BANG! Bang! Bertalu-talu tembakan rawak yang menyasarkan ke arah pasukan aku. Pasukan aku masih belum bersedia. Aku terus memberikan arahan. Keadaan semakin tidak terkawal. Nyawa pasukan aku di bawah tanggungjawab aku sekarang.
" Alpha... follow Sarjan Azrie! Right now!" Segera aku memberikan arahan melalui walkie talkie.
Tembakan masih lagi berlaku di ruang gudang itu. Kelibat musuh tidak kelihatan. Aku memerhati di ruang tingkat atas gudang. Nampaknya musuh cuba bersembunyi di sebalik timbunan tong yang berselerakan di situ.
" Tuan! Saya rasa kita kena cuba untuk naik ke tingkat atas," cadang Sarjan Azrie.
Aku memikirkan sejenak untuk membuat keputusan. Lantas, aku mengeluarkan arahan.
" Alpha! move up!." Aku tanpa berlengah bersama-sama pasukan bergerak ke tingkat atas sambil menghindari diri dari tembakan yang menyasarkan kepada aku dan pasukan.
Berlari laju mereka ke atas. Aku meluruskan jari telunjuk ke arah timbunan tong-tong di situ. Koperal Sayf memahami arahan yang aku beri.
Pistol jenis Glock 19 dihala ke arah seorang musuh yang cuba bersembunyi. Aku nampak Koperal Sayf sudah bersedia.
" Sasaran di hadapan....tembak!" segera aku memberi arahan setelah yakin dengan Koperal Sayf.
Koperal Sayf menarik slide Glock 19 ke belakang. Tembakan dilepaskan dan laju menuju ke arah musuh.
" Arghhhh!"
Terdengar jeritan musuh yang telah terkena tembakan. Aku mengarahkan mereka untuk terus bergerak ke depan. Tangkas mereka bergerak.
Koperal Naqiu ahli dari pasukan aku segera berlari ke arah musuh yang telah ditembak. Nampaknya musuh pertama yang kecundang masih hidup. Segera Koperal Naqiu menggari tangan musuh walaupun musuh tengah berdarah setelah terkena tembakan pada bahu sebelah kanan.
Dua lagi musuh yang bersembunyi dapat dipastikan lokasi mereka. Perlahan-lahan langkah pasukan aku menuju ke arah mereka. Kami sudah bersedia untuk melepaskan tembakan.
Aku cuba bergerak sedikit ke depan. Sarjan Azrie di bahagian sebelah sana mengangkat tangan memberikan isyarat selamat.
" Bang!" Aku melepaskan tembakan bersama-sama dengan Sarjan Azrie. Kedua-dua musuh akhirnya tumbang. Kedua-dua musuh tadi telah meninggal di tempat kejadian. Tembakan terkena bahagian dada. Mereka mengalami kecederaan parah sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa.
Tembakan di gudang tu akhirnya berhenti. Aku bergerak untuk meninjau keadaan gudang bagi memastikan keadaan betul-betul selamat.
Pistol sentiasa di tangan bersiap sedia dengan segala kemungkinan.
" Prak!" Pistol yang aku pegang dengan kukuh jatuh ke atas lantai gudang.
Masih ada musuh yang setia mencuri peluang untuk menyerang balas. Dia berjaya menghentak tangan aku dan akhirnya pistol terlepas dari genggaman aku.
Dia cuba menumbuk bahagian dada aku. Tangannya digenggam dan meluru laju. Nasib baik aku sempat mengelak. Aku terundur ke belakang bila cuba menepis tumbukan dari musuh.
Nafas aku termengah. Laju aku menyedut oksigen untuk mengembalikan tenaga dalam diri. Tumbukan balas aku tujukan ke arah muka musuh. Musuh jatuh tapi malangnya dia tersembam berhampiran dengan pistol aku yang telah berjaya dia jatuhkan sebentar tadi.
Aku lihat dia laju mengambil pistol aku tadi.
" Bang!"
Aku rasa teramat ngilu di bahagian perut. Tangan aku automatik menutup tempat terkena tembakan. Darah makin membuak-buak keluar. Aku rasa pening.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...