KEESOKKANNYA aku menerima kehadiran orang yang paling aku tunggu-tunggu. Eliza Nerinna! Tunang yang paling aku sayang.
Eliza menapak menghampiri aku. Dipelukannya terdapat sejambak bunga ros merah yang masih segar. Bunga dihulurkan kepada aku.
" For you darling," manja intonasi suaranya.
Aku hanya menyambut. Bunga ros itu aku letak di meja bersebelahan katil aku. Alangkah indahnya dunia ini kalau bunga itu adalah chicken chop.
Aku hanya berdiam seribu bahasa. Ingat perempuan je pandai merajuk. Lelaki pun makhluk Tuhan jugak. Ada hati dan perasaan. Bukannya lelaki ni makhluk asing.
Jari jemari dia yang runcing mengelus halus jari aku. Lantas aku menepis. Aku tak selesa. Aku dengan dia bukan ada hubungan halal yang boleh menghalalkan sentuhan sebegini.
Eliza berdecit halus bila aku menepis tangannya.
" You ni... i pegang sikit pun tak boleh. I tunang you kot," rengek Eliza.
" Jadi you sedarlah yang you tu tunang i? Hari ni dah hari ketiga i masuk ward and just now you baru nak datang jenguk i. I call pun you tak jawab. Mama i call pun sama jugak, you still tak jawab."
Kecil hati aku dengan perangai tunang sendiri. Selalu aku yang tiada masa sibuk dengan kerja. Sekarang dia pulak yang palau aku. Tapi, sekurang-kurangnya aku tetap ada bersama dengan dia time dia susah.
" I'm sorry darling... i betul-betul busy. I sekarang tengah handle satu project besar. You tahukan kerja i macam mana? I must give all the best for my work," ujar Eliza.
Aku mengeluh lemah mendengar alasan Eliza. Kenapa aku boleh bercinta dengan minah arkitek ni? Aku perasan dia semakin kurang memberi commitment dalam hubungan kami berdua. Aku rasa macam aku je yang syok sendiri dengan hubungan kami.
" Eliza... i tak pernah minta banyak pun. I pun busy. I faham kerja you. I pun bukan minta you bagi semua masa you untuk i. Cukuplah you reply message i. Takkan you langsung tak tengok handphone you. Sebelum tidur ke atau waktu rehat cubalah reply whatsapp i. Call i tak payah cakaplah. Zero!"
Aku meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Wajahnya aku lihat berubah. Sama ada sedih atau pun geram dengan aku.
" Darling... i janji lepas ni i tak buat lagi. I will reply whatsapp you," katanya memujuk aku.
Lemah aku dengan rayuan Eliza tu. Wajahnya aku pandang dengan penuh kasih sayang. Dari dulu sampai sekarang wajah itu tiada langsung cacat dan cela.
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh jatuh suka dengan dia. Padahal aku bukan kisah sangat pasal rupa dia.
Setelah menyulam cinta sejak dari zaman universiti, tahun lepas kami membuat keputusan untuk mengikat tali perhubungan kami.
Sepatutnya tahun depan kami akan berkahwin tetapi Eliza seperti cuba mengelak bila soal kahwin ditimbulkan.
" So... are you ready to be my wife?" tanya aku tanpa berlapik lagi.
Aku kena pastikan hubungan yang kami bina ni berkekalan. Eliza ni tak nak bina rumah tangga dengan aku ke? Asyik bina bangunan je.
" Ala..., kita kan baru bertunang. I pun masih membina kerjaya i lagi. You boleh sabarkan?"
" You nak bina macam mana lagi? Setahu i, you ketua arkitek dekat company tu atau you nak jadi CEO dulu baru you nak kahwin dengan i? Kita bukan makin muda. You dengan i dah sama-sama 30 tahun. I tak nak dah tua baru i dapat anak."
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...