Kisah Karim Dan Rakan Rakan : Bahagian 5

1.2K 21 0
                                    

Berkocak kencang dada Karim tatkala tiba di tempat yang dikatakan ada ayam oleh Kulop Stopa itu tadi. Karim tahu, selangkah dia ke tempat itu, selangkah juga dia ke dalam neraka. Hakikat sebenar yang tidak dapat Karim nafikan lagi. Tapi kerana kebosanan dan ingin mencuba sesuatu yang baru, Karim terpaksa mengambil risiko memandangkan bukan selalu dia terlibat dalam perkara tidak senonoh begini. Kalau Kulop Stopa tu lainlah, dah memang dia dikenali di seluruh kampung dengan perangainya yang bukan-bukan. Wan Berahim pula pernah kantoi menghendap Leha janda anak satu semasa sedang mandi. Ajak Rock pernah dituduh berkhalwat di sebuah hotel murah di pekan, namun perkara itu sebenarnya masih belum dapat dipastikan sama ada benar ataupun tidak. Cuma menjadi bahan bualan orang kampung. Paling entah apa-apa rasanya kes Joe Rabak, sebab dia pernah ditangkap melancap di dalam bas dek kerana tak tahan melihat dada Siew Mei yang kebetulan satu bas dengan dia malam itu. Meleleh air mata Siew Mei apabila mengenangkan yang dia menjadi modal melancap Joe Rabak malam itu. Sampai sekarang Siew Mei trauma apabila nama Joe Rabak disebut, apatah lagi melihat wajahnya. Sudah tentulah Karim yang paling clean dalam kumpulan tersebut, sebab dia jarang benar terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Dan malam ini menjadi malam bersejarah dengan penglibatan Karim di dalam arena kegiatan tidak bermoral.

Kulop Stopa mendahului rakan-rakan yang lain memandangkan hanya dia sahaja yang pernah sampai ke sini. Sebenarnya sudah banyak kali dia ke sini untuk berseronok. Cuma pada kali ini barulah terbuka hati dia untuk mengajak rakan-rakan yang lain. Itupun sebab dah bosan asyik seorang diri ke sini, sesekali berkongsi dosa apa salahnya. Bukankah seronok kalau melakukan dosa bersama-sama?

Mereka tiba di depan pintu. Kulop Stopa mengetuk pintu dengan perlahan. Setelah 3 ketukan, sayup kedengaran suara seseorang di sebalik pintu bertanyakan siapa. Kulop Stopa memperkenalkan diri. Seketika kemudian pintu dibuka. Kelihatan seorang cina berusia awal 50an tersenyum melihat mereka. Mereka pun turut tersenyum. Dan setelah dipelawa oleh cina tersebut, mereka pun masuk.

"Aiyaa, ini hari lu bawak kawan ke Kulop? Ini macam baru la saya ada untung maaa," ujar cina tersebut yang diyakini sebagai tauke di situ.

"Bos, sebelum ni saya sudah cakap mau bawak kawan kan? So ini malam saya bawak la saya punya kawan. Hahaha." Gelak tawa Kulop Stopa memecah keheningan. Sementara yang lain masih lagi berdiam diri, hanya memerhatikan keadaan sekeliling. Yang ada cumalah sebuah sofa, peti televisyen 21 inci jenama Elba, meja kopi rotan dan juga semangkuk maggi di atas meja kopi rotan.

"Macam biasa, kejap lagi saya bawak keluar itu ayam-ayam. Lepas tu kamu semua boleh pilih ok? Ada macam-macam jenis ayam ini malam tau."

Masing-masing mengangguk sambil tersengih. Sengih yang kelihatan nakal sekali.

Cerpen : Himpunan Cerita Pendek Where stories live. Discover now