BAB 11

157 11 0
                                        

*InsyaAllah, mungkin minggu ni Adwa akan update beberapa bab baharu sebab berkemungkinan minggu depan slow update atau tak ada update sebab Adwa busy dengan test. Doakan Adwa dapat ilham untuk tulis banyak2 this week. Dan doakan yang baik-baik untuk Adwa minggu depan ya? Jadi, Adwa update bab baru ni. Happy reading!*

Lagu yang Adwa dengar masa tulis chapter ni (Tiada paksaan hihi):

1)Sherlock by Shinee (Japanese ver.) Sebab dia macam Sherlock scene gitewww!

2) Crime playlist/ Thriller playlist for reading.



Klak... Klak... Klak...

Pintu bilik terbuka. Langkah dimajukan ke arah meja. Duduk dilabuhkan ke atas kerusi dan kakinya elok mendarat di atas meja. Belakang badan disandarkan pada kerusi. Jaket hitam yang tersarung pada badan ditanggalkan lalu dilempar ke atas katil. Rambut palsunya pula dicabut daripada kepala. Rambut Mullet itu diraup ke belakang. Kepala tertunduk ke bawah dan diregangkan semua sendi badan. Badan terasa sedikit lelah dan sengal. Nafas ditarik dalam dan dilepaskan. Mata yang terpejam dibuka perlahan.

Kerusi dipusingkan sehingga badannya menghadap cermin pada dinding sepenuhnya. Wajahnya mendatar merenung dalam refleksinya pada cermin. Jari-jemari diketuk perlahan beberapa kali pada pemegang kerusi.

"I have gone beyond the real plan. Hmm... Well, he deserved that. Tapi, aku kena lebih berhati-hati selepas ini. Nampaknya mereka dah memulakan misi untuk tangkap aku." Perlahan suaranya bermonolog sendirian. Tiba-tiba, dia ketawa sinis.

"But, I swear to make it a little bit more challenging. Bosanlah kalau melakukan ekspedisi tanpa sebuah cabaran. Hahaha." Kejadian di hotel 5 bintang pada petang tadi kembali bermain di dalam minda.

Uniform pekerja housekeeping tersarung rapi pada badan. Dia berjalan menuju pintu masuk belakang hotel. Sebelum melangkah masuk ke tempat yang ramai dengan orang, dia menekan sebuah butang kecil yang disembunyikan di dalam poket seluar lalu seluruh hotel menjadi gelap-gelita buat sementara waktu.

Dengan cekapnya dia berjalan menuju ke arah tangga kecemasan yang menghubungkan lobi dan bilik tetamu hotel. Jalan itu dipilih kerana tiada seorang pun manusia yang menggunakan tangga itu. Kamera litar tertutup juga tiada di situ memudahkan pergerakannya ke bilik Haris. Sebaik sahaja dia masuk ke ruangan tangga kecemasan itu, bekalan elektrik dihidupkan kembali. Rambut palsu pendeknya diraup sedikit ke hadapan.

Dengan santai dia mendaki anak tangga sehingga ke tingkat 16. Sebaik sahaja dia keluar daripada pintu kecemasan itu, kamera litar tertutup kembali dimatikan. Sepantas kilat dia menyusup masuk ke dalam bilik Haris tanpa sebarang bunyi. Haris kelihatan terkejut melihat dirinya yang sedang berdiri di hadapan pintu. The Death Eater meletakkan jari telunjuk di bibirnya memberi isyarat supaya Haris mendiamkan diri.

Dia berpaling ke arah pintu bilik mandi. Kedengaran bunyi pancuran air menandakan si gadis tidak akan dengar dan tahu apa yang bakal berlaku. Bibirnya tersungging ke atas menampakkan gigi taringnya.

'Mudah kerja aku. Kemas dan bersih.'

Langkah dibawa mendekati tempat di mana Haris berdiri. Dia berbisik perlahan sebelum sebiji pil disumbat masuk ke dalam mulut Haris dan memaksanya menelan pil itu. Beberapa saat kemudian, tubuh Haris longlai dan akhirnya kejung di atas lantai.

"Housekeeping, sir."

Dia kembali berjalan keluar daripada bilik menuju ke tandas yang terletak di lobi. Sama seperti sebentar tadi, kamera litar tertutup dimatikan. Dia tersenyum sinis. Nampaknya tiada seorang pun staf hotel dan pengawal keselamatan yang peka apabila dia mematikan kamera litar tertutup itu.

