BAB 6

3.7K 177 2
                                    

BEG aku hempas kasar ke atas sofa. Aku henyakkan punggung di situ. Keluhan panjang dilepaskan.

Dari restoran tadi terus aku menuju ke rumah mama dan papa. Rasa aku tak betah balik ke rumah sendiri dengan emosi tak terkawal seperti ni.

Apa kurangnya aku sampai Eliza sanggup buat aku macam ni? Kenapa dengan Eliza? Sudah kurangkah rasa cinta dia terhadap aku? Aku rasa mahu menangis.

Jam sudah menghampiri pukul 7. Enggan terus melayani perasaan, aku terus melangkah kaki ke bilik untuk mandi dan bersiap sedia menunggu waktu maghrib.

Family aku solat berjemaah diimamkan oleh along. Memang ini rutin family aku setiap hari. Sesibuk macam mana pun tetap cuba untuk berjemaah ketika solat maghrib. Aku je yang jarang sebab tinggal berasingan dengan mereka.

Selesai solat aku membawa diri ke taman mini milik mama diluar rumah. Cuba menghambat rasa kecewa. Along tiba-tiba menempel duduk di sebelah aku.

" Along tengok angah macam ada something yang tak kena je," teka along. Tapi along sebetulnya dapat membaca air muka aku.

" If you don't mind, you can share with me," ujar along.

Aku berasa sebak bila along menutur kata sebegitu. Rasa macam air mata aku akan gugur bila-bila masa je sekarang ni.

" Eliza..." aku tak mampu meneruskan kata.

" Kenapa dengan Eliza? Angah gaduh dengan dia ke? Kalau gaduh tu biasalah."

" She cheated on me," aku berterus terang.

" What!"

Along terkejut bila mendengarnya. Along meraup mukanya dengan tangan.

" She cheated on me!" ulang aku.

" Angah betul-betul yakin dia curang?"

Aku melemparkan pandangan jauh ke langit yang gelap gelita tu. Rasa sama gelap jiwa aku sekarang ni gara-gara Eliza.

" Angah nampak dengan kedua-dua mata angah sendiri dia dengan jantan mana entah. Bertepuk tampar, bersentuhan mesra..."

" Cuba tanya dia. Mungkin tu saudara dia je." Positifnya along.

Aku yang melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana mereka bermesraan di belakang aku. Terbayang kembali lagak mereka berdua di restoran tadi.

Memori di restoran petang tadi mengimbau kembali di ingatan aku.

" Sayang..." meleret Eliza bersuara.

" Ye baby." Jantan tak guna tu menjawab. Baby atau babi?

Arghhh!!! Sama-sama tak guna! Kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.

" Malam ni kita nak lepak kat mana? Rumah i atau rumah you?" soal Eliza.

Jari runcingnya menjalar ke dada si jantan. Jantan tu tergelak. Gatal! Terbuntang biji mata aku melihat aksi Eliza.

" I tak kisah. Okey je mana-mana pun. Bukannya tak biasa. Rumah you atau rumah i pun sama je. Yang penting you dengan i." Si jantan bercakap sambil meramas jari Eliza yang asyik meraba dada dia yang tak berapa nak bidang tu.

Aku pandang Naqiu. Naqiu pandang aku. Naqiu dengan riak muka seperti nak muntah.

" Tuan tak nak pergi serang sekarang ke?"

Sekarang ni tunang aku atau tunang dia yang buat hal. Aku mendengus kasar.

" Tak payah nak malukan diri sendiri dekat tempat orang ramai ni. Sedar diri sikit. Kau dengan aku tengah pakai baju apa sekarang ni?"

The Loyal Hunter : Maleeq Uqail Where stories live. Discover now