BAB 16

3.2K 176 9
                                    

KELAJUAN semakin bertambah. Meter mencanak naik. Aku menekan pedal minyak sehabis mungkin. Kamera AES bercahaya bila aku menyelusuri jalan raya.

Ika menelefon suruh aku segera ke rumah along. Aku tak sempat bertanya dengan detail. Semua seperti kacau bilau. Ulfa pun aku tinggal begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Nanti aku hubungi dia lain kali. Buat masa sekarang aku kena fokus kepada pemanduan.

Aku cuma mendengar mama menangis. Hati aku cuak. Tak pernah aku hidup selama ini mendengar mama menangis. Jantung aku mengepam laju.

Akhirnya aku tiba di rumah along. Ini kali pertama aku menjejak kaki ke sini. Konon nak buat terjahan ke rumah along tapi tak sempat.

Ada kereta mama tersadai di luar pintu pagar. Aku menghentikan kenderaan dan meluru ke pintu masuk yang lebar terbuka.

Nafasku tercungap-cungap. Mama masih berdiri. Along tercegat di depan mama. Apa yang telah terjadi sebenarnya? Aku keliru. Aku menghunuskan mata pada Ika. Ika hanya menggelengkan kepala.

Tapi..., di sebelah along ada seorang wanita yang berkain batik dan berbaju tshirt lengan panjang. Manis bertudung sarung. Cantik orangnya. Aku tak pernah tengok sebelum ini. Gaya berkain tu dah macam orang gaji. Kenapa muda sangat orang gaji along?

Mama memukul dada along. Namun, along tak membalas. Sekadar menerima dan redha dengan apa yang dia terima.

" Kenapa along sembunyikan dari mama?" Itu soalan yang menerjah telinga aku.

Sunyi. Sepi. Along hanya diam membisu. Perempuan di sisi along juga begitu. Semua tak menjawab soalan mama.

" Jawab along! Kenapa sembunyikan dari mama?" Mama berulang kali tanya soalan yang sama.

Aku lihat along menekur lantai. Dia masih menundukkan pandangan. Si wanita di sebelah pun sama.

Aku hanya memerhati dan mendengar. Malas untuk masuk campur. Aku bagi peluang untuk mama dan along berbincang.

" Dah berapa lama along bawa perempuan ni tinggal di sini?" soal mama lagi.

" Pandang mama... Jelaskan apa yang kamu dah buat ni? Mama tak pernah ajar along macam ni. Tak cukup ke didikan agama yang kami bagi sampai along bersekedudukan dengan perempuan ni?"

Aku terpana. Terkejut dengan kenyataan ini. Memang betullah jangkaan aku dari awal dulu semasa along keluar dari rumah mama dan tinggal sendiri. Along simpan perempuan! Tapi along menafikannya sewaktu aku bertanya pada dia dulu.

Bunyi esakan kedengaran. Kami semua tertumpu pada si wanita yang berdiri di sebelah along. Nampaknya wanita itu dah mengalirkan air mata.

Tangan along laju menyapu air mata pada pipi wanita itu. Mama kelihatan tergamam dengan tindakan along. Aku pun sama. Along dah tak reti bezakan halal dan haram ke? Di hadapan kami pulak tu.

" Along!" jerit mama.

" Along sedar tak apa yang along buat ni?" Aku mula bersuara.

Along mengangkat wajahnya. Muka mama dipandang. Dia menapak sedikit ke depan dan mencapai tangan mama.

" Maafkan along mama. Along bukan sengaja sembunyikan dari mama," tutur along. Suaranya juga kedengaran sebak.

Mama menepis tangan along. Dia bergerak menuju ke arah wanita itu. Bahu si wanita dipegang. Jari mama memegang dagu si wanita dan memaksa wanita itu mengangkat wajahnya.

" Dah berapa lama kamu tinggal di sini?" soal mama. Mata dia masih tak beralih dari wanita itu. Aku lihat wanita itu seperti menggigil ketakutan.

" Dah 4 bulan datin," polos dia menjawab. Air mata masih mengalir laju pada pipinya.

The Loyal Hunter : Maleeq Uqail Where stories live. Discover now