DENGAN berhati-hati kaki melangkah menuruni anak tangga satu per satu. Kelibat suaminya langsung tak kelihatan sejak dia bangun dari tidur tadi. Telefon di tangan dilihat, namun hampa. Tiada sebarang pesanan dari suaminya membuatkan rasa kurang enak di hati semakin kuat.
"Adam, you dekat mana?" Sebaik panggilan telefonnya dijawab, laju sahaja mulut Haira menyoal. Adam berdehem di hujung talian.
"Kejap lagi I balik, ada hal sekejap. Sorry, I terlupa nak bagitahu you."
Punggung dilabuhkan pada sofa yang terletak di bahagian ruang tamu rumah mereka. "Tak apalah kalau you dah cakap macam tu. Kurang sikit rasa risau ni. Balik cepat tau, I want to cook something special for you, but before that, kita kena keluar beli barang dapur dulu."
Jam di dinding dilihat. Masih awal dan sempat lagi jika hendak menunggu kepulangan suaminya untuk keluar bersama.
"You keluar jelah pergi beli, I lambat sikit rasanya ni, takut nanti lambat pula you nak masak." Mendengarkan kata-kata dari si suami, Haira hela nafas panjang. Baru je nak keluar dengan suami sendiri.
"Sayang, please... I nak keluar dengan you. Please husband," Haira cuba untuk memujuk dan tanpa diminta, tiba-tiba sahaja Adam menjerkahnya buat pertama kali.
"I cakap pergi, pergi jelah! Apa yang susah sangat nak faham yang I busy?!"
Jeda.
Haira terkedu.
"Adam?" Haira memanggil lembut. Tidak percaya kerana buat pertama kalinya dia dijerkah seperti itu. Adam yang mungkin baru tersedar terus sahaja berdehem lagi.
"Sorry. Fine, you pergilah bersiap. Kejap lagi I balik lepastu kita keluar terus. I letak dulu, nak drive." Tanpa menunggu balasan dari isterinya, terus sahaja panggilan dimatikan.
Haira senyum tipis, cuba untuk menyedapkan hati bahawa suaminya tidak sengaja membuat sebegitu. Mungkin lelaki itu stres fikirnya sendiri.
"Tak apalah Haira, asalkan dia setuju untuk keluar dengan kau pun dah cukup bagus. Sekarang ni, kau kena siap cantik-cantik untuk suami kau." Haira mengangguk dengan pemikirannya. Tanpa menunggu lama, Haira terus naik ke tingkat atas untuk bersiap.
Lima belas minit bersiap, Adam sudah sampai dan menunggunya di dalam kereta. Pintu rumah dikunci dan Haira memasuki perut kereta suaminya.
Adam memandang Haira dengan mata yang tidak berkelip. Jujur dia terpegun dengan kecantikan wanita itu hari ini. Ditambah pula dengan haruman perfume Haira yang mampu menggoyahkan dirinya sebagai seorang lelaki.
Adam berdehem, menyedarkan diri. "Dah siap dah?"
Haira mengangguk laju dengan senyuman tidak lekang sejak melihat suaminya memandangnya bagai tidak mahu lepas.
"Dah, jom kita gerak."
Sepanjang perjalanan, masing-masing mendiamkan diri. Bunyi radio sahaja yang mengurangkan rasa sunyi di dalam kereta. Seketika, perut Haira berkeroncong perlahan membuatkan Adam mengerling isterinya sebelum kembali lihat ke hadapan.
"Lapar?"
"Sikit." Jawab Haira jujur. Malu kerana masa-masa begini pula perut sendiri mahu berkerncong kuat begitu. "You ada apa-apa makanan tak dalam kereta ni?" soal Haira kembali.
Adam mengangguk. Lihat sahaja lampu isyarat bertukar merah, laju tangan Adam mencari sesuatu. Apabila sudah jumpa coklat kegemaran yang dicari tadi, plastik coklat itu dibuka untuk memudahkan isterinya makan.
"Makan KitKat ni dulu. Ini je yang ada dalam kereta, itu pun tinggal satu je. Kejap lagi ingatkan I untuk beli tau." Coklat yang sudah dibuka plastiknya dihulurkan pada Haira lalu gadis itu menyambut laju dengan senyuman manisnya. Sukalah tu dapat makanan.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
