Lapan tahun berlalu, dan aku masih tidak percaya sejauh mana perjalanan aku dan Hariz. Aimika Café, yang dulu bermula dengan ruang kecil berasap di sudut London, kini sudah ada 38 cawangan di seluruh UK. Dengan pendapatan bulanan lebih 10 juta, kehidupan aku berubah sepenuhnya. Aku kini menetap di rumah besar di Kensington, dan kereta sport aku yang tersusun rapi di garaj menjadi bukti usaha kami selama ini.
Pagi itu, aku sedang menikmati kopi panas di ruang tamu sambil memandang taman yang luas melalui tingkap kaca. Tiba-tiba, bunyi tapak kaki Hariz kedengaran. Dia muncul dengan tablet di tangannya, wajah serius seperti biasa.
"Boss, jadual hari ni padat. Kau kena bersedia," katanya, duduk bertentangan aku.
Aku mengangkat cawan kopi sambil tersenyum sinis. "Kau tak pernah bagi aku peluang berehat, kan? Sekali-sekala biarlah aku rasa jadi boss betul."
Hariz tergelak kecil. "Kalau kau nak jadi boss yang goyang kaki, aku rasa aku kena cari kerja lain. Lagi pun, siapa suruh kau cakap nak conquer dunia café?"
Aku tergelak sambil menggeleng kepala. "Okay, apa dia yang kau nak bincang sangat sampai muka kau serius macam ni?"
Dia letakkan tablet di atas meja, menunjuk kepada beberapa fail yang terbuka. "Aku rasa, kita dah sampai ke tahap di mana kita boleh expand ke luar UK."
Aku letakkan cawan di meja, memandangnya dengan minat. "Expand ke mana? Europe? Amerika?"
Hariz menggeleng. "Malaysia."
Aku terdiam. Kata itu seperti menggamit perasaan rindu yang lama terpendam. Malaysia, tanah air aku. Sudah lapan tahun aku tinggalkan untuk membangunkan Aimika Café di London.
“Malaysia, Hariz? Kau serius?” aku tanya dengan kening terangkat.
Dia mengangguk, yakin. “Serius. Aku dah buat kajian. Pasaran café di Malaysia tengah meletup. Lagi pun, ini peluang kita untuk bawa nama Aimika balik ke tempat asal kau. Orang Malaysia patut tahu siapa kau dan apa yang kita bina selama ini.”
Aku termenung sejenak. Fikiran aku melayang ke zaman awal kami membangunkan Aimika Café. Setiap sudut café ini ada sejarah, dan sejarah itu bermula dengan cita-cita aku yang kecil.
“Hariz, kau rasa kita boleh berjaya kat sana? Lain budaya, lain pasaran.”
Dia tersenyum penuh keyakinan. “Boss, aku kenal kau. Kau tak pernah buat apa-apa separuh jalan. Kalau kita boleh berjaya di sini, aku yakin kita boleh buat benda yang sama kat sana. Lagi pun, makanan kita—nasi lemak, karipap, teh tarik—semua tu dah ada identiti Malaysia. Ini masa terbaik untuk bawa identiti tu balik ke tanah air.”
Aku tersenyum kecil. “Kau memang selalu tahu macam mana nak yakinkan aku, kan?”
“Bukan yakinkan, bos. Aku cuma ingatkan kau siapa diri kau.”
---
Dua minggu kemudian, kami sudah mula membuat perancangan serius. Hariz dan pasukan pemasaran bekerja siang malam untuk mencari lokasi, menyusun strategi, dan merangka konsep.
“Hariz, aku nak cawangan pertama kita dekat tempat strategik,” aku berkata suatu malam ketika kami berbincang di pejabat.
Dia mengangguk. “Aku dah ada tempat dalam fikiran. Pavilion Kuala Lumpur. Kalau kita nak buat impak besar, kita kena berada di pusat bandar. Pavilion tu tempat premium, pelanggan kita akan respect jenama Aimika bila kita buka kat situ.”
Aku tersenyum. “Pavilion? Hmm, aku suka idea tu. Tapi kita kena buat sesuatu yang luar biasa. Aku nak café ni jadi fenomena.”
“Percaya kat aku, boss. Aku sendiri akan uruskan semua. Ini projek yang kita tak boleh gagal,” Hariz menjawab penuh yakin.
Aku tepuk bahunya. “Kalau aku tak percaya kau, aku takkan ada kat tahap ni, Hariz.”
Dia senyum kecil. “Betul, kau takkan ada kat tahap ni… kalau tak sebab aku selalu tolong kau buat teh tarik masa awal-awal dulu.”
Kami ketawa besar, mengenang kembali waktu susah senang kami membina Aimika Café dari bawah.
---
Hari pembukaan Aimika Café di Pavilion tiba dengan penuh gemilang. Media tempatan dan antarabangsa memenuhi ruang café. Wartawan bertanya pelbagai soalan tentang perjalanan aku, sementara pengunjung tidak sabar mencuba nasi lemak dan teh tarik yang kini menjadi tanda dagangan kami.
Hariz berdiri di sebelah aku, wajahnya penuh kepuasan. “Macam mana rasa jadi bos besar di tanah air sendiri, Aiman?”
Aku memandang sekeliling dengan senyuman bangga. “Jujurnya, aku rasa lebih bangga sebab kita bawa balik nama Aimika. Aku tak pernah sangka, Hariz. Kau tahu betapa besar benda ni?”
Dia mengangguk kecil. “Aku tahu, sebab aku ada dengan kau dari hari pertama.”
Aku memandangnya, terharu. “Hariz, kalau aku tak ada kau, aku takkan sampai sejauh ni. Kau lebih dari PA, kau partner aku. Aku takkan lupa jasa kau.”
Dia ketawa sambil menepuk bahu aku. “Eh, jangan drama sangat, boss. Nanti wartawan tulis cerita lain pula.”
Kami ketawa bersama, menikmati saat kejayaan yang aku tahu hanyalah permulaan. Dalam hati aku, satu perasaan tak sabar mula membuak—untuk melihat sejauh mana nama Aimika Café boleh pergi di tanah air aku.
BERSAMBUNG...

YOU ARE READING
AKU SECURITY SEKOLAH
RomantikSEORANG LELAKI BERNAMA AIMAN, YANG BEKERJA SEBAGAI PENGAWAL KESELAMATAN DI SEBUAH SEKOLAH, TELAH JATUH CINTA PADA SEORANG GURU YANG DIGELAR "SI COMEL." NAMUN, CINTA MEREKA TERHALANG OLEH IBU BAPA SI COMEL DISEBABKAN PEKERJAAN AIMAN YANG HANYA SEORAN...