notakepala : kalau boleh pasang sekali Radiohead - Exit Music (For a Film).
Wake
From your sleep
The drying of
Your tears
Today
We escape
We escapePack
And get dressed
Before your father hears us
Before
All hell
Breaks loose...
Ting!
Bunyi notifikasi WhatsApp memecah kesunyian malam. Julia mengambil smartphone miliknya yang diletakkan di atas meja.
"Sayang, bangun. U dah siap? Kejap lagi i sampai ok? Love u baby."
Tersenyum Julia membaca mesej yang datangnya dari Rumi, kekasih hatinya. Lekas-lekas Julia membalas mesej dari Rumi.
"Dah yang, i dah terjaga dari tadi lagi. Dah siap dah pun. Tak sabar nak tunggu u sampai."
Dia memperkemaskan diri sekali lagi. Kalau boleh biarlah dia kelihatan cantik di hadapan Rumi. Julia ingin jadi wanita tercantik untuk Rumi.
10 minit kemudian, Rumi tiba di hadapan rumah Julia. Julia tersenyum. Dengan perlahan-lahan dia menuruni anak tangga. Takut kalau didengari oleh ibu bapanya yang sedang tidur.
Pintu hadapan kereta milik ayah Rumi dibuka dan Julia duduk di sebelah Rumi. Rumi tersenyum apabila melihat kelibat kekasih hatinya berada di sebelah. Enjin dihidupkan dan kereta pun meluncur laju menuju ke destinasi yang dituju.
...
Breathe
Keep breathing
Don't loose
Your nerve
Breathe
Keep breathing
I can't do this
Alone...
"Sayang, u okay ke ni? Jangan risau sayang, sekarang ni kita nak pergi jauh. Jauh dari orang-orang yang tak suka kita bersama"
Rumi memandang wajah Julia yang seolah-olah sedang ketakutan itu.
Namun Julia hanya memandang jauh ke luar tingkap sambil tangannya mengenggam erat tangan Rumi.
...
Sing
Us a song
A song to keep
Us warm
There's
Such a chill
Such a chill...
Rumi memeluk erat Julia yang kelihatan ketakutan. Sayu hatinya apabila melihat Julia dalam keadaan begitu. Diusap lembut pipi Julia, dan dikesat olehnya air mata yang mengalir di pipi Julia.
"Sayang, jangan risau. Lepas ni tiada siapa pun yang dapat halang cinta kita. Kan?"
Julia menggangguk lemah. Walaupun takut tetapi sekurang-kurangnya dia berada di dalam dakapan Rumi. Apabila di dalam dakapan Rumi, tiada apa yang perlu dia takutkan.
Mereka berdua memejamkan mata. Membiarkan diri masing-masing hanyut dan terleka dalam imaginasi indah.
...
You can laugh
A spineless laugh
We hope your
Rules and wisdom choke youNow
We are one
In everlasting peace...
Gempar seketika rumah Julia apabila kedua ibu bapanya menyedari bahawa anak mereka tiada di rumah. Begitu juga dengan keluarga Rumi yang telah berada di rumah keluarga Julia semenjak mereka menyedari ketiadaan Rumi di rumah. Laporan polis telah pun dibuat dan mereka semua hanya mampu berharap agar anak-anak mereka selamat dan pulang ke rumah.
Keesokan harinya, pihak polis berjaya menemui kereta yang disyaki milik ayah Rumi di dalam sebuah gudang lama yang terletak di pinggir bandar. Apa yang mengejutkan, mereka telah menemui dua jasad yang tidak lagi bernyawa sedang berpelukan erat di tempat duduk belakang. Berdasarkan siasatan, pihak polis mendapati kematian Rumi dan Julia adalah disebabkan tindakan membunuh diri berdasarkan bukti-bukti yang telah ditemui oleh mereka di tempat kejadian.
...
We hope that you choke
That you choke
We hope that you choke
That you choke
We hope
That you choke
That you choke...
YOU ARE READING
Cerpen : Himpunan Cerita Pendek
Historia CortaTulisan dari blog yang dihimpunkan ke sini. Dan juga tulisan yang ditulis bagi mengisi masa lapang. Mengandungi kisah yang direka dan juga kisah benar yang diolah semula mengikut kehendak nafsu penulis.