"Kau ni memang tak tahu erti penat ke?"
Badan berpaling ke belakang memandang tuan empunya suara itu. Dia memutarkan bola matanya.
"Kau ni dah ada cita-cita nak jadi stalker ke?" Dia menyoal kepada lelaki itu.
"Alah, apa salahnya kalau jadi stalker kau? Rezeki cuci mata." Aqeel bersuara sambil matanya terkebil-kebil.
"Bila kali terakhir kau kena penumbuk? Nak merasa lagi ke penumbuk aku?" Amaran keras diberikan oleh Zach.
"Err... Maaf... Aku cuma risaukan kondisi kau je. Kau tu masih tengah recover. Luka dekat perut tu pun tak kering lagi. Kau rehat pun tak, makan lagi lah ke laut. Training bagai nak gila."
"Benda kecil je pun. Tak payah risaulah. Pandailah aku jaga diri." Zach membalas dengan nada yang malas.
"Eh, dahlah. Jom pergi breakfast. Bila lagi nak makan dekat luar? Masa tengah cuti ni lah nak makan sedap-sedap. Jom!" Aqeel bersuara sebelum menolak sahabatnya itu untuk keluar daripada gimnasium. Tidak sempat Zach membalas, kini dia menurut sahaja permintaan Aqeel.
"Kau nak bawa aku pergi mana ni? Jarang-jarang kau guna jalan ni." Zach menyoal kepada Aqeel. Jalan yang dilalui oleh mereka itu sangat jarang digunakan. Aqeel yang memandu di sebelah hanya memandang ke hadapan. Tangan laju memutar stereng kereta memasuki sebuah simpang. Kereta berjenama Audi R8 itu berhenti di hadapan sebuah kafe.
"Dah, turun." Zach terpinga-pinga memandang kafe di hadapannya. Dia mengikut langkah Aqeel memasuki kafe itu.
"Hi, welcome!" Beberapa orang staf kafe menyapa mereka berdua. Mereka duduk di sebuah meja yang terletak di tepi cermin kaca kafe itu. Seorang pelayan wanita mengambil pesanan mereka dan berlalu untuk menyiapkan pesanan tersebut.
"Berapa lama lagi kau cuti? Luka kau tak sembuh sepenuhnya lagi kan?"
Zach menganggukan kepala sambil dia merenung setiap penjuru kafe itu.
"Dua minggu macam tu. Lepas tu, aku balik kem. Aku kena latih budak-budak baru tu."
Aqeel hanya mengangukkan kepala. Tidak ada topik baru yang mahu diperbualkan. Matanya melirik ke arah seorang barista yang sedang fokus menyiapkan kopi pelanggan. Dia bersiul sebelum tersenyum nakal.
"Kau tunggu kejap tau. Aku ada hal sikit." Aqeel bersuara sebelum dia bangun dan menghampiri barista wanita itu. Tangan ditongkatkan di atas kaunter. Zach hanya memandang kerenah rakannya itu dari jauh. Sudah mula mod buaya si Aqeel itu.
"Assalamualaikum, hai awak. Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" Dia bersuara sambil menayangkan senyuman manisnya. Barista wanita itu hanya memandang Aqeel dengan riak kosong.
"Tak nak jawab salam saya ke? Tak baik tahu... Berdosa tak jawab salam." Aqeel bersuara. Bibir mencebik tanda merajuk.
"I'm not a Muslim. Dan daripada apa yang saya belajar daripada kawan-kawan saya, tak wajib untuk jawab salam daripada ajnabi macam awak ni." Dingin suara wanita itu menjawab. Pandangan matanya kosong tanpa perasaan merenung dalam anak mata Aqeel. Ini bukan kali pertama dia diganggu oleh pelanggan-pelanggan seperti Aqeel.
Aqeel terkedu. Mulutnya terkunci rapat. Air liur diteguk payah. Dia mengundur perlahan-lahan ke belakang. Tangan yang berpeluh dilapkan ke seluar jean hitamnya. Dia membaca tag nama barista tersebut.
'Angela.'
Rasa seperti ingin menghantukkan kepalanya ke dinding. Malu tujuh keturunannya. Zach hanya mengemam bibirnya menahan ketawa. Dia turut berasa malu dengan tindakan kurang cerdik Aqeel.
"Err... Maaf."
Seusai meminta maaf kepada barista wanita itu, dia bergegas kembali ke mejanya. Melihat Aqeel yang menunduk menekur meja kerana malu, terletus tawa besar Zach.
Di kaunter, Angela menyambung segala kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Rania, sahabat baiknya mencuit bahunya. Angela menoleh ke arah Rania lalu kening dijungkitkan ke atas.
"Siapa yang tegur kau tadi? Kau kenal ke?" Rania berbisik perlahan di sebelah Angela. Angela melihat ke arah Aqeel yang sedang menunduk dan Zach yang tidak sudah mentertawakan rakannya itu. Kemudian, dia kembali memandang cawan kopi di tangan.
"Tak." Sepatah dia menjawab pertanyaan Rania.
Rania mencebik lalu dia melihat ke arah dua orang sahabat itu.
"Handsome gila. Rugi kau tak ambil nombor dia. Kawan dia tu pun boleh tahan kacak."
"Biasa je aku tengok. Dahlah buaya darat pula tu." Angela bergerak ke sinki untuk mencuci cawan-cawan yang telah digunakan oleh pelanggan. Dia bergerak pula ke arah mesin kopi untuk menyiapkan pesanan baru daripada pelanggan.
"Aku rasa dia suka kaulah, Angela. Dia asyik usya kau je."
Angela kembali memandang Aqeel dengan malas sebelum dia mengalihkan pandangan semula. Terlihat Aqeel yang cepat-cepat mengalihkan pandangannya daripada terus memandang Angela.
"Macam tak betul je aku tengok dia tu."
"Hahaha. Tapi, kau style gila bagi ceramah dekat dia tadi. Macam kau pula yang Islam dekat sini. Berguna juga kau dengar aku membebel dekat adik-adik aku hari tu."
"Ya lah... Dah nama Angela, tiba-tiba bagi salam dekat aku. Lepas tu, siap bercakap pasal dosa pahala dengan aku. Manalah aku tahu semua tu."
Semakin kuat tawa Rania mendengar bebelan Angela. Perut ditekan kuat dengan tangan menahan rasa sakit akibat ketawa dengan kuat.
"Manalah tahu kalau nanti jodoh kau orang Melayu. Entah-entah, lelaki tu jodoh kau. Haa... Alhamdulillah!" Sempat Rania bergurau. Angela hanya tertawa kecil. Kepala Rania ditunjal perlahan.
"Ehem... Cik Rania... Awak dah tak ada kerja sangat ke? Macam free je saya tengok." Encik Rafiq menegur dari belakang. Perlahan-lahan Rania memusingkan badan menghadap bosnya itu. Sengihan ditayangkan kepada Encik Rafiq. Dia menunduk sedikit sebelum berlalu ke dapur.
"Maaf Encik Rafiq. Saya pergi sambung buat kerja sekarang."
Encik Rafiq hanya mampu menggeleng. Bergosip sahaja kerja si Rania itu.
"Kalau dia kacau awak buat kerja, awak bagitahu saya. Okey?"
Angela hanya mengangguk. Riak wajahnya mendatar sahaja. Encik Rafiq juga sudah terbiasa dengan sikap dingin Angela. Walaupun Angela jarang berkomunikasi, namun dia sangat rajin dan bersikap profesional ketika waktu bekerja. Tetapi, sikapnya yang dingin itu menyebabkan Encik Rafiq tidak meletakkan Angela pada jawatan yang memerlukan dia berkomunikasi dengan pelanggan.
"Rafiq! Sini!" Aqeel melaung dari meja.
Encik Rafiq berjalan menuju ke arah meja Aqeel.
"Sampai lama dah ke kau orang? Dah lama aku tak jumpa kau orang berdua."
Aqeel dan Zach merupakan rakan sekelas Encik Rafiq ketika di bangku sekolah. Setelah tamat SPM, Encik Rafiq menyambung pelajaran dalam bidang bisnes manakala Zach dan Aqeel pula menyambung pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sebagai kadet.
Encik Rafiq duduk di sebelah Zach. Tangan naik menepuk bahu bidang Zach. Mereka berbual-bual sehingga tidak sedar bahawa masa sudah lama berlalu.
"Encik Rafiq, syif saya dah habis. Saya minta diri dulu."
"Oh, okey. Hati-hati balik. Great job for today."
Angela menunduk kepada Encik Rafiq dan dua orang jejaka itu sebelum berjalan menuju ke pintu keluar.
"Angela! Tunggu aku!" Rania tergesa-gesa menyarungkan beg sandangnya sambil berlari keluar daripada dapur. Dia menunduk kepada Encik Rafiq dan berlari ke arah Angela yang sudah berada di luar kafe. Dia merangkul bahu Angela. Angela tertunduk sedikit akibat ketinggiannya yang sedikit tinggi berbanding Rania. Mereka berdua berjalan pulang ke rumah sewa.
YOU ARE READING
THE DEATH EATER
ActionKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...