KERANA KASIH 11

5.2K 177 0
                                    

Tidak lama kemudian pintu bilik rawatan kecemasan itu di buka orang dari dalam. kelihatan seorang doktor melangkah keluar dari dalam bilik rawatan tersebut. dato adnan segera menghampirinya. "tuan doktor, macamana dengan keadaan anak saya?", soal dato adnan dengan bimbang. "oh... keadaan anak dato sudah semakin stabil. nasib baik dia cepat cepat di hantarkan ke sini. kalau tidak sudah tentu dia tidak dapat di selamatkan lagi...", kata doktor itu. dato adnan menarik nafas lega. begitu juga dengan ziana. "tuan doktor, boleh kami pergi menjenguk dia sekarang?", soal dato adnan. "boleh tapi dia tidak ada dalam bilik rawatan kecemasan ini lagi. dia telah pun di pindahkan ke dalam bilik wad pesakit yang nombor bilik wadnya ialah 26....", balas doktor itu sambil tersenyum. "oh begitu. Baiklah, tuan doktor kami akan pergi ke sana... terima kasih, ya...", kata dato adnan. mereka pun beredar dari situ. "sama sama...", balas doktor itu.

Mereka segera melangkah menuju ke arah bilik wad pesakit bernombor 26 yang terletak tidak jauh dari situ. Sampai saja di bilik wad tersebut kelihatan shafiq sedang berbaring di atas katil pesakit. dia masih menutup matanya. "agaknya dia masih tengah berehat tu... mari kita kluar...", kata dato adnan. ketika mereka hendak melangkah pergi dari situ tiba tiba, "saya kat mana ni?", soal suatu suara. mereka lihat shafiq baru saja membuka matanya. mereka terus menghampirinya. "awak berada di hospital sekarang, shafiq.... syukurlah pada ilahi sebab awak tidak apa apa... papa betul betul risau bila tengok keadaan awak tadi... nasib baik si ziana dapat tahu yang awak dah telan semua pil ubat tidur tu... kalau tidak tak tahu lagilah apa yang akan terjadi pada diri awak...", kata dato adnan. shafiq mengangkat wajahnya. dia memandang wajah ziana dan papanya. "kenapa korang tidak biarkan saya mati saja?... kalau saya hidup sekali pun tak ada gunanya...", kata shafiq dengan wajah yang sedih. "eh... kenapa tuan cakap macam tu pula? tak baik cakap macam tu, tau", kata ziana pada pemuda tersebut.

"ya.... saya tahu ianya tidak baik tapi bukan ke bagus kalau saya mati saja. barulah si putri maya puas hati bila dia tahu saya sudah mati...", kata shafiq dengan sedih. "eh.... janganlah cakap macam tu. Tuan harus bersyukur sebab umur tuan masih panjang lagi. Tuan masih ada peluang untuk meneruskan kehidupan tuan di muka bumi ini...", kata ziana. "tapi buat apa saya hidup di muka bumi ini kalau orang yang saya sayangi tidak menyintai saya lagi....", kata shafiq dengan sedih. "janganlah tuan berfikiran macam tu... saya tahu tuan frust sebab putus tunang tapi cubalah tuan bawa bertenang. jangan kerana kecewa dalam bercinta tuan sanggup membunuh diri. itu adalah satu tindakan yang bodoh...", kata ziana. "betul kata ziana tu, shafiq... papa tidak menyangka yang awak akan bertindak bodoh seperti itu... kalau putri maya tidak cintakan awak lagi awak carilah perempuan lain. bukan dia seorang saja perempuan dalam dunia ni. ramai lagi perempuan yang jauh lebih baik dari dia kat luar sana tu...", sampuk dato adnan pula.

"Tapi papa, saya rasa tak ada seorang perempuan pun yang sukakan lelaki cacat macam saya ni...", kata shafiq. "Tak semestinya semua perempuan tak sukakan tuan... ada juga perempuan yang sukakan lelaki cacat. Bukankah jodoh semua manusia di muka bumi ini di tentukan oleh Tuhan. Kalau tuan ada jodoh lambat laun tuan akan bertemu juga dengan jodoh tuan. Apa apa pun saya nasihatkan tuan supaya tuan rajin menghadiri sesi fisioterapi tu. Manalah tahu di suatu hari nanti kaki tuan akan sembuh. So, tuan jangan berfikiran pesimis macam tu lagi, ya... itu tidak baik...", kata ziana. "Ya... betul apa yang di katakan oleh ziana tu... apa yang perlu sekarang ialah kuatkan semangat awak. Papa yakin kaki awak akan sembuh jika awak menguatkan semangat awak...", kata dato adnan.

"Ya... betul tu.... tuan lupakan saja putri maya tu. jangan asyik fikirkan tentang dia lagi... hidup ini mesti di teruskan. kuatkan semangat dan tabahkan hati tuan... saya pasti tuan akan dapat melupakan dia buat selama lamanya...", kata ziana. shafiq memandang wajah ziana dan dato adnan silih berganti. "maafkanlah saya sebab saya telah menyusahkan korang semua. Saya berjanji tidak akan bertindak bodoh macam tu lagi....", kata shafiq perlahan lahan. "oh... baguslah kalau macam tu. saya berharap semoga tuan akan dapat melupakan gadis yang tak guna itu buat selama lamanya..."kata ziana sambil trsenyum. Shafiq membalas senyuman gadis itu. Buat pertama kalinya ziana melihat tuannya itu tersenyum padanya. Dia merasa senang sekali. Sekurang kurangnya shafiq tidak bermasam muka lagi padanya.

"Er... papa nak keluar sekejap shafiq... papa nak belikan makanan untuk awak... ", kata dato adnan. "Baiklah...", balas shafiq sepatah. Dato adnan beredar dari situ. Hanya shafiq dan ziana saja yang berada di situ. Shafiq merenung wajah ziana lama lama. Ini membuatkan Ziana merasa tidak selesa pula. "Er... tuan, saya keluar dulu, ya...", kata ziana tapi dia di tahan oleh shafiq. "Nanti dulu...", ziana tidak jadi melangkah. "Kenapa awak begitu baik terhadap saya sedangkan saya melayan awak dengan begitu kasar sekali?...", soal shafiq secara tiba-tiba... "tuan, kita haruslah berbuat baik pada semua orang walaupun orang itu tidak baik pada kita sebab saya percaya kalau kita selalu buat baik pada orang lain hidup kita akan jadi lebih baik lagi....", terang ziana perlahan-lahan.

"Oh begitu... jadi awak berbuat baik pada saya bukan kerana papa saya yang suruh awak buat macam tu ke?", shafiq. "Bukan... sebenarnya saya memang suka menolong orang sebab jika saya dapat menolong orang lain, saya akan merasa gembira...", kata ziana. "Oh begitu.... sebenarnya saya merasa terharu dan terhutang budi pada awak sebab awak telah banyak menolong saya dan menyelamatkan nyawa saya... saya tak tahu bagaimana nak membalas budi awak", kata shafiq. "Tuan saya tolong tuan dengan ikhlas. Tuan tak balas budi saya pun tak apa yang penting tuan selamat...", balas ziana perlahan lahan. "Ziana, awak begitu baik terhadap saya... saya minta maaf kerana berkasar bahasa dan melayan awak dengan teruk sekali... saya akui saya memang banyak buat salah pada awak... saya harap awak maafkan saya ya...", kata shafiq perlahan-lahan. "Saya maafkan tuan...", kata ziana. "Oh... terima kasih ziana... saya gembira sebab awak maafkan saya... anyway, boleh tak awak jangan panggil saya tuan?... saya tak nak awak panggil saya macam tu lagi... panggil saja saya fiq... itu lebih baik...", kata shafiq sambil tersenyum. "Baiklah, tuan... eh... fiq...", kata ziana separuh kekok. Shafiq ketawa kecil. Ziana tersipu sipu malu.

Sejak dari hari itu shafiq tidak lagi berkasar bahasa pada ziana. Dia melayan ziana dengan baik sekali dan dia tidak cerewet lagi. Malahan dia selalu tersenyum apabila ziana berbual dengannya. Dia tidak lagi bermasam muka atau pun marah marah. Perubahan sikap pemuda itu membuatkan dato adnan dan ziana merasa sungguh gembira. Mereka tahu shafiq kini dapat mengatasi masalahnya dengan baik. Apabila shafiq keluar dari hospital dia mula rajin menghadiri sesi fisioterapi. Dia tidak lagi banyak merungut atau mengeluh kesakitan apabila di suruh berdiri atau berjalan sebab ziana selalu memberikannya galakan dan perangsang untuk terus maju. Hari demi hari berlalu hubungan shafiq dan ziana semakin erat. Shafiq tidak lagi menganggap ziana sebagai 'nanny'nya malah dia di anggap ziana sebagai seorang yang sangat penting dalam hidupnya...

KERANA KASIH (U)Where stories live. Discover now