*Maaf lambat update... Adwa tak berapa sihat hari ni. Jadi, ni bab baru TDE... Happy reading!🫰🏻♥️
"Aqeel, stand by. Visual in... Three... Two... One..." Zach memberi arahan kepada Aqeel melalui peranti kecil pada telinga yang menghubungkan kesemua anggota pasukan Alpha.
Haris Naufal. Individu yang akan diperhatikan oleh pasukan Alpha hari ini. Misi penyamaran ini dilakukan untuk mengumpul maklumat tentang The Death Eater dan motifnya. Apa-apa pun yang berlaku, mereka perlu tumpaskan si psikopat itu secepat mungkin atau keselamatan negara akan terganggu.
Aqeel berada di lobi syarikat di mana Haris Naufal bekerja. Kemeja berwarna biru gelap tersarung rapi dan dilengkapkan dengan kot berwarna hitam. Mata tajam mengekori gerak-geri Haris yang sedang berjalan menuju ke arah lif. Langkah dimajukan lalu berhenti di hadapan lif.
"Assalamualaikum. Encik Haris Naufal, ya?" Aqeel memasang senyum pada wajah.
Dahi Haris berkerut seribu. Jelingan diberikan kepada Aqeel.
"Ya, betul. Kau siapa? Aku tak pernah nampak kau pun." Nada sombong jelas kedengaran.
Aqeel menunduk sedikit menunjukan tanda hormat. Dia tersengih lagi walaupun hati tidak berpuas hati dengan nada sombong si Haris.
"Saya staf baru. Saya masuk beberapa hari yang lepas. Encik Ramli kata Encik Naufal cuti, jadi saya tak sempat nak bertegur sapa. Encik Ramli kata saya akan belajar dengan Encik Naufal untuk seminggu awal ni. Saya Meor." Aqeel memulakan lakonannya.
"Aish, Semak kepala aku dengan si Ramli ni." Kutuk Haris terhadap bosnya.
Pintu lif terbuka lalu Haris melangkah masuk ke dalam. Aqeel turut melangkah ke dalam lif.
"Aku tak boleh nak ajar kau. Aku sibuk. Pandai-pandailah kau belajar sendiri. Kalau nak senang, kau berhenti saja awal-awal. Aku tengok kau ni pun macam anak orang kaya."
Tercengang Aqeel dibuatnya. Dia cuba memaniskan wajahnya supaya penyamarannya tidak terbongkar. Namun, di dalam hatinya sudah menyumpah seranah si gerangan di sebelahnnya.
'Sombong gila. Jawatan kau tu bukannya tinggi mana pun. Nasib kau bukan bos aku.'
Setibanya di tingkat 5 bangunan itu, mereka berdua keluar daripada lif dan duduk di meja masing-masing. Aqeel berpura-pura melakukan tugasan-tugasan yang diberikan kepadanya. Tiba-tiba, telefon pintar di atas meja berbunyi. Panggilan dijawab.
"Baik, saya turun ambil makanan tu sekarang. Terima kasih, bang." Aqeel meletakkan kembali telefon itu dan bangun menuju ke lobi.
Seorang penghantar makanan sedang menunggu di motosikalnya sambil memegang sebungkus plastik berwarna hitam. Plastik itu dicapai lalu dia berbisik perlahan kepada penghantar makanan itu.
"Kau tahu tak si monyet tu sombong gila?! Dahlah muka macam monyet, perangai pun macam monyet! Geram aku!" Aqeel membebel dengan suara yang ditahan.
Zach yang memakai uniform penghantar makanan hanya menggeleng. Wajahnya tertutup dengan topeng muka yang hanya menampakkan sepasang matanya. Disarungkan pula topi keledar berwarna hitam di kepala. Dia turut berbisik perlahan kepada Aqeel.
"Fokus, Aqeel. Jangan sampai cover kita burned."
"Ya, aku tahu. Bilalah aku boleh balik ni?" Aqeel berjalan kembali masuk ke dalam bangunan itu. Sebelum melangkah, sempat dia mengetuk topi keledar Zach. Zach hanya menjeling kegeraman.
'Ada juga yang makan penumbuk kejap lagi.'
Setibanya waktu pulang daripada kerja, Aqeel menyapa Haris buat kali terakhir sebelum lelaki itu berjalan ke arah kereta mewahnya. Gaji rendah saja tetapi keretanya bukan main mewah lagi.
