Reina sibuk menyusun bunga ros di kaunter kedai bunganya. Udara segar dipenuhi dengan haruman bunga yang pelbagai, dan sinar matahari yang masuk melalui tingkap kaca besar kedai membuat suasana terasa damai. Hanya deruan kipas siling dan bunyi halus dari alat radio kecil yang menemani Reina dalam kesibukannya.
Tiba-tiba, pintu kedai berbunyi, menandakan ada pelanggan masuk. Reina tidak menoleh, menyangka ia sekadar pelanggan biasa. Namun, suara yang akrab mengejutkannya.
"Wah, makin cantik kedai ni sekarang. Lagi-lagi, tuan kedai dia." Suara itu, penuh keyakinan dan gurau senda.
Reina langsung berpaling.
"Abang Qalish?! Abang buat apa kat sini?" Wajahnya berubah ceria, terkejut melihat abangnya yang sudah lama tidak kelihatan kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Qalish melangkah masuk dengan gaya santai, mengenakan jaket kulit kegemarannya dan senyuman yang sentiasa membuatnya tampak yakin.
"Tak boleh datang melawat adik sendiri ke?" Jawabnya selamba sambil memandang sekitar kedai.
Reina menggeleng kepala, namun tersenyum.
"Tak ada angin tak ada ribut, abang tiba-tiba muncul. Mesti ada sebab."
"Tak ada apa-apa. Cuma.. rindu nak jumpa adik abang ni. Lagipun, abang lalu sini tadi, ingat nak singgah." Qalish berkata sambil mendekati Reina yang sedang memegang sekuntum bunga ros.
"Nah, ni abang ada belikan makanan untuk Reina." Qalish mengeluarkan sesuatu dari plastik yang dibawanya lalu menghulurkan kotak makanan kepada Reina.
"Wow, baiknya abang Reina yang handsome ni. Abang belikan apa?" Soal Reina dengan nada teruja.
"Nasi lemak ayam rendang, favorite Reina." Qalish menjawab sambil menyengih.
Reina tersenyum lebar, mengangkat kotak itu sedikit.
"Thanks, abang! Timing tepat, Reina belum makan tengah hari pun lagi."
"Of course, abang tahu waktu makan adik dia." Kata Qalish dengan nada bangga, sambil melabuhkan punggung di kerusi di sebelah kaunter.
"So, how's everything? Business okay?" Sambungnya lagi.
Reina mengangguk.
"Alhamdulillah, okay je. Kadang slow, kadang busy." Reina berkata sambil membuka kotak nasi lemak itu dan aroma rendang memenuhi ruang kedai.
"Yang penting, Reina jaga diri. Kalau ada apa-apa, abang selalu ada untuk tolong, okay?" Qalish memandang Reina dengan penuh kasih.
Reina tersenyum sambil mengangguk, merasa terharu dengan perhatian abangnya, walaupun dalam gaya santainya, Qalish tetap peduli.
Setelah selesai makan, Reina menutup kembali kotak nasi lemak itu sebaik mendengar nada serius dalam suara abangnya.
"Luar negara lagi? Abang baru je balik. Dah kena pergi lagi?" Dia memandang Qalish dengan penuh perhatian.
"Macam biasa. Kerja tak habis-habis. Kali ni mungkin lama sikit." Jawab Qalish sambil menyandarkan diri di kerusi.
Reina diam seketika, menahan rasa sedikit berat hati. Dia sudah terbiasa abangnya sering sibuk dengan kerja, tapi setiap kali Qalish ke luar negara, rasa rindu pasti mengisi hatinya.
"Berapa lama kali ni?" Soal Reina.
"Entahlah, mungkin sebulan... mungkin lebih. Tapi, abang janji akan contact selalu. Don't worry." Qalish memandang Reina dengan senyuman tipis, walau dia tahu senyum itu tak mampu menutup rasa bersalahnya kerana terpaksa tinggalkan keluarganya lagi.
YOU ARE READING
FORGIVING THE FLAME
Romance"You shouldn't love someone like me. I'll only hurt you, break you." - Reina Madiyya - "Whatever you've done, whatever you think makes you unlovable, I don't care. I'm here, and I'm staying." - Rayyan Hazell Ruzain -