ENAM BULAN KEMUDIAN...
"YA ALLAH... alhamdulillah," ucap Haira teruja sambil terlompat kecil. Terharu bercampur sebak. Tidak sangka Tuhan memberi dia zuriat secepat ini. Sudah enam bulan lebih mereka berkahwin dan alhamdulillah, kini rahimnya sudah berpenghuni.
Enam bulan berlalu dengan sangat pantas dan alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Adam juga turut melayan dia baik seperti selalu. Kadangkala adalah juga bergaduh, namun tidaklah serius mana. Lagipun, mana ada rumah tangga yang tiada ujian kan?
Sungguh dia teruja ingin memberitahu suaminya tentang kandungan ini. Tetapi, esok baru Adam balik dari outstation. Adam kini sudah bekerja di sebuah syarikat milik bapanya, AA'S EMPIRE. Sedih tapi bahagia. Tidak mengapalah. Tengah duduk berfikir, satu idea muncul di fikiran.
'Apa kata aku buat surprise?' Harap-harap suaminya juga turut gembira apabila mengetahui berita ini.
"Baby—keluar cepat-cepat tau. Mama tak sabar nak jumpa awak. Baby membesar sihat ya sayang. Mama sayang awak. Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama, sayang. Jangan tinggalkan mama ya?" Ucapnya sambil mengusap perut yang masih belum menampakkan bentuk. Walaupun anak itu masih kecil, dia sudah jatuh sayang yang teramat kepada amanah Tuhan yang satu ini. Anak adalah amanah Tuhan yang kita perlu jaga sebaiknya. Sungguh dia gembira dengan kehadiran anaknya ini.
Bunyi getaran telefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk itu dilihat dari jauh. Tanpa menunggu lama, kaki melangkah ke arah terletaknya telefon.
"Siapa pulalah yang call ni?" monolog Haira di dalam hati.
Farah. Nama sahabatnya terpapar sebaik sahaja skrin telefon itu dinyalakan.
"Haira, Haira. Jom kita—" Sergah Farah laju dan ayatnya tergantung apabila Haira tiba-tiba bersuara.
"Waalaikumusalam, ya Far... Kau kena kejar hantu ke? Kenapa bercakap laju sangat ni?" sarkastik Haira. Dahlah call orang, lepastu tak pandai beri salam dulu pula tu. Farah sudah terkekeh ketawa apabila Haira memerlinya begitu. Langsung tak terasa kerana dia tahu macam mana perangai Haira yang kuat menyakat.
"Ish kau ni! Yelah, assalamualaikum wahai kawanku yang susah nak jumpa sekarang ni..." Sindir Farah semula. Betul apa, sejak Haira berkahwin dengan Adam, makin susah mereka mahu berjumpa. Kadangkala sebulan sekali sahaja disebabkan mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing.
"Waalaikumusalam wahai Farah yang busy memanjang..." balas Haira meleret, tidak mahu kalah dalam membalas lagi.
"Eleh, kau cakap aku. Kau pun sama je. Aku busy bekerja maklumlah dah habis belajar kan. Lainlah kau, ada suami tanggung. Lepastu tak payah bekerja pula tu." Usik Farah berbaur cemburu. Beberapa bulan yang lepas, Farah sudah menamatkan pengajian. Sekarang Farah sedang di fasa bekerja pula. Tidak seperti Haira, suaminya tidak memberi keizinan untuk dia bekerja. Kata lelaki itu, biar dia sahaja yang keluar untuk bekerja.
Keluarga? Mereka masih lagi tidak berjumpa. Apabila mamanya menyuruh pulang ke rumah, ada sahaja alasan yang diberi. Masih malu. Lagi pula dia tahu, mamanya mengajak pulang kerana wanita itu masih tidak mengetahui akan halnya. Kalau mamanya tahu, pasti wanita itu turut marah seperti Tuan Asyraf.
"Kenapa kau call aku ni? Ada apa-apa ke?" soal Haira semula, sengaja menukar topik. Bukan apa dia menyoal, kebelakangan ini jarang-jarang mereka berhubung gara-gara sibuk dengan kehidupan masing-masing. Bila tiba-tiba sahaja call, peliklah juga.
"Aku nak ajak kau keluar, jom! Aku bosan la." Ajak Farah penuh teruja dan bersemangat. Sejak duduk seorang ni, memang cepat bosan. Tiada teman nak ajak berborak dan bergaduh.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
