FOR READERS!

4K 69 13
                                        

Hi, assalamualaikum!
Dekat sini saya nak ucapkan terima kasih kepada yang membaca kisah 'Takdir Kita' dari awal sehingga ke garisan penamat. Buat yang membaca dari cerita ni bertajuk 'Berharap Kau Kembali' pun saya nak ucapkan terima kasih sebab baca sekali lagi cerita yang sudah bertukar tajuk ini. Korang memang pembaca setia saya hehe!

Untuk semua yang baca, tak kesah lah dari ongoing ataupun yang baca bila dah complete, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab pernah ada dan masih ada untuk support saya. Jujur saya hargai sangat-sangat.

Saya harap korang dapat pengajaran dari cerita ni sebab saya memang dah cuba sehabis baik untuk buat cerita yang ada isi. Bukan cerita kosong tapi cerita yang penuh dengan pengajaran dan ilmu pengetahuan. Yang baik korang boleh ambil tapi yang buruk tolong tinggalkan. Saya minta maaf juga kerana saya tahu penulisan saya masih lagi teruk. Tapi saya dah cuba untuk perbaiki. Lagipun lain orang lain caranya. Ini cara saya jadi saya harap korang boleh terima cara saya menulis.

Cerita ini penuh dengan emosi dan cerita ni adalah yang paling lama pernah saya tulis. 15 february ini cukup setahun cerita ini berada di dalam wattpad.

Saya tak tahu nak cakap apa dah tapi saya harap korang boleh tinggalkan sedikit review, comment atau feedback cerita ni di bahagian comment supaya saya boleh tahu apa kekurangan yang perlu saya perbaiki lagi.

*Tolong jaga kata-kata awak sebelum hina cerita ni. Saya hormat pandangan masing-masing terhadap karya saya tapi jangan melebih sampai menghina. Untuk yang kata kenapa mesti Farah yang mati, ini cerita saya, suka hati sayalah nak bagi siapapun mati. Saya tahu ramai yang tak puas hati sehingga ada kata-kata kesat yang keluar dari mulut beberapa pembaca. Kalau saya boleh hormat korang as pembaca, please belajar hormat saya sebagai penulis.

Terima kasih sekali lagi atas semuanya, sehingga berjumpa lagi di cerita seterusnya. Doakan juga semoga kita semua akan berjumpa dengan cerita ini dalam versi yang lebih baik. Kalau banyak feedback baik yang saya dapat, In Shaa Allah saya cuba untuk jadikan dia dalam versi yang lebih baik. Saya tak janji tapi saya cuba. Terima kasih sekali lagi.

Special chapters dalam bentuk ebook. Boleh tengok di ig saya, @balqisjuandyy .

Dengan ini TAKDIR KITA BY BALQISJUANDY melabuhkan tirai.

TAKDIR KITA | SIBF25Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang