KERANA KASIH 3

6.7K 227 4
                                    

langkah kaki dato adnan terhenti di depan sebuah pintu bilik tidur yang bertuliskan 'NO ENTRY'. dia mengetuk daun pintu bilik tidur tersebut. "tuk... tuk... tuk...", kedengaran daun pintu itu di ketuknya perlahan lahan. "siapa lagi tu?!", bentak suatu suara dari dalam bilik tidur tersebut. "shafiq, ini papa... boleh tak papa masuk ke dalam?...", soal dato adnan. "Tak boleh...", balas suara itu. "Shafiq... janganlah macam tu... papa nak bercakap dengan awak ni... tolonglah buka pintu ni....", kata dato adnan dengan lembut. "Papa nak cakap apa lagi?.... cakaplah...", balas suara itu. "Shafiq... papa tak akan bercakap dengan awak jika awak tidak buka pintu ni..."kata dato adnan dengan tegas. "Oh... yelah... yelah... masuklah....", balas suara itu dengan berat sekali. "Klik...." Kedengaran lock pintu tersebut di buka orang dari dalam

perlahan lahan dato adnan memusing tombol pintu itu. dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. Begitu juga dengan ziana. Kelihatan seorang pemuda sedang duduk di atas kerusi roda tidak jauh dari situ. rambutnya agak panjang sehingga mencecah belakang tengkuknya. Sebahagian wajahnya di tutupi rambut depan yang tidak terurus. Wajahnya nampak murung saja. dia memandang di luar tingkap tanpa mempedulikan kehadiran mereka di situ. "shafiq, papa....", kata-kata dato adnan terus di potong pantas oleh anaknya itu. "aku tahu papa datang ke sini dengan membawa nanny yang baru kan?...", shafiq bersuara tanpa memandang wajah papanya. "ya fiq...", balas dato adnan. "berapa kali aku cakap pada papa tolong jangan ambik nanny untuk aku lagi... aku tidak perlukan sesiapa pun menjaga aku... aku mampu uruskan diri aku sendiri..."., kata shafiq.

"tapi shafiq, papa lakukan semuanya ini demi kebaikan awak juga... papa tahu awak sukar untuk bergerak apatah lagi memakai pakaian awak sendiri... awak tidak mampu melakukan semuanya itu seorang diri sebab itulah papa ambikkan seorang nanny untuk menjaga awak... dia akan menolong awak bila awak perlukan pertolongan...", balas dato adnan. "oh yakah?... sudah ramai nanny yang papa ambik, 1 pun tak tahan dengan aku... yang 1 ni tahan ke dengan aku nanti?", soal shafiq dengan sinis.

"ehemm!... belum cuba belum tahu lagi...", kata ziana sambil berdehem. dia mnghampiri pemuda itu. "hai....nama saya ziana idham... gembira dapat bekerja dengan tuan...", kata ziana sambil menghulurkan tangannya pada pemuda itu tapi huluran tangannya tidak di sambut. malahan pemuda itu hanya mencebikkan bibirnya. dia terus memusing kerusi rodanya lalu beredar dari situ. "maaflah kerana anak lelaki saya bersikap dingin terhadap awak... dulu dia bukannya macam ni. sebenarnya dia seorang yang peramah dan periang tapi selepas dia di timpa kemalangan jalanraya sebulan yang lalu sikapnya sudah berubah. mungkin ini kerana dia terlalu tertekan bila memikirkan yang kakinya tidak dapat berjalan seperti dulu lagi... walau macamana pun saya berharap sangat supaya awak dapat bertahan bila bekerja di sini kelak...", kata dato adnan dengan penuh pengharapan.

"baiklah dato... saya akan cuba bertahan untuk bekerja di sini...", balas ziana. "Oh... baguslah kalau macam tu... er... ini adalah senarai tugasan yang perlu awak lakukan sepanjang hari ni...", kata dato adnan sambil menyerahkan sehelai kertas pada gadis itu. ziana mengambil kertas itu. "saya pergi ke pejabat dulu. kalau ada apa-apa hal telefon saya, ok... nombor handphone saya ada dalam kertas tu...", kata dato adnan sambil beredar dari situ. "baiklah dato...", balas ziana. dia meneliti senarai tugasan yang ada di kertas trsebut. "pertama sekali, buat breakfast untuk tuan shafiq. selepas tu sediakan air suam-suam kuku dalam bathtub untuk dia mandi. kemudian,bersih dan kemaskan bilik tidurnya. kalau ada ksempatan, tolong cuci kain bajunya dalam mesin basuh. lepas tuan muda mandi berikan pakaian untuknya. kalau perlu bantu dia ketika dia memakai bajunya. Lepas tu, awak bawa dia jalan-jalan di taman. itu pun jika dia mahu. tenghari pula, sediakan makanan tengahari untuknya. tips: jangan bagi dia makan makanan yang pedas dan berkari sebab dia tak suka... lepas tu biarkan dia berehat dalam biliknya. petang pula, bagi dia minum susu dan roti sandwich.

tips: susu jangan di campur dengan gula sebab dia tak suka susu yg bergula... oh, 1 perkara lagi kalau awak buat roti sandwich tu jangan bubuh mentega. awak cuma letak ikan tuna yang dalam tin tu dengan mayonis baru dia suka. hidangan makan malam pula, awak buat apa sajalah. yang penting ianya tidak pedas dan berkari. seperti biasa awak sediakan air suam-suam kuku dalam bathtub untuk dia mandi. Lepas tu awak sediakan baju tidur untuknya. jangan lupa buatkan susu coklat panas untuknya,ok... itu saja tugasan yang perlu awk lakukan hari ini... semoga berjaya!...", ziana membaca tulisan dalam kertas itu perlahan lahan. "ya...Tuhan... banyaknya pekerjaan yang arus saya lakukan...", keluh hati kecil ziana. "ehemm!... bila masa lagi kau akan mulakan pekerjaan kau tu,hah? cepat siapkan sarapan pagi untuk aku... aku nak breakfast ni...", perintah suatu suara. ziana terkejut bila mendengar suara itu. dia lihat anak lelaki majikannya itu sedang duduk di kerusi roda sambil merenungnya dengan tajam. "Oh baiklah...", balas ziana. Cepat-cepat dia beredar dari situ. "Nanti dulu...", langkah ziana terhenti seketika. "Ada apa tuan?", soal ziana ingin tahu. "Tolong bawakan breakfast aku tu ke dalam bilik ni.... aku nak breakfast dalam bilik...", shafiq bersuara dengan tegas.

"Baiklah tuan...", balas ziana dengan pantas. Belum pun sempat ziana beredar dari situ tiba tiba saja langkah kakinya terhenti bila lengan kirinya di pegang erat oleh pemuda itu. Terkejut betul ziana di buatnya. Dia memandang wajah shafiq. Pemuda tersebut tersenyum sinis padanya. "Aku nak tengok sampai bila kau bertahan bekerja kat sini....", kata shafiq dengan penuh sinis. Ziana hanya mendiamkan dirinya. Dia tahu pemuda itu mencabarnya namun dia cuba bersikap tenang dan tersenyum manis. "We will see about that...", balas ziana selamba. Perlahan lahan dia meleraikan pegangan tangan shafiq di lengan kirinya. Kemudian dia beredar dari situ. Shafiq memerhatikan saja gadis itu melangkah pergi dari situ sehingga ianya hilang dari pandangannya. "Yeah... we will see about that...", bisik shafiq perlahan lahan.

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now