01

6.4K 169 3
                                        

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN.

"JOM kita kahwin!" Entah mengapa ayat ini sering mengulang di dalam kotak fikirannya seperti radio rosak. Pada usia yang sekarang, tidak pernah dia terfikir soal kahwin apatah lagi kini dia sedang menyambung belajar. Patutkah dia menerima lelaki itu? Sungguh dia buntu. Lelaki itu baik dengannya tetapi ada satu perkara yang bermain di fikirannya kini.

Adakah mama dan abahnya akan membenarkan dia berkahwin pada usia yang masih muda seperti sekarang?

Semenjak Haira menyambung pelajarannya di Universiti yang terletak di Kuala Lumpur, baru beberapa kali sahaja Haira balik ke rumah mama dan abahnya memandangkan jarak mereka jauh. Selain dari itu, hanya Puan Ameera dan Tuan Asyraf sendiri yang datang menjenguknya di Kuala Lumpur. Itu pun Haira sering mengelak dan memberi alasan dia sibuk dengan assignment miliknya.

Farah yang kebetulan baru sahaja turun ke tingkat bawah terus mendekati Haira yang seperti sedang memikirkan sesuatu sedari tadi. Bahu Haira ditepuk dan serentak bahu si gadis terhinjut naik ke atas.

"Haira, kau dah kenapa ni? Nampak gelisah semacam je, ada masalah ke?"

Haira menolehkan kepalanya ke arah suara tersebut. Terbit keluhan kecil di ulas bibir merah itu. Haira yang awalnya ke hulu dan ke hilir terus mengatur langkah mendekati Farah. Tangan Farah digenggam kuat. Jelas dia sedang gementar.

"Far, Adam lamar aku. Aku nak kena buat apa ni? Aku tak tahu nak accept ke tak. Kau rasa patut ke aku accept? Dia ajak aku kahwin weh." Anak matanya menatap lembut ke dalam anak mata Farah. Mata berwarna coklat gelap milik Haira sudah berkaca. Buntu!

"Kenapa tiba-tiba? Mama dengan abah kau tahu tak pasal ni?" Farah membalas genggaman tangan Haira apabila melihat gadis itu sudah menggeleng kepala. "Kalau kau rasa dengan berkahwin dapat elakkan daripada benda yang tak elok, then kahwin la. Aku pun rasa lebih baik korang kahwin, at least korang tak adalah buang masa dengan dating hari-hari. Kau tahu kan benda tu berdosa," sambung Farah lagi.

Haira terdiam apabila terfikir akan dirinya yang sudah jauh berbeza berbanding dahulu.

Sebelum sambung belajar dahulu dia menjaga auratnya dan tak pernah sekalipun dia membelakangkan mama dan abahnya. Tapi lihatlah sekarang. Satu per satu auratnya mula terdedah, segala keputusan yang dia lakukan juga sudah tidak berbincang dengan kedua orang tuanya dahulu. Dia sedar akan kesalahannya, tetapi... entah la. Bagai ada sesuatu yang menghalangnya untuk nak berubah semula ke arah yang lebih baik.

"Kau rasa patut ke aku bagitahu mama dengan abah? Macam mana kalau diaorang tak setuju? Kau tahu kan umur aku tahun ni baru 23. Diaorang mesti tak bagi aku kahwin muda. Adam pun cakap dekat aku jangan bagitahu diaorang. Sebab nanti diaorang mesti tak akan setuju." Macamlah Haira tidak tahu yang Puan Ameera dan Tuan Asyraf memang tak izinkan dia untuk berkahwin muda. Kata mereka, lebih baik fokus belajar terlebih dahulu.

"So, kau nak kahwin senyap-senyap?" bagai dapat memahami, laju Farah meneka.

"Aku tak tahu... tapi kalau itu yang terbaik, aku rasa itu jelah kut jalannya." Haira menggeleng lemah. Sudah beberapa hari dia berfikir tentang ini.

"Macam mana kalau mama dengan abah kau tahu?" soal Farah bimbang. Kalau minta pendapatnya, Farah memang tidak kisah tetapi apa pula Puan Ameera dan Tuan Asyraf rasakan jika satu hari nanti hal ini terbongkar dan sampai ke pengetahuan mereka. Itu sahaja yang dia risaukan.

"Diaorang tak akan tahu kalau tak ada orang yang buka cerita. Adam cakap kalau aku setuju, nanti buat akad nikah je dulu. Itu pun dia minta untuk kita-kita je yang ada." Terang Haira lagi membuatkan serentak genggaman tangan Haira dan Farah dilepaskan. Wajah Haira ditenung dalam oleh Farah. Pelik...

TAKDIR KITA | SIBF25Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang