BAB 9

151 8 0
                                        

* chapter ini mungkin akan mengganggu sesetengah pembaca kerana mempunyai unsur violence.

*Pembaca di bawah umur 18 tahun tidak digalakkan membaca cerita TDE kerana cerita ini berkaitan jenayah dan ada unsur violence.

* Kalau adik2 nak baca, boleh baca cerita Iman dan Adrian ya... Cerita tu santai2 saja.

Pintu rumah Zach terbuka perlahan-lahan. Dia berjalan di dalam kegelapan. Zach tiada di rumah ketika itu. The Death Eater berjalan-jalan ke setiap penjuru rumah itu sebelum langkah diberhentikan di hadapan meja tulis Zach yang terletak di dalam bilik tidur. Topeng muka berwarna hitam menutup wajahnya dan topi hitam dipakai hanya menampakkan matanya sahaja. Mata dinginnya melirik ke arah gambar keluarga Wang. Bingkai gambar kecil itu dicapai lalu direnung satu per satu wajah ahli keluarga itu.

Bingkai gambar itu kembali di atas meja. Sengaja dia mengubah sedikit kedudukan asal bingkai gambar itu. Laci meja ditarik lalu sebuah pemacu kilat berwarna hitam dilemparkan ke dalam laci itu. Ditolak laci itu namun ditinggalkan sedikit ruang terbuka. Dia berjalan pula ke arah ruang tamu. Terdapat sebuah patung figura Ultraman terletak di atas kabinet berwarna hitam itu.

Patung figura itu dicapai lalu ditoreh keluar bulatan biru yang memancar cahaya pada bahagian dada patung itu. Sebuah kamera pengintip mikro dimasukkan ke dalam lubang itu sebelum ia ditutup dengan penutup plastik yang hampir lutsinar seakan-akan penutup asal. Dia melihat ke skrin telefonnya. Gerak-gerinya dirakam oleh kamera pengintip itu. Dia merenung kamera pengintip itu sebelum topeng mukanya ditarik ke bawah dan senyuman mengerikan dihadiahkan kepada kamera itu.

Tit... Tit... Tit...

Kepala terus menoleh ke arah pintu rumah. Bunyi kata laluan dimasukkan. Topeng muka terus ditarik kembali menutup wajah sebelum dia bergerak ke arah balkoni. Dengan kelengkapan tali itu dia meluncur ke bawah dengan senyap. Tiada jejak yang tertinggal kecuali yang sengaja diletakkan di dalam rumah itu.

Zach masuk ke dalam rumahnya. Dia baru sahaja tamat latihan pada hari itu. Sebaik sahaja dia melangkah ke ruang tamu, matanya terus terpasak ke arah balkoni. Pintu kaca itu terbuka membenarkan angin kuat mengalunkan langsir kelabu itu. Keningnya bertaut. Dahi berkerut seribu. Langkah laju meluru ke arah balkoni. Diperhatikan sekeliling namun tiada apa-apa yang mencurigakan kecuali pintu kaca yang terbuka itu. Dia masuk kembali ke dalam rumah dan mengunci pintu kaca itu.

"Aku terlupa nak tutup pintu kaca ni ke tadi siang? Rasanya aku dah tutup dah."

Dia bermonolog seorang diri. Memang dia selalu membiarkan pintu kaca itu terbuka pada waktu siang namun dia akan menutupnya setiap kali meninggalkan rumah. Cuma ada beberapa kali juga dia terlupa untuk menutup pintu kaca itu akibat terkejar-kejar untuk pergi ke kem. Tidak mahu berfikir panjang, dia membersihkan diri dan menukar uniform tentera itu kepada baju putih berlengan pendek dan seluar sweatpants berwarna hitam.

Duduk dilabuhkan di atas sofa. Alat kawalan jauh dicapai lalu dihidupkan untuk menonton berita. Kusyuk dia menonton sehingga satu isu yang disampaikan oleh pembaca berita menarik perhatian sepenuhnya.

"Seorang lelaki berusia 50 tahun telah dilaporkan hilang sejak semalam. Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan di balai polis berdekatan dengan taman perumahan mereka. Pihak polis turut menyiasat ahli keluarga mangsa iaitu si isteri dan seorang anak perempuan kerana terdapat kesan pergelutan dan lebam pada wajah dan leher mereka,"

Badan yang disandarkan pada sofa terus tegak.

"Si isteri menyatakan bahawa terdapat perbalahan antara mereka sekeluarga sebelum si suami bertindak meninggalkan rumah. Seorang saksi yang merupakan jiran si mangsa menyatakan bahawa beliau terlihat dia sedang masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam sebelum kereta itu meninggalkan kawasan. Pihak polis masih tidak dapat mengesan keberadaan mangsa."

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang