11

4.5K 135 7
                                        

[Recommended by me. You need to read this chapter while hearing to Unconditionally song by Katy Perry and Rewrite The Stars by Anne-Marie and James Arthur]

"KALAU itu yang kau nak, aku akan buat." Nafas ditarik dalam lalu dihembus dahulu. Haira sudah menunduk dengan mata yang dipejamkan rapat. Tidak pernah dia terfikir bahawa dia akan lalui saat-saat begini.

"Pandang mata aku." Dagu runcing isterinya ditolak perlahan naik ke atas. Haira hanya menurut. Anak mata mereka bertaut lama.

Dalam pandangan Adam ini, Haira masih nampak ada jalan untuk mereka bersama. Pandangan mata ini seolah-olah pandangan untuk seseorang yang masih keliru dengan apa yang terjadi. Antara dendam dan juga cinta.

Mungkin dahulu Adam kuat memilih untuk membalas dendam, tetapi bukankah mata tidak boleh menipu? Atau adakah Haira yang masih berharap untuk ada sisa perasaan Adam untuknya? Berat hati Haira mengatakan, Adam ego. Adam tidak benar-benar jujur dengan perasaan sendiri.

Haira mahu menunduk dan memejamkan mata semula bagi menahan segala rasa ketika Adam melafazkan ayat itu, tetapi Adam tetap menolak dagunya naik. Memakasanya untuk memandang lelaki itu. Mungkin untuk kali yang... terakhir.

"Bersaksikan diaorang berdua, Nur Haira Qaszrina binti Mohamad Asyraf, aku ceraikan kau dengan talak satu."

Lafaz talak yang sudah jelas kedengaran keluar dari mulut Adam membuatkan Haira menganggukkan kepala sendiri berkali-kali lalu tersenyum nipis. Tiada setitis air mata yang keluar dari mata cantik itu.

Cerai bukanlah apa yang dia mahukan, tetapi dia terpaksa mengorbankan semuanya demi kebahagiaan mereka berdua di masa hadapan. Dia redha jika jodoh mereka setakat itu sahaja.

"Terima kasih sebab lepaskan I. I harap you bahagia dengan pilihan you dan I harap you buat pilihan yang tepat dalam hidup you. Terima kasih atas semua kebaikan yang pernah you beri pada I. I janji yang I takkan ganggu hidup you lagi. Thank you. Thank you for everything—terima kasih juga atas segala kesakitan yang you beri pada I dan anak I. I harap you maafkan family I sebab kami punca abang you mati. Tapi kalau you ada akal fikiran, you sendiri boleh fikir apa yang Aiden buat tu memang selayaknya sebab pengorbanan tu untuk orang yang dia sayang. Haireena Qaszrisa, cinta mati untuk Aiden Luthfi. You sendiri tahu tu kan? Oh ya, lagi satu. Jangan risau tentang Ayzack sebab budak tu dah tak ada bapak. Bapak kepada anak I, dah mati. Itu yang you nak, kan? I pergi dulu, assalamualaikum." Usai berkata, tubuh dipusingkan menghadap Farah di tepi.

"Far, kau dah ambil semua barang-barang aku kan?"

"Dah, ada dua luggage besar ni. Tak apa, biar aku yang bawa. Kau pergilah masuk kereta dulu," balas Farah lembut. Haira hanya mengangguk. Mereka berpelukan seketika sebelum Haira melangkah keluar dari bilik ini. Sempat matanya melihat Adam dan Melissa buat kali yang terakhir.

Masuk sahaja ke dalam perut kereta, tubuh disandarkan pada kerusi. Lafaz talak tadi masih kedengaran jelas di dalam kepalanya. Tubir mata terasa hangat dan perlahan-perlahan mutiara jernih yang ditahan sedari tadi, mengalir membasahi pipi. Isi di dalam pipi digigit bagi mengurangi sedu sedan.

"Ya Allah... kenapa semua ni terlalu berat untuk aku lalui?" Dada ditepuk-tepuk bagi menunjukkan rasa sakitnya ketika ini. Semuanya terlalu berat, bagaimana dia ingin lalui semua ini seorang diri?

Pintu di bahagian pemandu yang sudah terbuka membuatkan Haira laju-laju menyeka air mata. Apabila Farah melihat dirinya, Haira cuma mampu tersenyum dan melontarkan pandangan ke luar tingkap. Dia tidak suka apabila sisi lemahnya seperti sekarang ini terlihat.

"There's no need to be strong all the time, Haira."

Kepala Haira kembali berpusing melihat Farah yang tiba-tiba sahaja bersuara.

TAKDIR KITA | SIBF25Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang