* Bab baru ni maybe akan update last untuk this week. InsyaAllah, lepas saya habis presentation dengan quiz minggu depan, saya sambung tulis bab baru ya? Doakan saya boleh jawab quiz dan present.
*Segala idea di dalam penulisan The Death Eater adalah idea asal dan imaginasi penulis sendiri dan merupakan hak milik Adwa Nafeesa. Diminta jasa baik untuk tidak memplagiat mana2 idea dalam penulisan Adwa Nafeesa. Sekian terima kasih. To my new followers, welcome!
HAPPY READING!
***
Setelah dimarahi dan dileteri oleh Mejar Razi, pasukan Alpha membuat keputusan untuk pergi ke kafe Rafiq. Semuanya disebabkan oleh Aqeel.
"Aku stres! Otak aku tak dapat berfungsi dengan baik. Alpha team! Jom kita pergi minum kopi dulu. Kapten belanja!"
"Jom! Terima kasih, kapten!" Anak-anak buah Zach bersorak keriangan.
Membulat mata Zach dibuatnya. Si Aqeel yang nak pergi minum, dia yang kena bayar. Jelingan tajam diberikan kepada Aqeel setelah melihat kesemua anak buahnya berjalan meninggalkan dia yang terpinga-pinga di belakang. Aqeel merangkul bahu ketuanya sambil tersengih seperti kerang busuk. Kening dijongketkan berkali-kali ke atas.
"Alah, tuan. Kau kan keturunan anak orang kaya. Belanjalah kita orang sekali sekala. Kasihan dengan anak-anak buah kau tu. Bagilah dia orang melihat dunia luar sama. Hehehe."
"Aku tahu kau nak pergi kafe dekat mana... Kau nak pergi kafe Rafiq sebab nak jumpa kekasih hati kau kan? Bilalah kau nak terima takdir yang kau tak layak untuk dia?" Lancar perlian yang diberikan oleh Zach kepada si Aqeel.
Terpejam rapat mata si Aqeel mendengar kata-kata yang dituturkan oleh ketuanya itu. Berbisa dan berdosa sungguh. Berdosa kerana membuatkan dia menyumpah seranah si Zach di dalam hati.
"Siapa kata aku tak layak? Aku dah berubah tahu? Aku bukan lagi si Aqeel buaya darat. Aku setia kepada Angela dan aku akan terus cuba untuk rebut hati dia."
Angela. Gadis yang berjaya membuat si Aqeel yang terkenal sebagai buaya darat oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya berubah menjadi seorang lelaki yang setia dan menghormati wanita. Bagi Aqeel, diri Angela ialah gadis yang sangat-sangat dia hormati. Gadis itulah yang menundukkan dia. Walau apapun halangannya, Aqeel mahu memenangi hati si gadis beku itu.
Aqeel terus menolak tubuh Zach menjauhi dirinya. Dia berlari-lari anak ke arah anggota-anggota yang lain. Hampir sahaja si Zach terjun ke dalam longkang. Zach mencebik kegeraman.
"Sudahlah suruh aku belanja, biadab pula tu!"
Sambil mulut tidak berhenti membebel kepada semua anak buahnya, dia berjalan mendekati kereta Aqeel. Berhimpit-himpit mereka di dalam kereta itu manakala si Aqeel tenang memandu dan Zach berada di tempat duduk penumpang di sebelah.
"Ish! Kau pergilah sana sikit. Aku nak duduk pun tak boleh!"
"Kau nak aku gerak sampai keluar daripada pintu ni ke?!"
"Kenapa aku yang kena duduk dekat tengah?!"
Ricky, Aiman, dan Rayden berbalah antara satu sama lain. Mereka saling tolak-menolak. Tinggal tidak terbuka sahaja pintu kereta Aqeel.
"Ada yang tercabut juga karang pintu kereta aku." Aqeel bersuara. Resah jika memang tercabut pintu keretanya.
"Kalau kau orang tak nak kena sumbat dalam bonet kereta, lebih baik kau orang duduk diam-diam." Zach memberi amaran supaya mereka duduk dengan diam kerana lambat lagi mereka akan sampai ke kafe Rafiq. Banyak kenderaan yang berada di atas jalan dan sesak.
Setibanya mereka di kafe Rafiq, mata Aqeel meliar ke seluruh penjuru kafe. Tiba-tiba dia disapa oleh Rafiq.
"Dia tak masuk syif lagi. Tak payah nak terjenguk-jenguk macam burung unta."

ANDA SEDANG MEMBACA
THE DEATH EATER (C)
AksiKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...