MAJLIS doa selamat yang menggantikan majlis perkahwinan aku bertukar kepada majlis pertunangan Ika dan Naqiu. Pelik tapi benar.
Gara-gara minggu lepas Naqiu datang ke rumah family aku secara tiba-tiba, akhirnya mereka mengikat tali pertunangan pada hari ini. Aku pun hairan bila masa Ika tu bercinta dengan Naqiu Al-Haq. Anggap jelah dah memang mereka dua tu berjodoh. Lagi pun papa dan mama pun tidak menghalang hubungan mereka.
Aku memerhati tetamu yang hadir. Pihak dari sebelah Naqiu tak ramai pun yang datang. Hanya kawan-kawan sebagai wakil dari pihak Naqiu. Maklumlah dia kan anak yatim piatu.
Majlis sudah pun bermula. Aku lihat Ika tersenyum manis bila wakil dari pihak Naqiu menyarungkan cincin tanda pertunangan.
Bahu aku ditepuk perlahan. Aku seraya tersenyum ke arah along.
" Cantikkan Ika?" tanya along. Aku angguk mengiyakan.
Mata kami berdua fokus kepada Ika. Satu-satunya adik perempuan kami yang sudah menjadi tunangan orang. Kami jugaklah yang masih single dan available.
Tetamu masih lagi berpusu-pusu datang. Di bawah khemah rancak mereka menjamu selera sambil berbual. Mata aku melilau mencari bayang Naqiu. Tapi, tak nampak pulak batang hidung Naqiu. Mungkin dia tak hadir.
Aku dan along melangkah ke khemah untuk melayan tetamu. Papa pulak sibuk melayan rakan business dia yang turut dijemput sama.
Sarjan Azrie dan Koperal Sayf masih berada di meja. Ralit menjamu selera. Aku menghampiri mereka.
" Makan kenyang-kenyang. Esok banyak lagi kerja," aku mengusik.
" Eh tuan.. Tuan dah makan ke belum ni? Join lah kitorang ni makan sama-sama," pelawa Sayf.
" Aku tuan rumah tak pe makan lambat pun. Korang makanlah dulu. Naqiu memang tak datang sekali ke?" soal aku.
" Naqiu tak datang tuan. Dia ada hal. Lagi pun dia cakap ni majlis bertunang je kalau dia tak datang pun tak pe," ujar Sarjan Azrie.
Aku mengerut kening. Malas aku nak fikir pasal Naqiu. Janji mereka berdua dah selamat bertunang.
" Fuyyyooo! Aku mendengar suara rakan sekerja aku menjerit gatal.
Mata kami semua tertumpu kepada gerangan yang menarik perhatian semua itu. Aku terkesima bila sudah mengenalpasti gerangan tuan badan.
" Lawa betul awek tu? Saudara tuan ke? Tak pernah pulak tuan cerita ada saudara lawa macam tu," satu suara mencelah di tengah-tengah orang ramai.
Si perempuan ayu berbaju kurung moden berwarna maroon. Begitu ketara bila si pemakai berkulit putih melepak. Qaseh juga aku lihat comel memakai dress warna senada dengan doktor Ulfa.
" Bukan ke itu doktor yang rawat tuan masa tuan kena tumbuk hari tu?" soal Sayf. Dia turut menjengah kepala untuk melihat dengan jelas.
Aku hanya mendiamkan diri. Mata masih mengawasi langkahnya.
Mama meluru datang bila sedar akan kehadiran doktor Ulfa. Bukan main excited lagi aku tengok mama melayan keluarga doktor Ulfa tu.
Aku malas nak ambik pusing. Aku meminta izin dengan tetamu untuk masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba rasa nak terkucil. Berlari aku menuju ke bilik aku di tingkat atas.
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
General FictionTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...