[Bab ini ada sedikit perkataan yang agak kasar dan mungkin boleh menyentuh isu sensitif pembaca jadi baca atas risiko anda sendiri. Tiada apa yang teruk sangat tapi saya cuma nak bagi warning sahaja jika berlaku apa-apa yang buruk nanti]
SEJAK awal pagi tadi lagi Farah sudah datang bagi menemaninya di rumah. Adam pula sampai sekarang masih lagi sedang tidur di atas. Sementara suaminya tidur, mereka mengambil kesempatan itu untuk berborak di bahagian ruang tamu.
Air di dalam jug dituangkan ke dalam dua gelas kosong di hadapan. Satu gelas diberi kepada Farah dan satu lagi dipegang olehnya sebelum gelas itu dibawa mendekati ulas bibir. Dengan beberapa tegukan, air sirap ais itu sudah selamat membasahi tekak yang kering. Gelas kembali diletakkan pada dulang.
"Haira, kau dah bagitahu suami kau ke pasal tu?" soal Farah, bebola mata bergerak melihat ke arah perut Haira yang masih nampak seperti biasa. Haira yang baru sahaja faham dengan pandangan Farah terus sahaja menggelengkan kepala menandakan dia belum beritahu lagi.
Farah sudah agak dengan jawapan ibu muda itu. Tetapi sampai bila mahu rahsiakan? Lambat laun pasti Adam akan tahu juga.
"Bila kau nak bagitahu?"
Haira mengangkat kedua belah bahu ke ats. "Aku tak berani nak bagitahu dia. Bila aku dah ada niat untuk bagitahu, aku terus jadi tak sedap hati. Rasa macam akan ada sesuatu yang buruk bakal terjadi. Sebab tu aku tak bagitahu lagi. Aku takut kalau ada apa-apa jadi dekat anak aku ni," itulah yang menjadi kerisauan Haira. Entah mengapa kuat firasatnya berkata begitu. Kepala tertunduk memandang lantai.
Sejak semalam lagi dia sudah mula rasa tidak sedap hati. Firasatnya kuat mengatakan yang Adam tidak akan suka dengan kehadiran bayi yang dikandungnya. Macam-macam yang Haira fikir membuatkan rasa pening semakin menjadi-jadi. Hal anak, hal suaminya curang, macam-macam hal yang berlaku dalam satu masa. Pening!
"Kau rasa patut ke aku bagitahu Adam?"
"Bagitahu apa?" Bukan Farah yang menyoal semula, tetapi Adam. Kaki melangkah mendekati dua wanita itu. Sejak awal tadi lagi dia bersembunyi di sebalik dinding untuk mendengar segala perbualan Haira dan juga Farah.
Apabila suara serak basah Adam menembusi pendengaran telinganya, terus sahaja tubuh Haira mengeras. Kepala diangkat bagi memandang Adam. Air liur ditelan susah. Sejak bila suaminya berada di situ?
Adakah Adam mendengar semua perbualan mereka? Mengapa dia tidak perasan dengan keberadaan suaminya itu? Risau. Risau jika lelaki itu mendengar semuanya. Mata dipejamkan rapat. Entah apa lagi yang perlu dia hadap selepas ini.
"Anak siapa? Dah berapa minggu? Siapa bapak dia?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Adam. Mata Adam dan Haira bertentang lama sebelum Haira sendiri melarikan pandangan.
Haira terkejut dengan soalan yang dilontarkan oleh Adam. Tidak sangka suaminya boleh menyoal sehingga begitu sekali. Hina sangatkah dirinya pada pandangan lelaki itu? Bagaimana Adam boleh bertanya siapa bapa kepada bayi ini? Sudah tentu lelaki itu bapa kepada anak mereka, Muhammad Adam Luthfi!
Entah dari mana kekuatannya datang, Haira berdiri berhadapan dengan Adam sebelum melempiaskan rasa geram di hatinya.
"Apa maksud you untuk ayat, 'anak siapa and siapa bapak dia?!' Tolong jangan tanya soalan bodohlah, Adam!" Emosi cuba dikawal tetapi susah. Terlalu banyak yang dia pendam sejak semalam sehinggakan sekarang ini rasa nak meletup sahaja.
"Sekarang ni kau nak bodohkan aku pula? Kau nak cakap apa? Kau nak cakap yang ni anak aku dengan kau?" Jari telunjuk ditunjukkan pada diri sendiri dan juga Haira lalu Adam berdecit sinis. Ketawa yang dibuat-buat turut bergema di sebahagian rumah ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romansa[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
