BAB 13

66 9 0
                                    

"Okeylah, kami balik dulu. Nanti bila ada masa, kami datang lagi melawat." Ricky berkata. Aiman dan Rayden juga turut menganggukkan kepala seperti burung belatuk.

Rafiq tertawa halus. Dia turut mengangguk memberi kebenaran untuk mereka datang ke kafenya pada bila-bila masa sahaja. Bahu tegap Zach ditepuk perlahan dan bahu Aqeel dirangkul sambil dia tersenyum kepada pasukan Alpha.

"Kafe aku ni sentiasa terbuka. Datang saja bila-bila masa kau orang nak. Tapi, pastikan bayarlah makanan yang kau orang pesan tu. Jangan jadi macam dua orang ketua kau orang ni. Makan free saja tahu."

Mereka semua tertawa besar mendengar kenyataan Rafiq. Zach dan Aqeel pula menjeling Rafiq. Kantoilah yang mereka makan dan minum percuma di situ. Jatuh maruah mereka.

"Alah, kau ni. Kita orang kan kawan baik kau. Tak salahkan bersedekah. Hehe." Aqeel bersuara.

"Betul tu. Bukan setiap hari kita orang datang ke kafe kau. Hari ni pun kita orang datang sebab si Aqeel ni nak melihat buah hati dia yang tak pernah sedar kewujudan dia." Zach pula menambah.

Kelepuk!

"Aduh! Sakitlah! Berani kau ketuk kepala ketua kau?!" Zach mengerang kesakitan apabila Aqeel mengetuk kepalanya dengan kuat.

"Sekarang luar waktu bertugas. Kau bukan ketua aku. Wuek!" Aqeel menjelirkan lidahnya.

Zach cuba untuk memukul Aqeel kembali. Rafiq yang berada di tengah-tengah sedang berdoa di dalam hati supaya wajah kacaknya tidak terkena penumbuk dua orang komando ini. Mahu dia perlukan operasi pembedahan plastik kerana hancur wajahnya ditumbuk oleh mereka berdua. Ngeri!

"Hoi! Sudahlah tu! Kau orang dekat kafe aku tahu? Bukan dekat gelanggang tinju. Dah, pergi balik sana! Penat aku nak melayan kau orang berdua. Kau orang ambil budak berdua ni bawa balik. Syuh!" Rafiq menolak tubuh Aqeel dan Zach ke arah pasukan Alpha yang lain.

Sebelum melangkah meninggalkan pintu kafe itu, Aqeel sempat melambai ke arah Angela yang sedang melihat ke arah mereka. Aqeel tersenyum ikhlas menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

"Bye Angela! Saya balik dulu. Jaga diri!"

Membulat mata Angela apabila Aqeel menjerit seperti itu. Pandangan dialihkan ke arah lain. Kelihatan para pelanggan sedang tersenyum ke arahnya dan Aqeel. Mata terus terpejam rapat. Pipi sudah terasa bahang dan mula berubah warna kemerahan. Dia menunduk untuk menutup malu.Tanpa sedar, bibir mengukir senyuman halus apabila teringatkan gelagat Aqeel sebentar tadi. Comel juga komando seorang itu.

Aqeel menghidupkan keretanya lalu memandu pergi meninggalkan kafe Rafiq. Mereka menuju ke rumah Zach pula. Zach pula hanya menurut permintaan anak-anak buahnya untuk bermalam di rumahnya.

'Aku rasa macam tengah mengasuh budak-budak tadika. God, please help me.' Hati Zach berbicara.

Setibanya di rumah Zach, mereka terus menghidupkan televisyen dan memasang cerita seram. Zach dan Aqeel duduk di atas sofa manakala Ricky, Aiman, dan Rayden berbaring di atas karpet.

Sewaktu mereka sedang leka menonton cerita seram itu, ada gerangan yang memerhati menerusi kamera pengintip yang diletakkan pada patung di atas kabinet televisyen Zach. The Death Eater sedang memerhati pada skrin komputer ribanya sambil memakai fon telinga. Riak wajah mendatar sahaja. Tiada apa yang menarik perhatiannya selain gelak tawa anggota-anggota pasukan Alpha. Kerusi berpusing mengikut arah jam lalu dipusingkan kembali melawan arah jam.

"Argh!!!" Suara garau menyapa gegendang telinganya.

Fon telinga terus dicabut dan dilemparkan ke atas meja. Bingit telinganya. Dia mengetap gigi dengan kuat sambil menunggu bunyi berdesing di telinga untuk hilang. Hati sudah menyumpah seranah pasukan Alpha. Suara garau komando-komando itu menjerit boleh membuatkan dia sakit jantung. Dia menjegilkan mata ke arah skrin di mana kelima-lima orang komando itu sedang menutup wajah dengan bantal.

"Tengok cerita hantu saja pun! Penakut macam ini pun boleh jadi komando ke? Bingit telinga aku!" Telinganya diusap berkali-kali.

