"SAYANG, apa jawapan you? You setuju ke nak kahwin dengan I?" soal Adam setelah lama mereka berdua mendiamkan diri. Hujung minggu itu mereka berdua keluar bersama-sama atas permintaan Haira sendiri. Pada hari ini jugalah Haira akan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak lamaran Adam.
"I... setuju. Tapi you sure ke nak kahwin senyap-senyap? Macam mana kalau parents you and I dapat tahu?"
Sungguh itu yang Haira risaukan sekarang. Ada juga dia terfikir bahawa sekarang adalah satu peluang untuk mereka berkahwin tanpa pengetahuan orang ramai memandangkan mereka duduk jauh dari keluarga. Tetapi entah mengapa Haira berasa tidak sedap hati selepas teringatkan semula nasihat Farah tempoh hari.
"Sekarang ni I nak tanya you. You nak kahwin dengan I atau tak? Kalau you nak, ikut je cakap I. You janganlah risau, kalau ada apa-apa jadi, I akan sentiasa ada dengan you, okey?" Adam masih lembut memujuk dan sedaya upaya mencuba menahan dirinya untuk tidak menaikkan suara. Dia harus yakinkan Haira untuk ikut rancangannya.
"Fine, I ikut je apa yang you nak. Tapi you kena janji dengan I satu benda."
"Anything for you, sayang... You nak I janji apa tu?"
"Apa pun jadi, jangan pernah tinggalkan I. Jangan cepat berubah hati, and please jangan curang dengan I. I tahu yang you takkan curang, tapi I cuma nak ingatkan je. Apa pun jadi, jangan pernah hancurkan hati I, please." Rayu gadis itu.
Benar kata orang, cinta itu boleh membutakan mata seseorang untuk melihat kebenaran dan cinta juga boleh membuat seseorang menjadi bodoh. Bodoh kerana takut kehilangan seseorang yang belum halal untuk kita dan bodoh disebabkan cinta.
"Iya sayang, I tak akan hancurkan hati you dan I takkan pernah curang dengan you. You percayakan I, kan?" soal Adam sambil bermain dengan hujung rambut gadis itu. Haira menganggukkan kepalanya dan serentak itu Adam memeluk bahu Haira. Tubuh kecil Haira ditarik bagi merapatkan tubuh mereka lagi.
"Adam, janganlah macam ni, kita belum kahwin lagi tau." Haira cuba menegur lembut lalu tubuh Adam ditolak menjauh. Dia masih tahu batasnya walaupun perkara ini sering terjadi antara mereka.
Tetapi terkadang, Haira tetap tidak suka akan posisi mereka seperti sekarang. Terlalu rapat sehingga badan mereka berlaga. Rasa bersalah kepada Tuhan juga terasa apabila mengingati yang Adam masih lagi bukan mahramnya untuk menyentuh dirinya sesuka hati. Tetapi entah mengapa dia tidak mampu untuk mengelak, malah dia memilih untuk membiarkan sahaja. Seumur hidup Haira, tidak pernah lagi dia membiarkan lelaki bukan mahramnya untuk menyentuh apatah lagi merapatkan tubuh mereka seperti sekarang ini.
"Sayang, why you takut sangat ni? Don't worry, kita kan nak kahwin juga nanti. So tak ada beza pun sama ada I pegang you sekarang ke, esok ke, lusa ke, tak ada beza pun. Sebab nanti kita akan halal juga. So you don't have to worry about it." Satu kenyitan mata diberi buat Haira.
Haira terdiam apabila mendengar ujaran Adam. Dia mahu menolak badan Adam menjauhi buat sekali lagi tetapi tubuhnya bagai kaku. Tidak mampu untuk membantah sedikit pun apabila dapat merasakan pergerakan tangan Adam menjalar di tubuhnya.
Adam yang awalnya memeluk bahu Haira, tangan lelaki itu bergerak memeluk pinggang ramping Haira pula. Pelukannya dieratkan lagi apabila terasa tubuh Haira yang mengeras secara tiba-tiba.
"Jangan risau, Haira... I tak buat apa pun. I just miss you and I miss your smell damn much, sayang. I sayang you, I nak kahwin dengan you dan I tak akan tinggalkan you. Itu janji I yang you boleh pegang." Rambut hitam separas pinggang milik Haira dipandang lama kemudian Adam menyentuh dan membawa dekat untuk dihidu. Dia suka akan haruman rambut gadis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Storie d'amore[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