Baju kemeja T disarungkan pada badan dan dia berjalan keluar daripada lobi hotel. Lagaknya persis seperti salah seorang tetamu hotel itu. Tiada seorang pun yang curiga dengan dirinya. Sewaktu dia hampir sampai ke pintu utama hotel, dia terlihat kelibat Zach sedang menyoal gadis yang diiring oleh dua orang pegawai polis.

Lama dia berdiri di situ sehingga Zach dan anggota-anggota pasukan Alpha yang lain meninggalkan perkarangan hotel tersebut.

Rakaman kejadian yang berputar di dalam minda terhenti apabila satu idea jahat mengetuk pintu di sebalik mindanya.

"Kau orang nak kumpul intel? Aku akan bagi sebanyak mana intel yang kau orang nak. It's on me, captain."

Komputer riba berwarna hitam di atas meja dihidupkan. Jari-jemari lincah bermain di atas papan kekunci dan rakaman mangsa-mangsanya yang dikurung bermain pada skrin. Dia memerhatikan setiap seorang mangsanya. Wajah mereka semuanya diselubungi dengan kain berwarna hitam. Jeritan demi jeritan menyapa deria pendengarannya ibarat sebuah muzik.

Pandangan mata terpasak pada gambar-gambar yang dilekatkan di dinding. Kemudian beralih ke arah dua bilah pedang tajam yang bersinar memantulkan cahaya lampu bilik. Lama dia berdiam diri sebelum bangun melangkah untuk mendapatkan pedang-pedang itu. Topeng muka dan jubah berwarna hitam dicapai lalu dipakai. Dua bilah pedang itu dipegang erat lalu dihayunkan perlahan-lahan.

"Nampaknya aku akan kerja lebih masa malam ni. Masa untuk memburu."

Langkah laju meninggalkan bilik itu menuju ke kawasan hutan.

Sehari selepas itu di bilik Mejar Razi, pasukan Alpha sedang dalam kegusaran. Mereka gagal untuk kumpul maklumat mengenai The Death Eater hari ini. Mereka tidak pernah gagal! Mereka adalah yang terbaik antara yang terbaik. Mana mungkin mereka kalah kepada musuh!

Dang!

Kuat bunyi tumbukan pada meja memenuhi setiap penjuru bilik Mejar Razi. Pandangan tajam diberikan kepada setiap anggota yang berdiri di hadapan meja dalam keadaan sedia. Wajah Mejar Razi bengis seperti harimau yang kelaparan. Terpejam rapat mata mereka menahan sakit pada telinga akibat bunyi yang kuat itu.

"Macam mana kau orang boleh tak perasan kehadiran TDE dekat situ?! Saya bukan hantar seorang atau dua untuk awasi gerak-geri dia. Saya hantar satu pasukan untuk awasi satu orang!" Lantang jerkahan Mejar Razi kepada semua anggota pasukan Alpha.

"Kami memang tak nampak dia masuk, tuan! Tak ada yang masuk dan keluar. Kami dah awasi dengan baik, tuan. Saya yakin memang tak ada kelibat TDE masuk ke dalam hotel." Zach memberanikan diri untuk bersuara.

"Haih..." Mejar Razi mengeluh. Gigi diketap kuat menahan geram.

"Apa maklumat daripada pasukan mereka, tuan?" Ricky pula memberi soalan kepada Mejar Razi.

"Mereka cakap tiada tanda-tanda pergelutan berlaku."

"Maksud tuan?" Aqeel bersuara. Keningnya bertaut. Haris mati dibunuh. Mana mungkin tiada kesan pergelutan yang berlaku.

"Mereka jumpa kesan bahan kimia dalam badan Haris disyaki daripada sebiji pil yang dia ambil. Mereka belum dapat jejak pergerakan masuk dan keluar TDE di hotel itu. Tapi, staf bagi keterangan bahawa kamera litar tertutup hotel beberapa kali terpadam. Mereka syak dia masuk masa itu."

Licik. Hanya perkataan itu yang bermain dalam hati setiap anggota.

"Awak semua balik dulu. Kalau ada apa-apa informasi nanti, saya akan panggil awak semua. Remember, commandos! Always be prepared! Bila-bila masa saja saya akan panggil awak semua. Awak tengah tidur ke, makan ke, mandi ke... Apabila saya panggil saja, saya nak awak semua terpacak depan saya secepat mungkin. Faham?!"

"Faham, tuan!" Tabik hormat diberikan kepada Mejar Razi.

Kesemua anggota pasukan Alpha berjalan keluar daripada bilik itu dengan perasaan resah. Mereka mahu menumpaskan The Death Eater secepat yang mungkin. Jika dia licik dan bijak, mereka perlu lebih licik dan bijak untuk melawannya.

THE DEATH EATER (C)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang