Misteri Si Maikel

1.3K 39 5
                                    

Maikel gelisah tak tentu hala. Entah apa setan yang kacau dia sampai jadi macam tu pun dia tak tahu. Tapi yang pasti, bukan kerana Musliha - pondan yang Karim jumpa tu - ini sebab lain. Maikel tahu, biasanya kalau perasaan macam ni datang, tentu ada perkara buruk yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Pernah sekali dulu kat sekolah, Maikel dapat feeling macam ni. Tak senang duduk dia kat dalam kelas, kejap-kejap dia bangun, kejap-kejap dia duduk, sampaikan Cikgu Zabedah pun rasa benci tengok peel si Maikel tu. Waktu balik Maikel cepat-cepat langkah kaki untuk sampai ke rumah. Elok je Maikel sampai kat rumah, datang Wak Jeman bagitahu cerita buruk. Dogol, kawan si Maikel masa darjah 6 dulu mati eksiden kena langgar lori bawa daging babi.

Maikel tersentak. Hal kematian Dogol tidak lama dahulu kembali menghantui Maikel. Maikel tak mahu kali ni ada sesiapa datang bawa khabar buruk kat dia. Maikel tak mahu tragedi Dogol berulang kembali.

Cepat-cepat Maikel sarung kasut Converse hijau old school dia. Siap pakai kasut Maikel terus kunci pintu dan pagar rumah usang peninggalan arwah ayahnya, Haji Lubis. Maikel angkat beg galas warna hijau askar tu dan cepat-cepat berjalan ke arah jalan besar untuk menunggu bas. Hari ni juga Maikel ingat nak ke KL, lepak seminggu dua kat sana dengan Rambo, sepupu belah mak Maikel.

Dalam 10 minit kemudian bas pun sampai. Maikel terus ke seat paling belakang, betul-betul tepi tingkap. Senang angin masuk katanya. Maikel keluarkan telefon bimbit jenama Asus lalu dihantarnya Whatsapp terus ke Rambo. Nak bagitahu Rambo yang dia on the way ke KL sekarang.

"Kena bagitahu awal  si Rambo ni, kalau tak nanti takut dia keluar menyamun pulak" getus hati kecil Maikel.

Dalam bas Maikel tertidur, siap bermimpi lagi si Maikel. Nyaris-nyaris seluar Maikel basah dek kerana mimpi berahi dia dengan Zainab, janda anak satu kat kampung dia tu. Sampai KL Maikel dah terjaga, itupun setelah brader konduktor bas kejutkan dia. Kalau tak dikejut, mahu tidur sampai ke Subuh agaknya.

Maikel capai telefon bimbitnya, dan ada 21 missed call. Apa kecibai banyak sangat missed call ni tapi yang peliknya Maikel langsung tak dengar bunyi telefonnya. Maikel tengok nombor Rambo yang tertera, terus didailnya nombor Rambo.

Berdering, tapi tak dijawab. Maikel cuba lagi. Kali ni berjawab.

"Haa kamu Rambo, ape hal call aku sampai 21 kali tadi? Aku tidur la, dalam bas mana boleh tak tidur. Aku dah sampai KL ni, kamu di mana?" tanya Maikel.

"Laa, kamu di KL dah ke? Itulah yang aku talipon kamu tadi. Aku nak bagitahu yang aku nak balik ke kampung tadi. Pak Lang Rosman sakit tenat kat rumah, Mak Lang mintak kamu mari ke sini," balas Rambo.

"Perghhhhh, yeke ni? Aduhh, kenapa la aku tak dengar kamu talipon tadi. Kalau tak, takde la aku nak kena patah balik dari sini. Yela, aku nak pergi beli tiket bas dulu ni. Kamu cakap la ke Mak Lang yang aku on the way sekarang ni," kata Maikel.

"Baik la," balas Rambo pendek.

Nah, sekarang Maikel tak tahu nak cakap apa. Kalau dia tersedar tadi, takdelah kena buat kerja bodoh macam ni. Sekarang ni, Maikel nak kena naik bas untuk balik ke Raub malam ni juga. Satu kerja yang penat untuk Maikel hari ni. Apa-apa pun, sebelum naik bas Maikel nak isi perut dulu. Dari petang tadi dia menahan lapar dalam bas.

Dalam bas Maikel tak banyak bunyi. Maikel dok perhati je paha makwe kat sebelah dia. Kemain putih lagi paha makwe tu. Maikel rasa geram, nak je dia masturbasi kat situ juga, tapi Maikel tak mahu buat perkara tak senonoh macam tu. Nak tak nak, Maikel alihkan pandangan ke luar tingkap. Sedap je angin malam pukul muka Maikel. Sedar tak sedar mata Maikel makin kuyu, dan tak lama kemudian Maikel pun tertidur.

......

Esoknya Maikel sampai ke rumah Pak Lang Rosman, tapi bukan dengan bas yang Maikel naik malam tadi. Maikel menumpang van jenazah masjid kampungnya sebab bas yang Maikel naik malam tadi terbabas langgar lori balak dekat Genting Sempah. 16 orang mati malam tu, termasuklah makwe seksi sebelah Maikel tu.

Hmmm, patutlah semalam Maikel resah gelisah. Rupa-rupanya Maikel yang akan mati malam tu!

Cerpen : Himpunan Cerita Pendek Where stories live. Discover now