Projek Rahsia

455 10 2.3K
                                    

"Macam mana dengan projek korang malam ni? Jadi?" Soal Bob kepada Mat yang sedang khusyuk menyalai sebatang Gudang Garam.

"Jadi, lepas pukul 12 tengah malam kitorang on."

Selepas itu rokok Gudang Garam tadi diletakkan di bibir hitamnya dan dibakar. Berkepul-kepul asap memenuhi ruang balkoni bilik tersebut.

"Cantikkkk, jangan lupa bawak balik 2-3 barang kenang-kenangan tau?" Bob mengingatkan Mat.

"Iye, aku tau la. Ko tunggu je malam ni."

Suasana asrama tersebut masih lagi meriah. Maklumlah, rata-rata pelajar baru selesai sesi prep malam. Ada yang tengah makan nasi lemak, ada yang tengah gosok baju, ada juga yang sedang main terup, ada yang sedang menelefon makwe malahan ada juga yang sedang sibuk *menuai baju dan seluar di ampaian.

"Berapa orang yang join nanti Mat? Ramai ke?"

"Hmmm, tak silap aku Mantong, Lan Air dengan Marzuki. So termasuk aku, kira berempat la."

"Eloklah takyah ramai-ramai. Senang kantoi nanti kalau ramai," ujar Bob sambil menuang kopi o pekat ke dalam cawan.

Mat cuma mengangguk kepala sambil sesekali tangannya menggaru pahanya yang kurus itu. Matanya kuyu, mungkin kerana nikmat rasa Gudang Garam. Bob yang dari tadi memandang tiba-tiba membuat isyarat jari 2. Mat cuma mengangguk tanda setuju. Itulah isyarat penting di kalangan perokok di asrama. Tanda 2 jari tadi bermakna second, yang bermaksud Bob ingin meminta Gudang Garam itu separuh dari Mat.

Setelah rokok bertukar tangan, Bob berlalu pergi dan kembali semula ke biliknya. Sempat juga dia mengingatkan Mat tentang hal tadi. Mat pula menuju ke bilik Lan Air, mungkin untuk merangka strategi untuk projek malam ini.

Mat masuk ke bilik Lan Air tanpa memberi salam. Biasanya kalau junior yang buat perangai macam tu, paling tidak pun mungkin akan ditampar tetapi oleh kerana Mat berstatus senior maka perbuatannya itu dianggap tidak mengapa oleh rakan-rakan yang lain.

"Oi Lan, buat mende tu? Sedap sangat menyeluk kain tu ye?"

"Apa pundek la ko ni Mat. Potong stim betul la. Aku tengah berangan dating dengan Nasha Aziz ni."

Lekas-lekas Lan Air keluarkan tangan dari dalam kain pelikatnya dan duduk di atas katil. Mat sudah pun duduk di birai katil sambil tersengih nakal. Lan Air faham akan tujuan kehadiran Mat di dalam biliknya.

"Jadi Lan Air, pukul berapa plan mega kita tu nak jalan?" Mat menyoal Lan Air yang sedang meneguk air kosong yang sebenarnya air paip.

"Lek la Mat, awal lagi ni. Aku rasa diorang pun belum tido lagi. Kang tak pasal-pasal kantoi pulak kita weh," balas Lan Air.

Mat ni kalau benda yang bukan-bukan dia punya rajin tu lain macam. Cuba kalau suruh buat kerja sekolah, mampus dia buat tak tau je. Pernah sekali, Mat tak masuk langsung ke kelas untuk seharian. Bila kawan-kawan yang lain balik ke asrama lepas habis waktu sekolah, mereka tengok Mat tengah sedap peluk bantal atas katil dengan air liur yang meleleh penuh satu bantal.

"Lagi 15 minit kau panggil yang lain berkumpul dekat sini," ringkas arahan Lan Air.

Mat hanya tersenyum nipis.

..........

Bob cepat-cepat berlari ke bilik Lan Air. Dengar cerita, budak-budak tadi dah selesai jalankan misi mereka. Jadi Bob pun tak sabar nak mendengar cerita dari Lan Air, Mat, Mantong dan Marzuki. Sambil tu dia berharap yang Mat tak lupa apa yang dia pesan tadi. Tu yang makin berdebar dibuatnya.

Setibanya di bilik Lan Air, ramai juga yang turut kelihatan malam tu. Semuanya dengan penuh teruja mendengar cerita daripada Lan Air. Manakala 3 ekor syaitan yang lain hanya tersengih sambil sesekali menganggukkan kepala tanda setuju. Lampu di bilik ditutup memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Maklumlah, undang-undang asrama mana ada yang bagi lampu bilik asrama terbuka lewat malam. Jadi cuma cahaya malap dari lampu balkoni yang menerangi seluruh bilik tersebut.

Rupa-rupanya, mereka berempat pecah masuk asrama perempuan untuk menghendap dan mencuri beberapa barangan peribadi pelajar perempuan. Patutlah tengah malam baru buat kerja.

"Bob, nah benda yang kau nak sangat ni," Mat mencampakkan sesuatu ke arah Bob.

Dengan pantas dan tangkas Bob menangkap benda yang dilemparkan oleh Mat kepada dia. Tapi selepas beberapa saat, dahinya berkerut dengan tiba-tiba. Secara tak langsung perasaan nak mencarut datang tiba-tiba.

"Woi mangkuk, aku mintak tadi coli takpun spender. Yang ko bagi aku benda alah ni natang apa setan?"

"Amendenya Bob? Bukan spender ke tu?" Soal Mat yang wajahnya kebingungan.

"Spender kepala otak ko, ini kain dalam la lahanat! Dah la kain dalam, saiz besar pulak tu. Entah budak gemuk mana punyalah ko sapu ni Mat," balas Bob sedikit marah.

"Itu tak lain tak bukan Ibu Roti punya kain dalam la tu agaknya," bersuara satu kutu yang tak dikenalpasti siapa gerangannya. Yang lain ketawa lepas mendengar nama Ibu Roti dipetik malam tu.

Macam orang gila satu bilik tergelak dek kerana mengenangkan kain dalam yang disyaki milik Ibu Roti tu. Dan Bob pula merasakan mungkin dia akan terkena badi Ibu Roti selama 7 hari 7 malam kerana kesilapan Mat yang tak sepatutnya berlaku itu.

Cerpen : Himpunan Cerita Pendek Where stories live. Discover now