PINTU kereta aku buka. Baru je sebelah kaki melangkah masuk ke dalam kereta, tiba-tiba ada satu tangan yang menggapai tangan aku. Aku tersentak dengan tindakan yang tidak dijangka itu. Segera aku menepis jijik! Pandangan aku meliar ke tempat parking risau ada yang memerhati. Nanti kecoh pulak satu balai ni.
Aku memandang dia dengan riak kurang senang. Kehadiran dia disini sememangnya tidak diundang.
" Darling.... please maafkan i..." rintih Eliza.
Bertakung air mata di kelopak matanya. Kalau dulu mungkin aku tidak akan sesekali pun membiarkan air mata itu hadir. Tapi sekarang, memang aku sudah tak peduli langsung.
Aku membuat muka menyampah. Senyuman sinis aku berikan kepada Eliza.
" I dah maafkan you."
Eliza mula menyimpul senyum. Dia ingat aku akan menerima dia kembali.
" Kalau you maafkan i.... kita teruskanlah dengan majlis kita tu."
No way! Memang dalam mimpi jelah. Aku tak ingin langsung hidup dengan perempuan yang tak pernah cukup dengan satu lelaki!
" I dah cakap hari tu. I maafkan you dengan syarat kita putus! You masih tak faham bahasa lagi ke?" Nada aku dah semakin tinggi. Susah bercakap dengan perempuan yang tak reti bahasa.
Eliza mulai gugur air mata sekali lagi. Drama tak sudah. Ada aku kisah? Kami dah putus. Kenapa aku perlu peduli dengan perasaan dia lagi. Perasaan aku yang paling penting buat masa sekarang.
" I cannot live without you darling!"
" I don't care! Get lost!"
Aku semakin hilang kawalan. Kau faham tak betapa kecewanya hati aku setelah dihancurkan oleh seorang wanita. Selalu perempuan je yang dikecewakan. Ini lelaki! Siapa kata lelaki tidak dikecewakan? Kami juga makhluk tuhan. Selayaknya disayangi seperti wanita. Lelaki pun perlukan perempuan yang setia dalam hidup.
Eliza cuba memegang lengan aku. Aku segera menjarakkan diri. Menyampah! Buat apa dia cari aku lagi? Carilah lelaki yang dah dia tidur bersama tu.
" Cik kak! Haram tau sentuh lelaki yang bukan mahram!" tiba-tiba satu suara menyampuk.
Eliza menghentikan perbuatan dia. Matanya beralih ke arah lelaki yang bersuara itu.
" You tengoklah dia ni suka-suka hati je marah i," ujar Eliza.
Aku menggulingkan mata.
" Naqiu! Kau ajar sikit perempuan ni," arah aku setelah Naqiu menyampuk perbualan kami berdua.
" Cik kak..., orang kalau dah tak sudi janganlah kita terhegeh-hegeh pulak. Malulah sikit! Eh lupa pulak i, cik kak mana pernah ada perasaan malu," perli Naqiu.
Aku rasa macam nak bagi anugerah pada Naqiu. Mamat tu kalau dah bercakap memang dah tak kisah pasal perasaan orang lain.
Eliza menghentak kasar kakinya ke atas jalan. Geram sebab Naqiu mula masuk campur dalam urusan kami gamaknya.
" You jangan sibuk boleh tak? Ini urusan i dengan dia. You siapa nak masuk campur dengan urusan kitorang?" tanya Eliza tidak berpuas hati.
Naqiu menghampiri aku dan merangkul bahu aku dengan mesra.
" Tuan Maleeq ni bakal abang ipar i. Of course i kena ambik tahu hal dia."
Aku terkejut mendengar pembohongan Naqiu. Dia punya membohong bukan main lagi. Naqiu ni memang ada kakak ke? Dia bagi hint nak aku jadi abang ipar dia sebetulnya ke?
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
Genel KurguTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...