BAB 4

204 12 0
                                        

Sreeet... Sreeet...

Bunyi pedang diseret perlahan di atas lantai. Langkah perlahan menghampiri mangsanya. Dia bersiul tenang. Tanpa perasaan dia melihat mangsanya merangkak menjauhinya.

"Jangan ganggu aku! Kau nak apa daripada aku?!" Lelaki itu menjerit dengan lantang.

Kekuatan dikumpul untuk memandang pemangsa di hadapannya. Seorang lelaki berjubah hitam sedang memegang sebilah pedang tajam yang bersinar. Pedang itu memantulkan cahaya bulan mengambang. Wajahnya ditutupi dengan topeng muka berwarna hitam.

"Syuh... Diam. Lagi kuat kau menjerit, lagi teruk aku kerjakan kau." Lelaki itu membalas dengan tenang. Sehelai sapu tangan hitam dicapai lalu ditekup pada mulut mangsanya. Si mangsa meronta-ronta untuk melepaskan diri namun gagal.

"Kan bagus kalau kau diam macam ni. Senang kerja aku." Lelaki berjubah hitam itu tersenyum sinis di sebalik topeng hitam itu apabila melihat mangsanya yang sudah terkulai di atas tanah. Perlahan-lahan dia mengheret mangsa meninggalkan kawasan jenayahnya.

Di sebuah bilik, dia melepaskan topeng mukanya. Pedang dilempar ke tepi. Jubah hitam yang menyelubungi diri ditanggalkan. Rambut bergaya 'Mullet' diraupkan ke belakang. Nafas ditarik dalam dan dihela. Terdapat gambar-gambar mangsanya yang dilekatkan pada dinding. Satu per satu gambar ditilik dengan tekun. Kemudian, dia memandang ke atas siling. Ada sesuatu yang ditulis dengan cat merah.

"The Death Eater... I like that name. Hahaha!" Tulisan itu dibaca lalu dia mengilai seperti orang gila. Kemudian, wajahnya kembali mendatar.

Dia berbaring di atas katil lalu beberapa bilah pisau lipat dicapai. Dia melontarkan pisau-pisau itu ke sebuah papan kayu yang disandarkan ke dinding. Beberapa lingkaran dilukiskan pada papan kayu tersebut.

"Satu..." Sebilah pisau dilontarkan. Pisau itu mendarat tepat pada target.

"Dua..." Pisau kedua dilontarkan.

"Tiga..." Semua pisau yang dilontarkan mendarat betul-betul pada tengah-tengah bulatan.

Sebilah pisau lipat lagi dimainkan dengan tangan. Tanpa sengaja, pisau itu menghiris jarinya dan darah mula mengalir laju. Tidak tergesa-gesa untuk mencuci luka itu malah dia melihat sahaja darahnya menitis di atas lantai. Tanpa perasaan dia menulis satu nama pada kepala katilnya.

'Wang Zhen Wei.'

Kemudiannya, dia tidur dengan tenang di atas katil.

Terbuntang mata Zach terjaga daripada mimpi buruk. Telefon pintar terus dicapai lalu didail nombor psikiatrinya. Panggilannya dijawab beberapa saat selepas itu.

"I need to see you. Now!"

Panggilan dimatikan. Dia terus bergegas mencapai jaket hitamnya dan keluar daripada rumah.

Tok! Tok! Tok!

Setibanya di kondominium milik psikiatrinya, dia mengetuk pintu rumah itu dengan kuat. Tidak lama kemudian, pintu dikuak daripada dalam memaparkan wajah Doktor Liam. Tanpa menghiraukan tuan empunya rumah, Zach merempuh bahu Liam dan masuk ke dalam rumah. Liam hanya menggeleng lalu menutup pintu.

"Seriously? Don't you have any other time to come and visit me?" Liam bersuara sebelum duduk di atas sofa yang terletak berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Zach.

"Shut it. I wouldn't have come if it was not an emergency." Zach mencerlung tajam ke arah Liam. Kepala yang terasa berat disandarkan ke sofa.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang