DISEBABKAN rasa risau kepada Haira atas apa yang berlaku semalam, pada hari ini Farah datang semula untuk bertemu dengan Haira. Semakin risau dirinya apabila sejak malam tadi, panggilannya langsung tidak diangkat oleh sahabatnya itu.
"Assalamualaikum," baru sahaja hendak mengetuk pintu utama itu, tangannya kembali jatuh di samping. Dahi berkerut hairan apabila dengan mudah sahaja pintu rumah terbuka disebabkan pintu yang tidak berkunci dan tidak bertutup rapat. Terbatal niatnya untuk mengetuk pintu rumah tersebut.
Jantung berdegup laju apabila selangkah sahaja masuk ke dalam rumah, bau hanyir darah semakin kuat menusuk hidung. Tanpa menunggu lama terus sahaja Farah memasuki dan berjalan untuk mencari sahabat baiknya.
"Haira..." panggil Farah kuat. Sunyi. Tiada sahutan membuatkan jantung semakin laju berdegup. Sepi. Tangan naik mengepit hidung untuk menghalang bau hanyir itu terus-menerus menusuk hidung.
"Haira, aku datang ni."
Sepi lagi. Sampai sahaja di bahagian ruang tamu hendak berjalan ke arah tangga, dia memanggil lagi nama Haira.
"Haira kau dekat ma—" ayatnya tergantung apabila melihat Haira yang sudah terbaring di tengah-tengah tangga dengan badan yang berlumuran darah. Tanpa menunggu lama terus sahaja dia berlari ke arah Haira yang sudah tidak sedarkan diri.
"Haira! Ya Allah apa dah jadi ni? Haira bangun, Haira." Pipi Haira ditepuk-tepuk lembut, berharap wanita itu akan sedar. Malangnya tiada tindak balas.
"Haira, kau sabar tau. Kau jangan tinggalkan aku. Kau kena kuat. Kau kena lawan rasa sakit ni. Kau kena kuat untuk anak kau." Walaupun Haira masih lagi tidak menyedarkan diri, Farah tetap memberi kata-kata semangat untuk Haira.
Dengan pantas telefon bimbit dikeluarkan dari handbag, nombor ambulan didailnya.
...
MATA terkedip-kedip hendak dibuka namun terasa pedih disebabkan cahaya lampu yang terang menghiasi pandangan. Seminit dalam keadaan begitu, akhirnya mata sudah boleh dibuka dan boleh melihat dengan semakin jelas. Tangan cuba diangkat namun gagal disebabkan rasa sakit. Kepala cuba ditolehkan pada sisi untuk melihat di manakah dia berada sekarang.
Setelah empat jam pembedahan tamat, akhirnya Haira sudah sedar dari tidurnya yang lama.
"Ah—" baru sahaja hendak bangun, terasa sakit di bahagian perut, badan dan juga kepalanya. Otak ligat berfikir apa yang terjadi kepada diri sendiri. Bagaimana dia boleh ada di hospital ini? Apa yang terjadi?
Setelah lima minit perah otak untuk berfikir, terimbau juga detik-detik dia jatuh tangga akibat ditolak oleh Adam. Kini air mata kembali menitis apabila mengingatkan kembali situasi yang terjadi.
Pintu wad dikuak dari luar menandakan ada seseorang masuk. Terus sahaja air mata dikesat menggunakan hujung jari dan kepala berpaling menghadap pintu masuk wad. Haira senyum nipis apabila wajah Farah menyapa pandangan.
"Haira, alhamdulillah kau dah bangun. Lama dah ke kau bangun? Sorry la, tadi aku pergi kedai kejap," soal Farah serba salah setelah masuk ke dalam wad itu.
Haira menggeleng bagi menjawab soalan yang dilontarkan oleh Farah tadi. Mulutnya masih sakit kerana ada luka kecil di tepi bibir, agak sukar untuk bercakap.
"Kau okey tak? Ada sakit dekat mana-mana?" soal Farah lagi. Risau mungkin.
Haira masih menggeleng. "Farah... a... aku... okey. Kau ja... ngan risaulah," balas Haira tersangkut-sangkut bersama senyuman kecil. Bersyukur kerana Tuhan masih pinjamkan nyawa untuknya.
"Mestilah aku risau pasal kau. Kau tahu tak, apa aku rasa waktu nampak kau terbaring dengan darah yang dah nak kering macam tu? Aku risau, Haira. Apa yang dah jadi sebenarnya? Kau jatuh ke? Mana Adam? Malam tadi dia keluar dan tak balik rumah ke?" soal Farah bertalu-talu. Takkanlah Adam tak balik semalaman sampai Haira jatuh pun tiada siapa yang membawa wanita itu ke hospital.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
