BAB 7

22 1 0
                                    

LAPORAN post mortem tu aku tilik berulang kali. Punca kematian di sebabkan lebihan dos dadah yang disuntik. Firasat dan naluri aku betul! Memang ada ahli dalam pasukan kami yang menjadi tali barut Dragon Heist.

Cctv di pusat tahanan aku semak. Susah untuk menentukan siapa orangnya disebabkan ramai anggota yang keluar masuk ke situ. Sehari sebelum penjenayah meninggal dunia, penjenayah itu turut disoal siasat oleh beberapa pegawai. Kadar keberangkalian untuk mencari saspek utama semakin rendah.

Aku memicitkan kepala. Terasa menyucuk kepala aku. Dahlah masalah aku bertambah dengan masalah Eliza.

Interkom aku tekan.

" Masuk bilik sekarang!" arah aku.

Pintu aku diketuk beberapa kali dan terpacul wajah yang aku tunggu.

" Ada apa tuan?", tanya Koperal Sayf Razak.

" Mayat lelaki semalam sudah dituntut ke?"

" Tiada tuan. Mengikut hasil siasatan kita, lelaki itu tiada saudara mara. Jadi pihak forensik akan tunggu selama 14 hari sekiranya tiba-tiba ada yang menuntut mayat," terang Sayf.

" Kalau dalam masa 14 hari tiada sesiapa yang menuntut mayat tu?"

" Pihak hospital akan serahkan mayat tersebut kepada pihak yang akan menguruskan proses pelupusan mayat. Disebabkan lelaki ni beragama Islam, maka mereka akan rujuk kepada Jabatan Agama Islam untuk pengebumian. Tapi, kes ini sudah jadi kes bunuh. Mungkin akan mengambil masa yang lebih lama," lebar penerangan Sayf.

" Kita mesti cari pembunuh dengan kadar segera. Aku risau makin bertambah mangsa semasa kita menjalankan operasi ni. Dragon Heist macam dah tak teragak-agak untuk membunuh supaya rancangan mereka tidak diketahui pihak kita."

Koperal Sayf Razak hanya mengangguk kepala tanda setuju.

" Lepas habis kerja nanti, aku nak kau, Naqiu dan Sarjan Azrie berkumpul di bilik aku ni. Ada sesuatu yang aku nak bincangkan," arah aku.

" Baik tuan. Nanti saya bagitahu mereka berdua. Kalau tiada apa lagi saya keluar dulu ye tuan," Sayf meminta izin.

" Ye... kau boleh keluar."

Aku bangun dari kerusi dan menuju ke tingkap. Nampak di luar sana kereta berpusu-pusu di jalanraya. Bertugas di ibu kota Kuala Lumpur sesungguhnya tiada yang mampu menarik jiwa.

Pesanan whatsapp dari telefon bimbit berbunyi. Aku menjeling malas. Aplikasi whatsapp dibuka.

Pesanan dari Ika rupa-rupanya.

" Kak Eliza keluar dengan lelaki tu."

Simple message dari Ika. Aku meraup muka. Kecewa? Aku dah tak rasa kecewa buat masa sekarang. Aku cuma hendak meleraikan hubungan aku dengan Eliza. Tiada guna untuk aku meneruskan hubungan dengan perempuan yang tak setia seperti Eliza.

" Perhatikan mereka berdua. Angah nak Ika sentiasa update lokasi mereka."

Aku membalas pesanan whatsapp Ika.

" Okey..." reply Ika.

Aku meneruskan kerja seperti biasa. Banyak lagi fail kes yang perlu aku kaji.

*****

SUDAH habis waktu bertugas rupanya. Dah dua minggu aku menghabiskan waktu bekerja di ibu pejabat. Dah lama aku tidak meninjau ahli pasukan aku di pusat latihan. Semuanya aku serahkan pada Inspektor Megat Hadi.

Latihan mestilah dilakukan secara berterusan supaya kami dapat bersedia bila-bila masa untuk bertindak. Aku rasa aku memerlukan latihan supaya dapat melegakan fikiran aku yang tengah serabut ni. Macam manalah keadaan pasukan Alpha dibawah pengendalian Megat?

The Loyal Hunter : Maleeq UqailWhere stories live. Discover now