TROLI aku tolak menuju ke bahagian bahan basah. Dah lama rasanya dapur aku tak berasap. Sejak aku putus tunang lama dah aku tak beraksi di dapur. Sekarang baru mood memasak datang balik itu pun sebab aku dah bosan asyik makan dekat rumah family aku.
Tangan aku membelek ikan satu persatu. Nampaknya ikan ni masih segar. Plastik aku tarik dan koyakkan. Aku masukkan 4 ekor ikan dalam plastik dan menuju ke kaunter penimbang.
Sementara pekerja menimbang, sempat lagi aku mengisi beberapa ekor udang ke dalam plastik dan aku hulurkan pada pekerja itu. Cukuplah dua jenis lauk untuk hari minggu ni. Kalau beli banyak membazir pulak. Aku bukan banyak sangat masa. Selalu sibuk dengan operasi dan tugas di balai.
Aku menilik jam di tangan. Baru pukul 12 tengahari. Masih awal lagi. Pukul 3 petang nanti aku ada urusan dengan bakal penyewa kondo aku. Setelah aku menghalau Eliza keluar, aku membuat keputusan untuk sewakan sahaja kondo aku tu pada orang lain. Kalau dibiarkan kosong nanti rosak macam tu je. Kang ada pulak penunggu kalau kondo tu lama-lama dibiarkan kosong. Seram pulak bila aku fikirkan.
Aku menolak troli ke bahagian sayur. Terasa single betul bila berjalan seorang diri sambil membeli barang dapur. Aku memilih 3 jenis sayur lalu aku masukkan ke dalam troli.
Kaki menghala pula ke arah botol-botol sos. Teringat pulak sos tomato di rumah dah habis. Tengah khusyuk menolak troli ke bahagian sos tiba-tiba aku terlanggar troli dari tepi.
" Sorry..., saya tak sengaja." Aku meminta maaf.
" Bukan ke itu uncle yang mommy jumpa kat taman hari itu?" suara si kecil kedengaran.
Aku menoleh kepada pemilik troli yang aku terlanggar tadi. Masing-masing terkejut.
" Tuan buat apa kat sini?" tanya doktor Ulfa.
Aku menjeling ke arah troli. Dia tak nampak ke aku tengah bershopping grocery ni.
" Beli barang dapur sikit," sengih aku ke arah mereka berdua.
" Uncle beli gula-gula tak?" Qaseh bertanya.
" Tak. Kenapa Qaseh tanya uncle beli gula-gula ke tak?"
" Sebab Qaseh tak dapat beli gula-gula. Mommy tak bagi beli gula-gula. Kalau uncle beli, Qaseh nak minta satu," polos dia berkata.
Aku tersenyum mendengar alasan Qaseh.
" Kalau Qaseh nak, uncle boleh belikan."
Doktor Ulfa sudah menggelengkan kepala ke arah aku. Tidak setuju.
" Mommy...., boleh ke uncle belikan untuk Qaseh?"
" Tak boleh. Mommy dah cakapkan tak elok makan gula-gula. Nanti rosak gigi Qaseh macam mana?" soal doktor Ulfa.
Qaseh sudah berubah air muka. Mukanya seperti hendak menangis. Kesian pulak aku tengok wajah Qaseh.
" Kalau mommy tak bagi beli gula-gula, uncle belikan bear untuk Qaseh nak tak?" umpan aku. Risau pulak Qaseh menangis dekat sini.
Qaseh dah terangguk-angguk beberapa kali. Tersenyum lebar bila terdengar perkataan bear. Kalau dah namanya budak mudah betul nak umpan.
" Tak payah tuan! Saya boleh belikan untuk Qaseh," terang doktor Ulfa. Dia dah serba salah dengan aku.
" Saya nak belanja Qaseh tak boleh ke?"
YOU ARE READING
The Loyal Hunter : Maleeq Uqail
قصص عامةTuan Inspektor Maleeq Uqail lelaki yang begitu komited dengan kerjayanya sebagai anggota polis. Membanteras penjenayah memang permainannya setiap hari. Dalam perhubungan, dia seseorang yang hanya memerlukan perempuan yang setia di sisi kerana sedar...