PAGI yang dingin mencengkam hingga ke tulang belakang. Aku meraba mencari remote control aircond di atas tilam yang aku baring sekarang. Akhirnya berjaya ditemui! Mata masih lagi berat untuk dibuka. Butang off ditekan.
Aku tenyeh kelopak mata dengan kedua-dua tangan. Jam dinding ward VIP tu baru menunjukkan pukul 6 pagi. Aku dengan langkah malas menuju ke tandas untuk mengambil wudhu. Solat wajib ditunaikan sementelah aku ni beragama islam.
Katil kosong untuk penjaga di sebelah katil aku dipandang hambar. Semalam mama berdegil untuk menjaga aku. Tapi, aku dah awal-awal menyuruh Ika membawa mama balik dengan alasan risau mama tak selesa tidur di situ.
Sedangkan aku sebenarnya selesa bersendirian. Lagipun aku dah biasa. Aku pun bukan tinggal dengan family. Setelah aku bekerja selama 3 tahun, aku terus membeli sebuah rumah double storey. Salah satu persiapan awal jika aku mendirikan rumah tangga kelak. Kiranya aku dah 2 tahun tinggal bersendirian.
Aku terus membentang sejadah di lantai. Solat Subuh ditunaikan. Setelah salam diberi, aku mendoakan kesejahteraan keluarga aku dan orang sekeliling aku.
Aku masih lagi setia berteleku di atas sejadah. Aku dengar pintu bilik dibuka. Aku menoleh ke belakang. Cik doktor semalam!
" Oh maaf! Saya ganggu tuan ke?" katanya seperti serba salah.
Aku laju menggeleng kepala.
" Tak... Saya dah siap solat."
Bangkit dari sejadah lalu aku melipat sejadah dengan kemas. Sejadah aku simpan balik ke dalam almari di sebelah katil aku.
Aku masih tegak berdiri di tepi katil memerhatikan doktor itu.
" Saya nak check balik luka tuan. Boleh ke tuan baring sekarang?" soal dia sambil jari menunjukkan ke arah luka aku.
Aku terus merebahkan badan di atas katil.
Doktor itu menghampiri aku. Tangannya menggapai kotak glove di atas meja. Sepasang glove diambil dan terus dipakaikan di tangan dia yang putih melepak tu.
Baju ward khas untuk pesakit yang aku pakai diselak sedikit ke atas. Luka aku betul-betul di bahagian perut. Balutan kain kasa yang membalut luka aku dibuka oleh dia. Aku nampak dia tekun mencuci luka aku.
" Luka tuan ni dah makin mengering. Tapi, kalau boleh elakkan sementara dari terkena air. Risau tempat luka ni terkena infection nanti."
Aku hanya mengangguk kepala. Mata aku masih lagi memerhati tingkah dia membuat kerja. Aku mencari di mana bukti yang mama cakap doktor ni cantik. Dari dahi dia yang licin, hidung yang mancung dan menuruni ke bibir yang merah tanpa secalit gincu.
" Okay dah siap," ucapnya setelah selesai menyempurnakan tugas dia.
Aku tersentak. Terkejut kerana olah mencuri memandang anak dara orang. Aku berdehem perlahan.
" Terima kasih doktor."
" Sama-sama."
Aku nampak dia laju mengemas peralatan yang dia gunakan tadi. Mata aku masih menyoroti langkah dia keluar dari bilik.
Hati tiba-tiba teringatkan si tunang. Semalam aku dah cuba menghubungi Eliza tapi hampa. Eliza langsung tak menyahut sebarang panggilan. Last sekali aku membuat keputusan untuk menghantar whatsapp sahaja.
Aku duduk di atas katil dan mencapai telefon bimbit di atas meja. Aplikasi whatsapp dibuka. Banyak whatsapp yang aku terima tapi tiada satu pun dari Eliza. Pesanan aku cuma di blue tick sahaja tanpa sebarang reply.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...