MAMA akhirnya sedar dari pengsan. Kami semua masih berada di rumah along. Mata mama terkebil-kebil masih mamai setelah sedar dari pengsan. Cuaca di luar semakin gelap. Aku masih memakai uniform kerja sejak dari tadi.
Aku memandang ke arah along.
" Angah nak tumpang solat maghrib sekejap," kata aku.
" Ikut along," arah along.
Aku membontoti along menuju ke bilik tetamu. Sejadah sudah sedia terbentang. Along keluar dari bilik setelah menunjukkan bilik kepada aku. Laju kaki melangkah ke arah bilik air. Takut terlewat menunaikan fardhu yang satu itu.
Baru je selesai mengambil wuduk, along kembali ke bilik dengan kain pelikat dan sehelai baju. Dihulurkan kepada aku.
" Tukarlah. Dari tadi angah pakai uniform tu. Nanti tak selesa."
Aku hanya menyambut pakaian itu dan menukar pakaian aku. Solat aku tunaikan. Along masih setia menunggu aku sehingga aku selesai solat.
" Along ada nak cakap sesuatu ke?" tanya aku.
Dia menarik tangan aku dan mengarah aku untuk duduk di sebelahnya.
" Along serba salah. Along tak tahu macam mana nak terangkan pada mama dan papa."
Aku mengeluh kecil. Baru aku nampak sisi along yang lemah. Selama ini aku nampak dia terlalu hebat. Tapi, bila melibatkan perempuan.. dia jadi selemah-lemah lelaki.
" Along kena ceritakan dari awal macam mana along boleh berkahwin dengan isteri along. Angah tak rasa mama dan papa kecewa sebab along berkahwin. Diorang kecewa sebab along rahsiakan perkahwinan along je tu. Tadi pun diorang marah sebab diorang ingat along tinggal bersama tanpa ikatan yang sah," terang aku.
Aku rasa aku dah jadi macam pakar kaunseling. Menasihati abang sendiri tak pernah ada dalam kamus hidup aku sebab along seorang yang perfect dari semua segi.
" Angah rasa mama dan papa boleh maafkan along ke?"
" Along jangan risau. Mama dan papa pasti maafkan along. Along kan kesayangan mereka. Kalau angah yang buat salah lain lah. Mesti diorang dah campak dalam sungai sebab angah bukan anak kesayangan mereka," gurau aku.
Along meluku kepala aku. Aku menggosok kepala. Sakit kot! Dahlah along tu lagi sado dari aku. Dia tersenyum. Puas hati dapat menyakiti aku.
" Diorang pun sayang angah lah. Kalau mama dan papa dengar diorang tentu terasa."
" Fakta kot. Along yang lahir dulu. Memang diorang sayang along lebih dari angah dan Ika. Kami ni dapat lebihan kasih sayang je," gurau aku lagi.
Kami sama-sama tergelak. Aku pandang wajah along.
" Along bahagia dengan dia?"
Along terdiam. Dia seperti sukar untuk menjawab soalan aku.
" Along bahagia tak?" Sekali lagi aku menyoal.
" Along cuba untuk bahagia. Hubungan kami bukan macam pasangan lain. Kami tiba-tiba kena kahwin. Kami masih belajar untuk mengenali diri masing-masing."
Aku cengkam bahu along menyalurkan sedikit kekuatan buat along.
" Orang cakap bercinta selepas kahwin itu lebih indah. Angah tengok isteri along bukan main cantik lagi. Untunglah dapat isteri cantik," puji aku.
Along tersengih malu.
" Cantik ke isteri along tu?"
Aku sekadar menjeling sinis. Menyampah! Tahulah dia dapat isteri yang cantik. Along tertawa. Aku rasa along dah cintakan isteri dia. Dia je yang masih belum sedar gamaknya. Aksi dia menenangkan isterinya ketika menangis tadi masih berlegar di ruang kepala aku.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...