Sebaik sahaja berpisah haluan, Aqeel terus menuju ke arah kereta Mitsubishi berwarna hitam yang terletak di sebelah bangunan itu. Anggota pasukan Alpha yang lain turut ada bersama-samanya. Masuk sahaja ke dalam kereta, dia memberi signal kepada Zach.
"Zach, siap sedia. Haris akan keluar any minute now. Kau ikut dia. Kami follow dekat belakang."
"Copy that."
Kereta Haris kelihatan keluar daripada tempat letak kereta. Motosikal Zach meluncur laju mengekori kereta Haris. Kehadirannya masih tidak disedari oleh Haris. Tugas mereka bukanlah mahu menangkap Haris tetapi mereka ingin mengumpul maklumat mengenai The Death Eater.
Kereta mewah milik Haris berhenti di perkarangan sebuah hotel 5 bintang. Dia turun lalu disambut oleh seorang wanita berpakaian gaun pendek berwarna merah dan ketat. Tangan naik melingkari pinggang wanita itu lalu dibawa masuk ke dalam hotel.
"Dia masuk dalam hotel. Kau orang tunggu dekat parking bawah dulu. Kalau-kalau dia keluar. Aku tunggu dekat depan hotel. Apa-apa pun, tunggu arahan aku. Kita cuma nak tengok siapa TDE tu. Faham?"
"Faham, tuan!"
Sementara menunggu kelibat The Death Eater untuk muncul, Aqeel bertanya kepada Zach.
"Kau dah tahu lama ke pasal kes ni? Kenapa kau selamba saja masa tengok rakaman tu?"
"Mejar Razi pernah tunjuk satu lagi rakaman sebelum ni. Tapi, dia suruh aku rahsiakan dulu sebab tak pasti lagi sama ada rakaman tu palsu atau tak."
"Oh..." Anggota-anggota di dalam kereta mendengar penjelasan Zach.
"I have a bad feeling about this TDE. Aku dapat rasakan yang dia lagi berbahaya daripada semua musuh yang pernah kita tumpaskan sebelum ni." Zach berkata lagi.
"Ya, kami pun sama. Meremang bulu roma kami masa tengok rakaman tu, tuan." Ricky, anak buah Zach pula berkata mewakili semua anggota. Yang lainnya hanya menganggukkan kepala tanda setuju.
"Yang kami tak faham, kenapa dia cuma sasarkan individu yang ada rekod jenayah sedangkan dia pun penjenayah?" Aqeel bertanya kepada ketuanya.
"Aku pun tak tahu..."
Sibuk mereka berbual, tiba-tiba kelihatan cahaya biru menyilaukan pandangan mata Zach. Siren daripada beberapa kereta polis kedengaran. Kelihatan juga beberapa orang pekerja hotel berlari mendapatkan pihak polis. Turut kelihatan beberapa ahli forensik berjalan masuk ke dalam hotel.
Zach berlari mendapatkan salah seorang pegawai polis di situ.
"Tuan, apa yang jadi ni?"
"Terdapat kes pembunuhan dalam salah satu bilik di hotel ini. Tolong jangan masuk ke kawasan ini buat sementara waktu."
Zach menggeleng. Tak mungkin... Tak mungkin si dia itu... Dia melihat gadis yang masuk ke hotel bersama-sama Haris sebentar tadi dipapah keluar oleh dua orang pegawai polis wanita. Zach terus berlari mendapatkan gadis itu.
"Apa yang jadi pada Haris? Jawab soalan saya. What happened to him?!"
"He's dead!" Jawab gadis itu masih ketakutan.
Dua pegawai polis itu berusaha menolak Zach agar berjauhan dengan si gadis itu namun kekuatan Zach melebihi mereka.
"Awak nampak siapa yang bunuh dia?"
Gadis itu hanya menggeleng. Dia tidak tahu. Sebaik sahaja dia keluar daripada bilik mandi, tubuh Haris sudah kejung di atas lantai. Dia terus menghubungi pihak polis.
Zach kembali ke motosikalnya.
"Semua balik ke base sekarang! Haris dah mati."
"Hah?! Kau biar betul, tuan?" Tercengang anak-anak buah Zach.
"Ya. Semua balik sekarang. Kita jumpa dekat sana."
Enjin motosikal dan kereta dihidupkan dan mereka terus memecut laju ke kem. Mereka pasti berita tentang kematian Haris Naufal sudah sampai ke telinga ketua mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
ActionKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...