Di suatu petang yang hening, aku sedang bermalas-malasan di atas katil. Ditambah pula dengan kipas yang berputar laju yang berada betul-betul di atas aku, membuatkan sesi bermalasan itu hampir-hampir berubah ke sesi peniduran.
Tiba-tiba masuk seorang junior yang bernama Saped. Aku jeling ke arah Saped dan ternampak di kedua-dua tangan beliau tergenggam kemas sebungkus biskut dan juga sebotol air masak. Saped lalu bersahaja ke arah balkoni dan terus membuka pintu balkoni. Selang 3 saat kemudian Saped masuk semula ke dalam dan menuju ke arah loker beliau seraya mengeluarkan sebotol kordial perisa oren dan juga sekotak rokok.
Aku yang sedang bermalasan terus berdehem 3 ke 4 kali dan Saped terus berpaling ke arah aku.
"Eh Rafael, kau ada rupanya. Ingatkan takde tadi. Puasa ke Rafael?" tanya Saped
"Aku puasa hari ni, tu yang tak berapa nak aktif ni. Aihh, ada jamuan ke kat belakang tu?" tanya aku semula.
"Haha, biasa la Rafael. Lapar la pulak, ni aku tengah tunggu Pejol ni," balas Saped.
Kemudian datang Pejol tersengih-sengih masuk ke dalam dorm. Dengan tak berbaju dan hanya berseluar bola warna merah membuatkan Pejol kelihatan sungguh menawan.
"Rafael, anggap je la kitorang takde kat belakang ni ek? Kau puasa tu, alang-alang dah puasa biarlah sampai berbuka nanti. Jangan risau, aku tutup pintu balkoni ni nanti." ujar Saped penuh hormat.
"Haa yelaa. Jangan risau la, aku boleh tahan punyalah. Takde hal la nak puasa ni..." jawab aku megah.
Aku biarkan budak berdua tu dengan jamuan makan mereka. Sebab aku pun kadang-kadang macam tu juga sebenarnya, cuma pada hari tu aku rasa nak puasa. Kalau hari-hari tak puasa tak boleh juga, ye tak? Setakat biskut dengan air oren apalah sangat. Bagi aku kacang je nak hadap. Aku boleh tabah lagi mengharungi cabaran macam tu. Steady je aku baring sambil sesekali aku berpura-pura buat suara warden. Tapi dahsyat mereka berdua, tak goyah walaupun aku bergurau macam tu.
Sampai satu part, aku terdengar bunyi api dihidupkan menggunakan lighter. Kemudian bau rokok menusuk masuk ke dalam ruang asrama dan terus pergi ke arah hidung aku. Aku yang mulanya steady dah jadi resah gelisah. Kiri kanan aku berguling semata-mata nak hilangkan perasan tu, tapi tak jadi jugak. Tak semena-mena peluh jantan turut membasahi dahi aku. Bagi aku, semua ni harus ditamatkan serta merta. Aku tak nak lagi terus dalam keadaan begini.
Aku nekad.
Aku pasti.
...
Tak pasal-pasal aku melayan rokok Dunhill sebatang lepas pekena biskut coklat dengan air oren . Ni semua salah Saped dengan Pejol.
Haram jadah sungguh.
YOU ARE READING
Cerpen : Himpunan Cerita Pendek
NouvellesTulisan dari blog yang dihimpunkan ke sini. Dan juga tulisan yang ditulis bagi mengisi masa lapang. Mengandungi kisah yang direka dan juga kisah benar yang diolah semula mengikut kehendak nafsu penulis.