BAB 4

3.8K 182 0
                                    

AKU tersandar kekenyangan setelah membaham chicken chop tadi. Ika masih duduk di sofa. Aku lihat dia tengah khusyuk melayan drama korea di telefon bimbit.

" Ika tengah tengok cerita apa tu?" tanya aku.

" Tengah layan drama korea yang terbaru ni," jawab Ika.

Aku pun dulu suka juga melayan drama sampai ke pagi. Itu masa zaman belajarlah. Sekarang bila dah kerja, memang langsung tiada masa. Masa yang ada selalu untuk mencari info baru mengenai kes-kes yang kami handle je.

" Best sangat ke? Dari tadi angah tengok Ika duk melayan cerita tu."

"Bestla angah. Kalau tak...memang Ika tak layan."

" Kiranya mood dah okay la ni."

Aku berjalan menghampiri Ika dan duduk di sofa mengadap Ika.

" Angah jangan nak ingatkan balik pasal kes lif tadi."

Ika siap warning aku. Aku hanya tergelak.

" Handsome ke lelaki sewel tu?"

" Handsome sikit dari tapak kasut Ika ni angah," perli Ika.

Aku memandang kasut yang Ika pakai. Kiranya takdela handsome sangat lelaki sewel tu.

" Kiranya angah lagi handsome la kan?" soal aku berlagak.

" Handsome along lagi."

Ika sengaja nak mengenakan aku. Aku bangun dan terus menjentik dahi dia.

" Sakitla angah!"

" Jentik sikit pun dah sakit. Mengada la kau ni Ika."

Ika mencebik. Kaki dia hentak ke permukaan lantai.

" Angah nak tanya sikit."Aku cuba mengorek rahsia.

" Apa? Soalan merepek Ika tak nak jawab," gertak Ika. Mata dia dah fokus ke arah aku sambil menunggu soalan yang bakal aku tanya.

" Kak Eliza dekat tempat kerja macam mana?"

Ika meramas jari jemarinya. Wajahnya ditunduk kembali ke lantai.

" Macam tu je la angah. Ika tak boleh nak cerita sangat sebab Ika hanya budak intern kat situ. Memang kami pun jarang jumpa."

" Kau kena jujur dengan angah."

" Betullah angah. Takkan Ika nak tipu angah pulak. Cuma Ika ada dengar gosip liar. Tapi, betul ke tak Ika tak tahu."

" Gosip pasal Kak Eliza ke?" soal aku.

Ika seperti serba salah. Aku rasa berdebar pula. Gosip apa yang Ika dengar sampai buat dia rasa serba salah begitu.

" Kak Eliza macam rapat sangat dengan pekerja baru kat syarikat tu."

" Rapat yang macam mana?" aku keliru sebab setahu aku Eliza bukan sejenis yang mudah bergaul dengan orang.

" Ada yang nampak mereka selalu keluar makan bersama. Hari itu Ika terdengar makcik cleaner duk bergosip yang Kak Eliza tu siap berpimpin tangan dengan lelaki tu," jujur Ika memberitahu aku.

" Dah lama ke lelaki tu kerja kat sana?"

" Baru lah jugak. Tak sampai setengah tahun lagi."

Aku mengira dan mencongak. Baru aku sedar, perangai Eliza pun berubah tak sampai setengah tahun jugak.

" Ika kenal ke lelaki tu?"

" Muka Ika kenal lah cuma tak pernah pula Ika bercakap dengan dia. Lagi pun dia arkitek baru kat situ. Memang Kak Eliza dengan lelaki tu kerja bersama."

The Loyal Hunter : Maleeq Uqail Where stories live. Discover now