SEPANJANG perjalanan pulang, situasi di dalam kereta itu terasa sarat dengan emosi. Farah yang melihat Haira sedang termenung jauh terus mengeluh. Dia turut jatuh kasihan melihat sahabat baiknya. "Haira, kau okey tak ni?" Mungkin kedengaran seperti soalan bodoh, tetapi Farah tetap bertanya. Mana mungkin Haira sedang dalam keadaan baik-baik sahaja selepas apa yang mereka lihat tadi.
"Aku okey." Mahu tidak mahu sahaja Haira membalas.
"Aku tahu kau tak okey, Haira. Tak payah tipu aku." Haira di sisi sebelah kirinya dikerling dari hujung mata kerana masih fokus dengan pemanduan.
Haira yang mendengarkan itu terus menukar posisi duduknya kepada bersila menghadap Farah yang masih memandu.
"Kalau aku cakap yang aku menyesal, mesti kau rasa aku bodoh sangat kan?" Kalau betul suaminya ada hubungan dengan Melissa, mengapa perkahwinan mereka tetap diteruskan? Atau hanya dia yang sedang salah faham dengan apa yang dia lihat tadi? Buntu!
"Menyesal? Apa yang kau menyesal, Haira?" soal Farah semula. Sumpah dia tidak faham. Apa yang menyesal? Menyesal sebab?
"Aku menyesal sebab aku kahwin dengan Adam. Patut ke aku cakap macam tu? Betullah cakap kau dulu, patutnya aku dengar nasihat kau. Tapi kenapa sekarang, Far? Kenapa waktu aku nak bagitahu dia pasal baby ni baru aku dapat tahu yang dia curang dengan aku? Sakit Far, sakit sangat. Kau rasa patut ke aku bagitahu Adam pasal kandungan aku ni?" Dia mula risau dengan apa yang Adam rasa bila dapat tahu tentang bayi ini. Bahagiakah lelaki itu? Atau sebaliknya? Sungguh dia sudah mula was-was.
Pelbagai andaian buruk mula menghasut fikiran.
"Haira, boleh tak kau jangan overthinking? In Shaa Allah dia okey tu. Pasangan mana yang tak bahagia kalau dapat tahu pasal anak? Mestilah dia happy. Dah, kau jangan banyak fikir. Nanti kalau kandungan kau terjejas macam mana? Relaks okey, jangan buat keputusan terburu-buru. Kau kena kumpul semua bukti dulu, jangan bertindak melulu. Kau kena sabar. Okey?"
Sedikit sebanyak kata-kata dari Farah dapat menenangkan rasa sakit di hati Haira. Tidak pernah terfikir yang suaminya akan curang dengan seorang perempuan yang pernah dianggap seperti keluarga.
Mereka kembali diam beberapa minit sebelum Haira kembali bersuara.
"Kalau aku nak stay rumah kau beberapa hari ni, boleh?" soalnya tiba-tiba.
Hampir bertaut kening Farah dengan soalan Haira tadi. Nafas ditarik dalam.
"Haira, kau kena ingat satu benda. Masalah tak akan pernah selesai selagi kau tak hadap. Masalah kau satu je Haira. Bila kau ada masalah, kau suka lari. Bukan selesaikan tapi kau suka lari. Sampai bila, Haira? Sampai bila nak lari dari masalah? Aku tak backup suami kau, tapi... apa pun ujian yang Allah beri, kau kena hadap Haira. Jangan lari." Tangan Haira digenggam bagi menyalurkan kekuatan. Haira terdiam dengan balasan Farah.
Dia bukan mahu lari, tetapi dia perlukan masa untuk berfikir. Isteri mana yang boleh bertahan jika suaminya curang. Curang di depan matanya sendiri dengan seorang perempuan yang sudah dianggap seperti keluarga. Bagaimana mereka sanggup untuk lakukan itu? Tidak rasa bersalahkah?
"Iyalah Far, kalau macam tu kau hantar jelah aku balik." Pasrah sahaja Haira membalas. Bukan merajuk, tetapi ada betulnya juga apa yang Farah katakan. Mungkin kali ini dia perlu berhadapan dengan semua ini.
Sambil meneruskan pemanduan yang beberapa minit sahaja lagi hendak sampai, pandangan Farah kembali terarah pada Haira yang fokus melihat ke arah luar tingkap.
"Kau ada nak singgah mana-mana dulu tak?" Haira menggeleng apabila Farah bertanya. Hilang sudah mood-nya mahu berjalan gara-gara satu hal yang langsung tidak terlintas di akal fikiran akan terjadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
TAKDIR KITA | SIBF25
Romance[COMPLETED] NEW COVER! Cerita yang penuh dengan emosi, dendam, penipuan, tentang kekeluargaan, cerita after fl dan ml bercerai, cerita tentang how diorang struggle dengan perkahwinan kedua, cerita yang ada plot twist dibahagian... (kena baca sendiri...
