[Seperti yang saya warning di bab 7, bab ini turut ada scene yang sedikit ganas (takdelah ganas, sikit je), kata-kata yang kesat dan mungkin akan menyentuh isu sensitif sesetengah pembaca]
PADA malam itu, Haira mengambil keputusan untuk tidur bilik yang berasingan dengan Adam. Dia perlu tenangkan fikiran, hatinya masih sakit. Masih terluka dengan kata-kata suaminya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila Adam tiba-tiba sahaja mengetuk pintu bilik ini sekuat-kuatnya.
"Haira, kau buka pintu ni sekarang! Aku nak cakap dengan kau." Panggil Adam kasar dari luar. Haira yang sudah berdiri di sebalik pintu sudah mengetap bibir menahan tangis. Entah mengapa dia takut dengan perangai suaminya sekarang ini.
Adam yang sekarang benar-benar seperti bukan lelaki yang pernah Haira kenal.
"Kau nak buka atau kau nak aku pecahkan pintu ni?!" ugut Adam lagi. Ketukan pintu semakin kuat membuatkan tubuh kecil Haira semakin kuat menggigil. Air mata tidak usah cakap betapa lajunya mengalir. Tubuh disandarkan pada dinding lalu tangan dibawa menekup mulut agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.
Haira takut dengan Adam yang sekarang. Tetapi dia harus kuat, dia tidak boleh lemah. Dia sedar tentang itu. Tetapi mampukah dia dengan kudrat yang tak seberapa ini?
"Haira!" Semakin kuat jerkahan Adam di luar bersama bunyi kaca yang jatuh berderai. Terhinjut kedua belah bahu Haira tatkala bunyi-bunyi kaca di luar semakin kuat kedengaran.
Disebabkan ketukan dan jerkahan yang semakin kuat dan bertalu-talu, mahu tidak mahu Haira menurut juga untuk membuka pintu. Entah bagaimana nasibnya sebentar nanti, dia sendiri tidak tahu.
"Kau ni dah kenapa eh perempuan?" Terbuka sahaja pintu bilik, terus sahaja pintu itu ditolak kasar lalu tubuh Haira turut ditolak rapat ke dinding. Kedua belah tangan naik mengepung isterinya lalu dagu gadis itu dicengkam kuat dan ditolak naik ke atas agar mata mereka dapat bertembung.
"Adam, sakit. Please... Jangan cengkam dagu I dan tolak I kuat-kuat macam ni," cuba memujuk agar Adam tidak berkasar dengannya. Haira risau jika tolakan kuat Adam tadi akan memberi kesan pada bayi yang dikandungnya. Haira takut, takut sangat-sangat jika dia kehilangan bayi ini.
"Sakit? Kau fikir sakit kau je kan? Habistu, hati aku yang sakit ni macam mana pula? Aku belum habis lagi tau dengan kau pasal pagi tadi. Aku tanya kau lagi sekali. Siapa bapak budak ni?" Tangan masih tidak lepas dari mencengkam dagu isterinya. Perut Haira ditunding kuat membuatkan Haira mendesis sakit.
"Sakit, Adam. Tolonglah jangan buat I macam ni." Tangan Adam yang masih belum lepas memegang dagunya cuba ditolak namun gagal. Semakin kuat Adam mencengkam membuatkan Haira terdiam menahan sakit. Air matanya sejak pagi tadi lagi terlampau murah untuk mengalir.
"Sakit? Eh perempuan kau dengar sini baik-baik. Aku tanya kau lagi sekali, siapa bapak kepada budak ni? Tergamak kau menyundal dengan lelaki lain kan?!" Cengkaman dilepaskan dan terbit keluhan berat dari ulas bibir Haira. Lega kerana rasa sakit sudah semakin berkurang. Sesaat kemudian, Adam memegang batang lehernya. Kuat, sangat kuat.
Mata dipejamkan seketika sebelum sekuat yang boleh, Haira cuba rungkaikan pegangan Adam dan perbuatan itu berjaya. Dada turun naik mengatur nafas yang hampir hilang. Apabila dirinya sudah stabil, Haira menjauh sedikit dari Adam.
"Berapa kali I nak kena bagitahu you? Ni anak kita, Adam. Anak kita berdua! Sampai hati you tuduh I curang. Sampai hati you tak mengaku yang dalam perut I ni, anak you. Mana pergi Adam yang I kenal? Mana pergi hati perut you? Kenapa you tak percaya yang anak ni anak kita? Tolonglah Adam, tolonglah. Jangan buat I dan anak kita macam ni. Kenapa you berubah? Kenapa..."
Dada ditumbuk berkali-kali menandakan rasa sakitnya tidak main-main. Teresak-esak Haira menangis membuatkan Adam tersenyum sinis.
"Kau tak payah nak buat drama air matalah, Haira. Kau tahu tak apa yang aku rasa bila dapat tahu yang kau mengandung? Aku kecewa. Kecewa sangat. Aku tak sangka yang kau sanggup curang dengan aku. Tak cukup ke layanan yang aku bagi dekat kau sampai kau desperate cari lelaki lain?"
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
