3 MINGGU KEMUDIAN...
"MUHAMMAD Adam Luthfi Bin Akmal Hisham," nama penuh pengantin lelaki disebut dan serentak itu genggaman tangan dikemaskan. Adam yang awalnya menunduk gementar terus mengangkat kepala apabila semuanya sudah bermula.
"Saya." Balas Adam dengan wajah yang masih cuba berlagak tenang walau dalam hatinya sudah berdebar-debar. Pelbagai cara Adam lakukan untuk kurangkan rasa gementarnya tetapi masih sama, tidak berkurang.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku, Nur Haira Qaszrina binti Mohamad Asyraf dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai," ujar Tuan Asyraf selaku wali kepada Haira. Dapat dia rasakan getaran kecil dari lelaki yang bakal menjadi suami kepada anaknya ini.
Sesaat, situasi menjadi hening menunggu lafaz diteruskan. Adam menarik nafas dalam-dalam, cuba untuk lawan rasa gementar yang semakin kuat.
"Aku terima nikahnya Nur Haira Qaszrina binti Mohamad Asyraf dengan mas kahwinnya sebanyak RM500 tunai..."
"Sah?" Semua mata terhala pada kedua-dua saksi bagi menunggu kata 'sah' dari mereka.
"Sah!" jawab kedua-dua saksi serentak.
"Alhamdulillah..." ucap mereka di situ apabila semuanya berjalan dengan lancar. Adam berpaling ke belakang untuk melihat wajah Haira kemudian mereka menghela nafas lega sebelum menguntum senyuman bahagia.
Dengan sekali lafaz sahaja mereka berdua sudah sah bergelar sepasang suami isteri. Haira mengucap kata syukur di dalam hati, air matanya mengalir setitis kerana sebak. Tudung shawl yang dipakainya dibetulkan sedikit. Hari ini dia memakai tudung memandangkan mereka dinikahkan di masjid.
Akad nikah mereka itu hanya kecil-kecilan sahaja. Hanya ada bapa Haira, dua orang saksi, sedikit kawan bahagian lelaki dan perempuan. Ada juga Haireena iaitu kakak kepada Haira.
Walaupun perkahwinan mereka dirahsiakan daripada kedua pihak keluarga dan hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui tentang ini, mereka masih lagi mampu bergelak ketawa tanpa ada sedikit pun rasa bersalah kepada orang tua mereka.
Haira mengerling sekilas ke arah Farah dan kakaknya yang setia duduk di samping. Jari kecilnya mengesat sisa air mata apabila tidak sengaja bertembung mata dengan Haireena.
"Haira, abah nak jumpa kau dekat luar masjid lepas habis majlis nanti." Bisik Haireena di tepi telinga Haira. Haira mengangguk sekali lantas melihat pemergian Haireena dan abahnya untuk ke bahagian luar masjid.
Haira teguk liur apabila tiada secalit senyuman di wajah si bapa dan kakaknya. Tegang sahaja. Tahulah dia yang mereka masih marah dengan apa yang sudah dia lakukan akhir-akhir ini.
"Abah, akak." Selesai sahaja majlis, Haira terus keluar dari ruang akad nikah tadi untuk berjumpa dengan Tuan Asyraf.
Lelaki separuh abad itu melihat anaknya dengan riak wajah kosong. Rasa kecewa yang teramat apabila anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan didikan agama, sanggup mengecewakan mereka sekeluarga.
*Flashback*
"Kak Risa, tolong Haira..." Menangis-nangis Haira memanggil kakaknya apabila Haireena kekal diam di sebalik panggilan. Haira kerling sebelah untuk melihat Adam yang sedang memandangnya ke arahnya. Lelaki itu tersenyum manakala Haira masih berpura-pura menangis kerana hendak menjayakan rancangan ini.
"Send location kau dekat aku, kejap lagi kitaorang sampai." Haireena membalas tegas. Dia turut terkejut apabila terdengar perbualan antara si bapa dan adiknya.
"Akak, tolong rahsiakan hal ni. Haira tak nak bagi keluarga malu,"
Sebagai balasan, Haireena sekadar menggumam dan terus mematikan panggilan. Haireena Qaszrisa bukanlah seorang yang terlau tegas begini jadi apabila kakaknya sudah berubah, Haira tahu rancangan ini pasti akan berjaya memandangkan abah dan kakaknya sudah tahu tentang ini.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romansa[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
