BAB 67

13 2 0
                                    

"AWANI, sini kejap."

Awani yang sedang meneguk air oren menoleh ke arah Tengku Naufal. Lelaki itu sedang duduk di ruang tamu sementara yang lain mengerumuni meja makan.

Mereka kini berada di rumah terbuka kedua. Selepas beraya di rumah Awani, Tengku Naufal mengajak mereka beraya ke rumahnya pula.

Gelas yang berbaki separuh air oren itu diletak ke atas meja. Awani bangun dari kerusi dan berjalan ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan pada sofa tunggal bersebelahan sofa berangkai yang diduduki Tengku Naufal.

Lelaki itu melemparkan senyuman manis kepada Awani sebelum dia memulakan perbualan.

"Aku nak bagi kau duit raya." Ujarnya seraya merogoh poket baju kemeja.

Kening Awani bertaut rapat. Bukan dia dah bagi ke tadi?

"Eh, aku dah dapatlah, Naufal. Tengok ni." Awani menghentikan lelaki itu.

Sepucuk sampul raya berwarna biru dikeluarkan Awani dari beg selempangnya. Ditunjuk sampul itu kepada Tengku Naufal.

Beberapa minit lalu ibunda lelaki itu, Puan Seroja memberi mereka duit raya. Mungkin Naufal tak tahu sebab lelaki itu berlalu ke biliknya seketika tadi.

Tengku Naufal tersenyum tipis sebelum menggeleng pelan.

"Tak, itu mami aku yang bagi. Ini duit raya yang aku sendiri nak bagi." Sepucuk sampul raya berwarna emas dihulurkan.

Mata Awani memandang sampul tersebut dan wajah tampan Tengku Naufal silih berganti. Keliru dengan situasi ketika ini.

Kenapa seorang remaja seperti Tengku Naufal mahu memberi duit raya kepada Awani yang juga seorang remaja? Bukan hanya orang dewasa sahaja yang bagi duit raya kepada anak muda? Sejak bila pula budak sekolah pun bagi duit raya dekat budak sekolah?

Tak pernah dibuat orang!

"Er... Ini bukan duit raya kau kan, Naufal?" Tanya Awani was-was.

Tengku Naufal meletuskan ketawa kecil. Lucu dengan soalan Awani.

"Tak. Duit raya aku tak dapat dalam sampul. Selalu duit terus masuk dalam bank." Cerita Tengku Naufal membuat Awani terkesima.

Fuh, duit raya masuk terus dalam bank eh? Dahsyat! Orang kaya ni memang next level!

Awani berdehem kecil. Dia masih ragu-ragu nak ambil duit raya dari Tengku Naufal. 

Iyalah, siapa je pernah dapat duit raya dari kawan sendiri? Ke memang ada cuma Awani yang tak tahu sebab dia tak ada kawan? Uhukk!

"Tak payahlah, Naufal. Ibu kau dah bagi duit raya dah. Seganlah kalau kau bagi lagi. Tahun ni aku dah dapat banyak duit raya! Cukup untuk aku beli lima puluh buah buku tau!" Ujar Awani tidak berbohong.

Namun Tengku Naufal masih berdegil.

"Kalau macam tu, ambil duit ni dan beli lagi sepuluh buah buku!" 

"Hah? Sepuluh buah buku lagi? Berapa kau bagi ni Naufal?" Tanya Awani mula cuak.

Jangan cakap Naufal letak seribu dalam sampul tu! Boleh sakit jantung Awani nanti!

"Adalah. Tak banyak pun." Dalih Tengku Naufal. Tak mahu memberitahu jumlah sebenar.

Tetapi Awani tidak semudah itu untuk percaya. Matanya memicing.

"Berapa?"

"Nanti kau buka kau tahulah berapa aku letak."

"Kalau kau tak nak bagitahu, aku tak nak ambil." Gertak Awani kali ini.

PENOLONG KETUA KELAS [OG]Where stories live. Discover now