Fon telinga kembali dicapai lalu dipasangkan ke telinga. Dia meneruskan pemerhatiannya sehingga suara Zach ditangkap masuk ke gegendang telinga.

"Kau orang rasa... Kenapa si The Death Eater tu sasarkan penjenayah sedangkan dia pun penjenayah?" Zach bersuara.

Perhatian pasukan Alpha termasuk The Death Eater beralih sepenuhnya kepada Zach.

"Entahlah, tuan. Kami pun pelik. Kenapa dia sasarkan penjenayah?" Aiman membalas.

"Bukan sebarang penjenayah. Mejar Razi kata dia tengah sasarkan individu yang terlibat dengan jenayah seksual dan keganasan rumah tangga." Rayden menyambung.

"Herm... Tapi kan, dia ni memang licik betul. Sampai sekarang kita tak dapat cari motif dia. Ada juga mangsa-mangsa yang tak dapat dikesan sehingga ke hari ini. Tak tahu apa yang dia dah buat pada mereka semua. Entah hidup atau mati." Ricky pula menambah.

Mereka semua terdiam seketika. Zach menarik nafas dalam sebelum dia kembali bersuara.

"Sebenarnya, aku dah banyak kali termimpi pasal dia." Zach berkata dengan lemah.

Tercengang mereka semua mendengar kenyataan itu. The Death Eater juga berminat dengan kenyataan itu. Badan terus ditegakkan dan suara pada komputer riba dikuatkan sedikit.

"Kau biar betul? Kau yakin yang kau mimpi tu dia?"Aqeel menyoal.

Zach hanya mengangguk.

"Aku yakin itu dia. Aku tak pernah cerita pasal ni dekat kau orang semua. Sebenarnya, keluarga aku dibunuh masa aku berumur 13 tahun. Sampai sekarang pihak polis tak dapat jejak siapa yang aniaya keluarga aku."

"Cuba cerita dekat kita orang." Aiman, Ricky, dan Rayden meminta agar Zach meneruskan penceritaan. Aqeel pula memandang Zach tanpa suara.

"Herm... Masa tu aku baru balik daripada perlawanan bola sepak dekat sekolah. Aku balik lambat sebab kita orang sibuk bahagi hadiah tempat pertama tu. Bila aku sampai rumah, semuanya dah habis terbakar. Aku dengar suara adik aku menjerit minta tolong. Setiap hari aku akan mimpi kejadian ngeri tu."

Nafas ditarik dalam dan dihela. Zach mengumpul kekuatan untuk terus bercerita.

"Baru-baru ni, aku mimpi ada seorang lelaki pakai jubah hitam dan topeng muka hitam. Dia ada dekat situ masa kebakaran tu berlaku. Beberapa hari lepas itu, Mejar Razi tunjukkan rakaman The Death Eater kepada aku. Aku yakin mereka adalah orang yang sama. Cuma aku tak dapat nak cari maklumat pasal dia. Aku ada upah seorang penyiasat ni. Tapi, sampai sekarang dia diam saja."

"Sampai hati kau tak cerita pasal ini dekat aku. Aku ni kawan baik kau tahu? Mana kepercayaan kau pada aku, Zach? Kenapa kau perlu hadapi semua benda mengarut ni sendiri?!" Keras suara Aqeel mengasak soalan demi soalan kepada Zach.

Hati Aqeel terguris. Sahabat baiknya memilih untuk mendiamkan diri tentang traumanya daripada berkongsi cerita dengannya. Dia berasa gagal sebagai seorang sahabat yang telah lama bersama-sama dengan Zach.

"Aku takut. Aku tak ada kekuatan untuk cerita pasal kejadian ngeri tu. Aku minta maaf, Aqeel. Aku tak berniat nak rahsiakan perkara ni daripada kau."

Aqeel menepuk bahu Zach.

"Lepas ni, kau kena ceritakan semuanya pada aku. Faham? Kau ada kami, Zach. Kita ni dah macam satu keluarga. Kepercayaan adalah kekuatan kita. Hilang kepercayaan tu, hilanglah kita semua."

Zach tertawa halus. Jarang sekali dia dapat melihat Aqeel serius seperti ini. Selalunya Aqeel hanya akan serius ketika berada di dalam operasi dan latihan. Jika di luar waktu bertugas, memang tidaklah si sotong kurita ini nak menjadi serius. Ada sahaja kerenahnya yang perlu Zach layan.

"Peliklah bila tengok kau serius macam ni, Aqeel. Tak kena dengan kau."

"Aku tampar kau baru tahu." Aqeel membalas.

Kesemua anggota pasukan Alpha melepaskan tawa besar. The Death Eater pula menyandarkan badan ke kerusi. Otaknya sedang geliga memikirkan strategi baharu.

THE DEATH EATERWhere stories live. Discover now