan, dan hadapan untuk masa depan bersama Rayyan.
Dengan penuh hormat, Reina menunduk dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Datin Mariam.
Datin Mariam membalas salam dengan senyuman, namun sejurus selepas itu, tanpa sebarang amaran, dia menarik Reina ke dalam pelukan.
Datin Mariam memeluknya erat, seakan-akan tidak mahu melepaskannya. Air mata yang cuba ditahannya akhirnya jatuh juga. Perasaan gembira dan syukur membanjiri dirinya, namun disebalik itu semua, ada rasa takut yang tidak mampu dia lenyapkan.
Pelukan itu seakan sebuah jaminan, sebuah permohonan agar Reina memaafkan apa yang telah berlaku tanpa dia ketahui.
"Terima kasih, sayang. Mummy harap... Reina akan bahagia dengan Rayyan dan mummy doakan yang terbaik untuk kamu berdua." Bisiknya perlahan, suaranya bergetar sedikit.
Reina tersentuh mendengar kata-kata itu, tetapi dia tidak sedar kegelisahan di hati ibu mertuanya. Yang dia rasakan hanyalah kehangatan, kasih sayang yang ikhlas, dan penerimaan sebagai seorang anak dalam keluarga itu.
Rayyan melangkah perlahan ke arah Reina, pandangan matanya penuh dengan kelembutan dan kasih yang mendalam.
"Assalamualaikum, sayang." Ujar Rayyan perlahan, penuh kasih sayang.
"Waalaikumsalam."
Dengan tenang, Rayyan menyarungkan cincin emas ke jari Reina. Sentuhan lembut jemarinya pada kulit Reina menghantar debaran halus di dada masing-masing.
Reina tersenyum manis, perlahan-lahan mengangkat tangan Rayyan dan mengucupnya dengan penuh hormat.
Rayyan kemudian perlahan-lahan menunduk dan mencium dahi Reina, seolah-olah menyempurnakan ikatan mereka yang baru terbina. Pandangan mereka bertaut seketika, seolah-olah hanya mereka berdua di situ.
Zayn berdehem perlahan, sambil menyandar sedikit ke arah Rayyan dan berbisik.
"Dahlah tu. Kalau nak tengok lama-lama boleh sambung dalam bilik nanti." Senyuman nakal jelas tergambar di wajahnya.
Rayyan melemparkan pandangan tajam ke arah Zayn dan bisik kembali.
"Diamlah, single."
YOU ARE READING
FORGIVING THE FLAME
Romance"You shouldn't love someone like me. I'll only hurt you, break you." - Reina Madiyya - "Whatever you've done, whatever you think makes you unlovable, I don't care. I'm here, and I'm staying." - Rayyan Hazell Ruzain -