MEGAT ke hulu ke hilir berjalan di depan aku. Entah apalah yang difikirnya. Aku melirik ke arahnya. Dia mungkin tidak perasan yang gerak gerinya diperhatikan. Bukan aku seorang tapi semua orang tengah memerhatikan dia.
" Tuan Megat tu dah kenapa? Asyik mundar-mandir dari tadi," tanya Naqiu.
" Manalah aku tahu. Cubalah kau tanya dia sendiri. Aku pun dah pening dari tadi dia duk ulang alik kat sini." Naik rimas aku melihat dia.
" Cubalah tuan tanya dia," arah Naqiu.
" Kau tanyalah sendiri," aku menyuruhnya pulak.
Berani betul si Naqiu mengarah aku. Aku ni pegawai dia merangkap bakal abang ipar. Suka hati je bagi arahan. Itu belum lagi dah jadi adik ipar nanti.
Sarjan Azrie menghampiri Megat lalu ditepuk bahu Megat.
" Kenapa tuan duk mundar-mandir depan ni?" tanya Sarjan Azrie pada Megat.
" Aku tengah risau ni. Korang mana faham."
Mereka yang lain beredar dari situ dan meneruskan latihan simulasi.
" Memanglah orang tak akan faham kalau kau tak bagitahu. Bongok betullah kau ni Megat," marah aku tak tahan sabar.
" Kau jangan nak membongokkan aku. Semua berpunca dari kau," katanya.
Aku menuding jari ke arah diri sendiri.
" Aku? Kenapa dengan aku?" soal aku bingung.
" Lepas kau dah sembuh aku dah di arahkan keluar dari pasukan ni," keluh Megat.
Ya Allah! Megat tak nak kembali kepada pasukan dia ke? Kami masing-masing ada pasukan sendiri untuk dijaga dan setiap pasukan ada tugas sendiri.
" Habis tu kau nak aku terlantar atas katil hospital untuk selama-lamanya ke?" tanya aku.
" Boleh ke?" gurau Megat.
Aku membulatkan mata. Megat ni memang suka agaknya aku terlantar.
Megat gelak besar.
" Sebenarnya apa problem kau dalam pasukan sana?" tanya aku.
" Kau fahamlah jela. Semua nak ikut kepala masing-masing. Aku bagi arahan tak nak dengar. Kes yang aku handle sebelum ni gagal teruk sebab mereka tak ikut arahan aku. Dah tak pasal-pasal aku yang kena soal dengan pihak atasan," cerita Megat pada aku.
" Tak settle problem macam ni kalau kau keluar dari pasukan," kata aku.
" Kau rasa kau boleh ke kerja aku? Kita kan musuh dari universiti," aku bertanya lagi.
Padahal dia je yang anggap aku macam musuh. Aku tak pernah peduli pun. Itu pun sebab Eliza tolak cinta dia. Aku pulak yang jadi mangsa.
" Bila masa pulak aku jadi musuh kau?"
" Kau dari dulu lagi kalau jumpa aku buat muka menyampah. Macam aku ni buat salah pulak."
" Eliza kau tu kan tolak cinta aku. Memanglah aku sakit hati. Aku kenal dia dari awal pada kau. Alih-alih dia suka pulak. Mentang-mentang kau anak Dato'."
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...